My Lovely Friends..

Friday, November 21, 2014

`walisongo` & masjid menara kudus

assalam..
ehem rasa bertuah dapat berkunjung & mengenali sejarah 9 `walisongo`..disemarang..
walisongo mempunyai byk maksud dan antaranya bermaksud `penyebar ugama islam`..
mereka datang untuk menyebar & mengembangkan ugama islam diindonesia yang pada waktu itu rata2 penduduknya berugama hindu..

9 `walisongo` tersebut :

1.sunan gresik @ maulana malik ibrahim
2.sunan ampel @ raden rahman
3.sunan bonang @ raden nakhdum ibrahim
4.sunan drajat @ raden qasim
5.sunan kudus @ ja`far shadiq
6.sunan giri @ raden paku @ ainul yaqin
7.sunan kalijaga @ raden said
8.sunan muria @ raden umar said
9.sunan gunung jati @ syarif hidayatulah


ini adalah menara masjid kudus yang dibina olh walisongo ke5 `sunan kudus` pada tahun `1549` dan disini juga dia dimakamkan..
atas faktur keselamatan masjid tersebut tlh dirobohkan dan hanya menara & tangga masjid yg ditinggalkan untuk dijadikan warisan sejarah..disebelahnya telah dibina masjid baru.. :)


lain orang lain budayanya..terpegun mama melihat ramainya wanita yg berkunjung ke makam yang dipercayai `makam sunan kudus`..mereka membasuh muka ,mengambil air sembahyang dan ada antaranya yg meminum air dr kolah yg sedia ada..kemudian beramai2 menuju ke makam tersebut dan membaca yasin dan berzikir..


makam2 lama berhampiran makam `sunan kudus-walisongo ke5`

***********************************************************************************************

(sila klik utk pembesaran imej)..
dipercayai juga `sunan kudus walisongo ke5` disemadikan disini !!..pusaranya didalam tirai berwarna putih ..mama tidak dpt melihatnya dgn jelas kerana berdekatannya ada pusara ahli keluarganya dan ianya dipenuhi olh kaum wanita yg sedang berzikir !! memang ramai sgt wanita yg berkunjung kemakam tersebut..kagum dgn mereka !!..

Sunday, November 9, 2014

Cerekarama TV3, tangis yang tiada noktah

assalam semua..
menonton tak cerekarama TV3 sebentar tadi?..ehem lama tak tenguk `nasha aziz` berlakon drama tv !!..banyak pengajaran yang dapat kita kutip dari cerita tadi..hu2..




tajuk : `tangis yang tiada noktah`

antara pelakon : nasha Aziz sebagai `datin zara`
                           : eizlan yusof sebagai `dato`
                           : khatijah tan sebagai `ibu zara`

waktu : 9.00pm -11.00pm

setiap sabtu : TV3

         

kisah tentang datin zara yang sombong kerana hidup dalam kemewahan..dia tidak menghargai `quran` pemberian penduduk kampng sewaktu dia merasmikan suatu majlis..geram pulak mama bila menonton cerita tadi..waktu datin zara membawa ibunya pergi shopping..ibunya ingin membeli telekung berharga RM120 tapi dikatakan mahal..lalu dia memilih telekung yg berharga RM35..hu2 dia minta tawar lagi harganya.. :(
sedihkan, dia berkemampuan tapi berkira utk membeli sebuah telekung !!..
dia membeli baju yg berharga lebih kurang RM2000..ibunya pula yang berkata mahalnya harga baju tu..akhirnya ibunya meninggal.. :(
kemewahan hidup membuat dia semakin hanyut..sakit ati pulak mama bila dia perli kawan2 dia yg nak menunaikan umrah !!..dia juga menyimpan`anak ikan`..ahuhu2 tau kan apa anak ikan !!..dia terus hidup dengan dosa2 sehingga tertangkap, bila suaminya memeriksa `hp`nya..dia juga menukar ubat suaminya!!.. sambil memandu kereta suaminya menalipon zara dan mereka bertengkar dan dia ingin bercerai..tiba2 suaminya diserang sakit jantung dan meninggal..jahat kan datin zara !!..akhirnya dia menerima balasan dr Allah, bila kehilangan suara dan kemurungan..`anak ikan`nya pula tidak mahu berkahwin dengannya..

dia kerap keluar rumah & merayau2, kemudian dia datang kerumah seorang `makcik` yang mempunyai seorang anak lelaki !! dia melarang ibunya untuk menjaga zara.. bila berita kehilangan datin zara disiarkan di akhbar olh ank datin zara, anak lelaki makcik yang menjaga datin zara meminta bayaran RM200 ribu untuk menghantar datin pulang..makcik nampak anaknya menerima wang dari `anak datin` waktu menghantar datin zara pulang dan meminta anaknya untuk memulangkan semula wang tersebut..akhirnya makcik dan anak lelakinya tinggal bersama2 datin..datin ingin pergi menunaikan umrah untuk menebus segala dosa2 yang pernah diakukannya dulu..dia pergi ditemani olh makcik dan anak lelakinya.. `anak datin` pula tidak dapat mengikutnya kerana ada kemalangan melibatkan pekerja mereka..akhir cerita `datin zara` meninggal dimekah.