My Lovely Friends..

Saturday, December 31, 2011

** NO FEELING.. :(

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua..
sekejap je rasanya tahun 2011 berlalu..esuk 2012 akan datang..mama seperti selalu on-off je  kejap ok kejap down..minggu2 ini mama terdown sangat..sori semua kadang2 mama lambat lawat u all...`luv both of u` !!!  buat yang sudi follow mama, dropkan komen atau silent readers...`SELAMAT TAHUN BARU 2012`..semuga Allah merahmati & memberikan kebahagian buat u all semua..
berada dirumah sangat membosankan..hu2x..telan ubat dan `zzzz` dan jadi rutin harian mama..kelmarin dalam lemau2 tu mama buka FB dan tenguk seseorang update filem hebat yang dapat collect berjuta2 tu !!..apalagi filem `OMBAK RINDU` lah..sebelum tu mama baca novelnya yang dibeli olih `cik n`..novel yang diterbitkan semula ini gambar kulitnya dihiasi olih pelakon2 filem ombak rindu sendiri...
sedap novel ombak rindu ni..hu2x..tapi maaflah bila tenguk movie ombak rindu yang diaorang uploadkan tu..mama ...`NO FEELING` !!!...hukkk2x..semua orang kata tersob2x..bila menonton movie tu !!!..mama tanya kat en.hb apasal mama yang jiwang ni tak rasa nak nangis pun bila tengok video ni?..jawapan en.hb mungkin sebab mama tak sihat..sebab tu feel tak mari !!..ha2x..agaknya lah !!!..atau airmata mama sudah kering?..hu2x..


** apapun novel `ombak rindu sangat sedap..**cik n jangan lupa belikan mama novel lagi ek !!..hikk2x..
tadi mama buka you tube..movie tu dah diremovedkan..hu2x..

Thursday, December 29, 2011

DR JISM al-jabbar..

ASSALAMUALAIKUM..
Hu2x..rindunya dengan blog lemau mama ni !!!..maaflah baru ari ni mama dapat update entry..mama `terdown` sangat2..biasalah cuaca yang tak menentu adalah salah satu faktor yang menyebabkan kesihatan mama terjejas..hu2x..sebenarnya selain memakan ubat2 dari PPUM mama juga mencuba supplement2 yang lain seperti jus manggis`xango`..mama akui mama seorang yang kuat semangat !!..mama tak pernah mengaku kalah kerana mama ada tugas yang belum selesai..hu2x..semua tempat & medical centre mama pergi dan keputusannya tetap sama..mama akan menghidapi penyakit ini sehingga akhir hayat !!..bersyukur sangat2 ada husband spt en.hb yg rela mengeluarkan wang untuk membeli ubat2 dan alat2 perawatan  untuk mama..hu2x..
3 hari yang lepas en.hb telah membelikan  mesin terapi- DR JISM dari AL-JABBAR ..orang yang ada penyakit kronik akan ada tindak balas bila kali pertama menggunakannya !!..ia bergantung kepada penyakit seseorang..dan itulah yang mama alami..hu2x..mama terus terdown & terbaring dikatil !!..mama masih berharap biarpun tidak sembuh tetapi sekurang2nya penyakit ini dapat dikurangkan sedikit..
Mesin terapi DR JISM ini tidak bolih digunakan olih :
1. pesakit jantung yg menggunakan bateri
2. wanita mengandung
3. pesakit kanser 
4. mereka yang menjalani pembedahan plastik




inilah DR JISM dari AL-JABBAR..


Tuesday, December 27, 2011

** TENSION TAK?..(2).. ;)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
maaflah hari ni mama masih lemau..hu2x..diserang selsema & batuk yang kronik..bila tak sihat begini  bantal adalah sahabat sejati mama !!! .hukk2x..

TENSION TAK?...( 2 )....hikk2x..
bila kucing u all suka cari gaduh, tak kira dgn siapa pun !!!..
kucing jantan u all dah jadi kakak !!!..ha2x..
*** pic. dicilok dari en.google ***

Sunday, December 25, 2011

** HUJUNG MINGGU YANG lemau..

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua..

Petang2 begini baru sempat nak update entry kat blog mama yang lemau ni..hu2x..dari subuh2 sapi`e semlm mama dah terkejar2 ke N9..spt biasa ada sedikit tugas..sampai kat sana rasa nak demam & menggigigil kesejukan pastu mama batuk & selsema pulak !!....jln ke teluk kemanng pulak `jammed` teruk semlm, maklum saja cuti krismas..ramainya yang bercuti disana !!! balik dari N9 mama terus `lemau` & terus `zzzz` lepas makan ubat..hu2x....maaf mama tak sempat terjah entry u all ya !!..rindu nak BW & terjah entry u all semua..hikk2x..
Hari ni dlm keadaan lemau batuk & selsema mama terjah pulak ke3 jemputan pengantin, semuanya staff kat office mama & en.papa, en.papa malu nak pergi sorang katanya !!!..hu2x..

hanya ini yang mama sempat snap !!!. hu2x..rumah pengantin yang ke3- disec.28 Shah Alam..


***`SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AFIQAH & IRSHAD`***..semuga berkekalan hingga akhir hayat..amin..

Friday, December 23, 2011

** BIAR MIMPI SAMPAI KEBINTANG **..104 ria ..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JUMAAT BUAT SEMUA..

Smlm - 9pm.. menonton tak drama astro ria `BIAR MIMPI SAMPAI KEBINTANG`?.hukkk2x..
drama ini diterbitkan olih Michael Ang..hebat sungguh drama ini, dibintangi olih pelakon kacak & terkenal Indonesia, Randy Panggalila..ini adalah kali pertama Randy berlakon  dibawah produksi dari Malaysia !!! suka gitu !!!..hikk2x...
Pelakon utama Randy Panggalila sebagai randy, Elfira Loy sebagai Alia, Didi Alias sebagai mak yam, Mahmud Ali Bashah sebagai bapa randy, Sharifah Sakinah sebagai kawan baik alia & Sharifah Sahora sebagai ibu Alia...
kisah tentang alia anak penjual ayam, yang menyamar sebagai anak orang kaya !! atas arahan kawan baiknya, alia berkenalan dengan randy anak hartawan dari Bandung di `FB`..akhirnya mereka bertemu kerana bapa randy bekerja di malaysia..drama ini mengisahkan  tentang cinta remaja !! dah takde cerita apa nak ditonton maka mama pun terlayan sama drama ni..ha2x..sambil mengimbau kisah2 lalu bersama en.papa yang penuh berliku & beranjau duri tu!!..hu2x...mama suka tgk randy yang ensem ni dan elfira yang cantik & comel..sesuai sgt mereka berdua ni..he2x..
randy menceritakan siapa dia yang sebenarnya kepada alia dia adalah anak seorang hartawan bernama hardiyanto rasputra..semasa alia nak menerangkan siapa pula dirinya, dia dihalang olih kawan baiknya..terjadi salah faham bila ibu alia mencari alia kerana adiknya mengesyaki alia menjadi `gro` kerana cara hidup alia yg nampak senang...huk2x..sebenarnya barang2 berharga itu adalah kepunyaan kawan baiknya ..randy memarahi alia dihadapan orang ramai kerana berasa tertipu bila ibu alia memberitahu apa pekerjaannya..tapi akhirnya mereka berbaik semula kerana dipujuk olh kawan baik alia (sharifah sakinah)..




ensem kan randy ni..ha2x..




** `KALAU NAK MIMPI..BIARLAH MIMPI SAMPAI KEBINTANG`..** ha2x..

Thursday, December 22, 2011

** NAK JUAL TAK? @ tiara..

Assalamualaikum semua..
malam2 ni baru mama terjenguk !!.rindu tak kat mama?..perasan pulak kan ada orang yang `terindu` kat mama ni !!!...takde maknanya !!!..ha3x..

ari ni ke PPUM lagi..hu2x..sebenarnya mama `dah rasa penat`segala2nya !!..dalam perjalanan balik mama cakap kat en.hb `kita jual rumah tiara nak`?..tak sayang ke?..dia tanya mama balik !!..huk2x..mama kata mama penat ulang alik kesana..kalau nak difikirkan sayang..memang sayang !!!..tapi keadaan kesihatan mama yang on-off buat mama celaru ..ha2x..jiwa kacau !!!..abaikan je kata2 merapu mama ni..sebenarnya ada guest yg stay kat tiara ari tu tanya. `nak jual tak rumah ni`?... ( rumah ni dah hampir habis bayarannya dgn bank)..hu2x..








wajah terkini tiara selepas diubahsuai..

*****************************

psssttt : `seksi tak i ni`?..hikk2x..


AMPUN !!..AMPUN !!...GAMBAR CURI INI `DISNAP` OLIH SEORANG `BUDAK` NAKAL DI TEPI PANTAI TELOK KEMANG ARITU !!! ha3x..siapalah budak nakal yang curi2 snap pic.ni ek?.. 

** GAMBAR NI TAKDE KENA MENGENA PUN !!!..hu2x..

Tuesday, December 20, 2011

** MAK JEALOUS TAU !!..

Assalamualaikum semua..
sori tengahari baru mama nak terjenguk ..hari ini bz kemain !!!..
mama baru je selesai masak..hu2x..bila mama lawat entry u all, semua asyik tayang pic.makanan !!.. mak jealous tau nyah !!. ;) ..mama asyik terliur je tenguk pic. masakan u all..maklumlah mama ni selalu je`lemau`..jadi lebih kerap menunjuk dari memasak sendiri !!.. :(


MEH LAYAN PIC.MAKANAN YANG MAMA MASAK ARI NI !!!.. MAMA NI TAK BERAPA NAK PANDAI MASAK PONG.. ;)


JANGAN GELAK TENGUK PIC.NI EK !!.INILAH HASIL MASAKAN MAMA SENDIRI.. ;)
SIMPLE JE..MAKANAN UNTUK 2 ORANG..he2x..
SAMBAL IKAN KURAU MASIN...UTK EN.PAPA..
MASAK LEMAK ` BAWANG CHINA` DGN UDANG KERING..
AYAM GORING JINTAN..



** jemput makan semua.. ** :)

Monday, December 19, 2011

~ TENSION TAK?.. ;)

ASSALAMUALAIKUM...

TENSION TAK?..ha3x..





 BILA KASUT DAH JADI TANDAS DIA..




BENANG KAIT BERSERABAI..





 DIA BAWA BALIK `MAKANAN` KEGEMARANNYA KERUMAH ANDA !!...




** pic.spt biasa cilok dr en.google..

Saturday, December 17, 2011

** siapa yang bersalah, ariff alfian?..hu2x..

Assalamualaikum & salam hujung minggu buat semua..




hari ni mama terkejut  bila membaca entry blogger : ZairieHusin.com..berita tentang ariff  alfian rosli pelajar perubatan tajaan petronas yang dilapurkan hilang semasa menuntut di dublin sejak tahun 2009 lagi..sedih dan sayu sekali rasa hati waktu tu !!!..mama membaca berita ini beberapa hari lalu kat paper..kisah bapanya yg telah terputus hubungan dengannya & kisah tentang petronas menuntut bayaran wang pengajiannnya sebanyak rm890 ribu kerana beliau tidak dapat menamatkan pengajiannya itu..hu2x..
tak terniat dihati mama untuk menambah kesedihan ibubapa dan keluarganya. hanya harapan mama agar keluarganya tabah menghadapi ujian dr Allah ini !!!..mama faham bebanan & tekanan yang terpaksa ditanggung olih keluarganya bila tersebarnya gambar perkahwinan ariff alfian dengan seorang lelaki bernama jonathan..terkedu juga bila melihat mereka berkucupan disebuah dewan ke apa !!!..nauzubillah..adakah dunia sudah hampir akhir zaman?..hu2x..
sedih juga kerana pegangan ugama umat islam semakin longgar..hu2x..mereka belajar tinggi2 tapi tak mampu untuk berfikir mana yang baik dan buruk !!!..sebenarnya kisah yg hampir serupa ini berlaku kepada `kawan` adik mama yg sama2 menuntut dengannya di university of Rhode Island, Kingston US..waktu adik mama belajar di `URI` hanya ada lebih kurang 6 orang sahaja pelajar dari malaysia..hu2x..
`kawan` adik mama seorang lelaki juga, berasal dari pantai timur & bukan dari keluarga yang senang !!..tahun akhir pengajian `kawan` adik mama gagal dalam peperiksaannya..hu2x..syukur alhamdulillah adik mama lulus & pulang dengan ijazahnya (adik mama juga seorang lelaki)..sewaktu nak balik kemalaysia adik mama cuba memujuk `kawan`nya untuk balik ke malaysia & adik mama pergi kerumahnya..alangkah terkejutnya adik mama kerana kawannya tinggal bersama seorang wanita berbangsa cina dan ada memelihara anjing..adik mama merayunya supaya dia ikut balik kemalaysia ..dia tetap berdegil mahu tinggal disana kerana malu sebab dia telah gagal dalam pengajiannya !!!..hu2x..
pelajar itu tinggal bersama seorang wanita, bukan lelaki spt ariff !!..airmata lelaki adik mama jatuh sewaktu menceritakan kisah `kawan`nya..sehingga kini tak diketahui bagaimana nasib pelajar itu?..hu2x.. bila membaca kisah ariff mama terfikir sendiri..siapa yang nak disalahkan?. tentulah ariff sendiri !!..kerana dia tidak menggunakan akal fikiran yang telah diberikan olih Allah !!!..semuga pintu taubat masih terbuka untuk ariff alfian kembali dan memohon keampunan dari Allah..amin..



Friday, December 16, 2011

** ALAHAI POLKADOT..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JUMAAT SEMUA..

sekarang ni trend fesyen polkadot dah kembali lagi..sebenarnya fesyen ni dah pernah dikeluarkan dulu tapi tak sepopular seperti sekarang !!!..ha2x..kat mana2 mesti jumpa orang pakai baju polkadot ni !!!.u all ada baju tu?..mama dulu pernah pakai baju kurung polkadot..bila dah obes ni, baju tu simpan kat stor.. sebab dah tak muat..ha2x..
bila rumah diserang puteri aritu..habis baju2 mama yang disimpan di stor tu dimusnahkan olih puteri durjana itu !!..hu2x.. psttt..sila check rumah u all semua lepas ni, siapa kata anai2 tak serang rumah batu ?...


image ini dicilok dr en.google..




kali ni fesyen polkadot bertambah meriah dengan lahirnya menu baru..he2x..`apam polkadot`..
dulu2 takde pun apam polkadot ni !!!..tapi mama tak pernah pun mencuba membuat apam polkadot ni...`kemalasan melanda hidup mama`..hu2x.


ini lah apam polkadot yg mula2 dikeluarkan..(cilok dr en.google juga)..




dan kini ia telah di up gradekan..cantik tak polkadot lady bird yang seseorang bagi kat mama semalam? rasa sayang pulak nak makan !!!.. :) yang lain mama dah telan..tetiba teringat nak snap pic.utk buat blog..inilah polkadot yang tinggal hanya 3 biji sahaja..hu2...kuatnya selera makan mama kebelakangan ini..






** ada sesiapa nak anta apam polkadot lagi kat rumah mama?..he2x...

Thursday, December 15, 2011

** MY GIRL..

ASSALAMUALAIKUM

bila ada banyak pilihan dan juga terlebih masa lapang !!!... ha2x..

MY GIRL OST `sang eo reul sarang han in eo`..


mama suka gila  menonton drama `my girl` yang pernah disiarkan olih 8TV ini..pelakon wanita yg cantik...`Lee Da Hae` & pelakon lelaki yg handsome `Lee Dong Wook` !!
abby melatiqistyna.blogspot.com.. pun suka menonton drama korea juga !!!..ha2x..


**  sampai termimpi2 terbang ke korea !!!..hikk2x.. PEACE !!




~~~MSOS CODE FOR ONLINE TXN AT AIRASIA FOR MYR... IS...
CODE WILL EXPIRE IN 3 MINS..
09/12/2011..~~~
** hasilnya bila tak jemu2menerjah ke `online tiket`airasia !!!.. (october 2012)..hu2x..**


## harap maklum : pagi ni tuan rumah keluar kawasan..

Wednesday, December 14, 2011

** HUTAN..hu2..

ASSALAMUALAIKUM..


rumah dah jadi seperti hutan !!!..hu2x..


ada sesiapa yang melakukan kerja2 gila spt ini?..
sampai nak duduk pun dah takde tempat !!!..ha2x..


** HANYA UNTUK KEPUASAN HATI !!! ..hukk2x.. **

Monday, December 12, 2011

** HATI SEORANG ALONG..

ASSALAMUALAIKUM..







lelahnya menjadi along..

 ~~~ ` kelukaan adik adalah kelukaan along juga..dan kebahagiaan adik adalah kebahagian along juga..
setiap ujian yang allah turunkan pasti ada hikmahnya..semuga adik tabah dan kuat semangat !!..percayalah doa along sentiasa mengiringi adik..semuga sinar kebahagian sentiasa ada biarpun semalam adik pernah terluka. along tahu setiap kesedihan & kedukaan yg adik simpan !!!..insan mana yang tak pernah melakukan kesilapan..walaupun along tahu adik bolih memaafkan dia, tapi along tahu sukar untuk adik melupakan segala perbuatannya !!..adik lautan mana yang tiada geloranya, begitulah juga dengan kehidupan ini !!!.semuga sinar kebahagian masih ada buat adik`.. amin..~~~



** `buat dia yang terleka dibuai mimpi..hargailah apa yang anda miliki skrg ini !!.. sebelum anda kehilangannya..kerana kenyataan tak seindah impian`..**

Saturday, December 10, 2011

** `BUNGA TAHI AYAM @ TIARA..

Assalamualaikum dan salam hujung minggu dari mama..
rindunya dengan blog lemau ni..hu2x..Ini pun baru sampai kerumah !!
semalam mama dilanda `kelemauan` seperti biasa telan ubat dan terbaring dikatil !!..pagi2 tadi dlm lemau2 tu mama ke`tiara` lagi..mama kesana ada tugas..kadang2 bosan jugak asyik kesana.. :(


`TUGAS YG TAK PERNAH SELESAI` !!..


HARI NI `JAMMED` DIPINTU MASUK TIARA.. :(
POOL YG PANJANG & LUAS TU PENUH DENGAN TETAMU..TERUJA TENGUK MEREKA..RASA NAK TERJUN KEDALAM KOLAM TU..he2x..

** DAH LAMA BERULANG ALIK KE`TIARA`..HARI NI BARU MAMA PERASAN, BUNGA TAHI AYAM YANG DITANAM DISINI !!!.. KENAPA MEREKA TANAM BUNGA INI..APASAL TAK TANAM BUNGA ROSE KE?..hik2x.. busybodynya !!!...TAPI KENAPA RAMAI TAK SUKA DENGAN BUNGA TAHI AYAM EK?..hu2x..

Thursday, December 8, 2011

** I`M SO BZ`.. ;)

ASSALAMUALAIKUM...



LATELY I`M SO BZ...


BELIEVE IT OR NOT?... `IT`S MY JOB`...hikk2x..








**  P/S : MAMA TETAP AKAN BW & TERJAH ENTRY U ALL SEMUA...muahhh2x.. !!!...
semaknya rumah, dah macam kedai bunga nilai 3 pulak..ha3x..

Tuesday, December 6, 2011

** THANK*Q @ Nilai 3..

ASSALAMUALAIKUM..

Maaf malam2 ni mama baru terjenguk..hu2x..baru balik dari nilai 3..ha2x..sila jangan muntah tau !!!..tiada perkataan jemu kalau ke nilai 3 !!!...dari subuh safi`i sampai kemalam pun tak habis seluruh kedai2 yg ada dapat dilawati..besarnya kawasan nilai 3 ni !!!..apasal kat klang takde kedai bunga sebesar dinilai 3?..nak apa dapat je, kalau kedai ini takde barang yg kita cari tu cari kat kedai yg sebelah dia atau kedai  yg lain..sekarang musim cuti sekolah..ramainya orang cari barang2..siap bawa anak kecil sekali..hu2x..nasib baik mama takde anak kecil, kalau tak mesti kena angkut dia sekali..ha2x..
Hari ni beli barang2 lagi..hu2x..penatnya..balik kaki dah sakit & bengkak sebab mama banyak berjalan & berdiri sewaktu memilih bunga2 tu & bekas2 yg diperlukan..en.papa apalagi duduk berehat dikerusi yg disediakan menghadap deko air terjun di `THANK * Q`..ha2x..sporting jugak en.papa ni kan menemankan mama !!!..ke excited?..tak tahu yang mana satu !!!..hikkk2x..




 
model mama  !!!.. ha2x.. mama arahkan untuk berposing didepan beca THANK *Q...tuan punya blog tiada..hu2x..obes semakin menguasai diri..he2x..




**  kedai lain yg mama terjah ari ni VSTAR, ASTANA MAYANG SARI, KM CADAR & CURTAIN..he2x..
HARI NI MAMA PROMOSIKAN KAN PULAK `THANKS *Q PAVILION`..promosi percuma ok !!!...ha2x..buat yang ingin bertunang atau berkahwin kunjungilah kedai2 disini...ehem2x !!!..


THANK *Q PAVILION
NO.102-109, JALAN NILAI 3/3,
NILAI 3, 71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN.


TEL: 06-7991133, 06-7994433, 06-7995533, 06-7996633, 06-7997733
EMAIL: info@thankq.com.my
atau lawati web : www.THANKQ.com.my


** sila !!.sila !!.. bila lagi nak keringkan poket en. kita tu ek..inilah masanya !!!..rumah dah penuh ni, dah jadi macam kedai bunga pulak..ha2x..