My Lovely Friends..

Monday, December 31, 2012

coretan akhir dec.2012..

salam pagi semua.



terlalu cepat masa beredar..tanpa sedar 2012 akan pergi meninggalkan kita dgn seribu kenangan manis & juga pahit !!..syukur alhamdulillah kita masih diberi kesempatan olih Allah untuk terus berada disisi orang2 tersayang kita.. 

`selamat tahun baru 2013`buat semua teman2 maya & reader ..
semuga kedatangan tahun baru ini akan membawa sinar kebahagian buat kita semua .. ;)


Sunday, December 23, 2012

2 kisah, satu cerita..

assalam & selamat malam semua..
ehem nampaknya semakin bersawang `blog lemau` mama ni..hu2x..seperti tuannya juga yang semakin `lemau & lembam`.. :(
seperti selalu juga bila coklat2 PPUM ini tak berapa nak berkesan lagi..mama terpaksa di `inject` utk mengurangkan kesakitan..faktor cuaca yang tak menentu membuat penyakit mama aktif semula..seluruh sendi2 & anggota mama jadi sakit & bengkak termasuk juga tangan mama.. macam mana nak taip entry ni?..ehem rasa nak pasang `PA` pulak utk taipkan entry mama..sila jangan muntah !!.ha2x..blog lemau & suam2 kuku je pun !!.. ;)

sebenarnya ada 2 kisah yang berlaku minggu lepas..

@@~ KISAH 1..
mama menghadiri majlis perkahwinan mr.pramugara & mrs.pramugari..ZABRI BIN MOHAMED SAID & NUR ALIYAH @ ELIZABERT BINTI GILBERT BENJIE  pada 13 dec.2012..mereka bertugas dgn `mas`..semuga pasangan berbahagia hingga akhir hayat..amin..



ehem tuan punya blog sempat jugak nak `enter frame`.. puan nunu ,suhaila wife sepupu juga adik pengantin, mama & sepupu mama haikal bersama2 ank mereka yg comil !!!..
ehem sama pulak color baju dgn sepupu mama tu..hu2...


sempat jugak puan nunu berbisik.. `baby.. mummy dulu pun bersanding kat dewan ni jugak tau` !!. ;) ha2x..


daddy-mummy mengimbau kenangan waktu bersanding didewan ini.. ;)

@@~ KISAH 2..
mama menerima kunjungan blogger dari utara (kulim) mr & mrs belalang hijau perisik & jr pada 17 dec.2012..terima kasih ek belalang sudi berkunjung keteratak usang mama.. ;)..  blog dia : suarabawahtanah.com
ehem mama tak sempat pun nak bergambar dgn belalang & family dia.. hu2x..


belalang hijau perisik yg low profile.. ;)






Thursday, December 13, 2012

BUDAK boring+sengal.. ;)

assalam..


semalam budak nakal ni lari lagi..
ehem dia pun boring asyik duduk kat rumah je !!!..hu2x.. 
** ayat cover kemain.. ;)

akhirnya jumpa dia kat kelongkong (longkang) depan rumah yg takde air..ehem pandainya dia bukak sangkar yg dikunci..  :)

~~~ingin lari dari  semua kesedihan..tapi dia terus membelenggu hati !! .. 
ingin merasakan sedikit kebahagian..tetapi semakin jauh dia pergi..~~

Tuesday, December 11, 2012

Tension tak? - (3).. ;)

Salam semua..
bagaimana hari u all?.. ;)

BERTAMBAH TAK TENSION KALAU KUCING U ALL BUAT PERANGAI LAGI..

kita nak tenguk tv..dia sibuk nak enter frame jugak !!!


tetiba tenguk dia landing baik punya kat dalam mangkuk maggi kita  !!!.. ha2x..
                                                (pic.dicilok dr en.google).. ;)


*** ENTRY MERAPU ORANG KENA TINGGAL SORANG2 KAT RUMAH !!!.. ;) ***

Sunday, December 9, 2012

Cerekarama TV3- `cinta dari syurga`..



Selamat malam semua..
semalam u all menonton cerekarama TV3..`cinta dari syurga tak?..
ehem kebelakangan ni banyak cerita tentang kecurangan suami !!!..ha2x..trauma tak?.. ;)
aritu `telefilem ahad`yg lepas pun pasal suami curang..
sebenarnya banyak yang bolih dikutip dari cerita2 begini..buat yg telah berumahtangga..hargailah apa yang ada..supaya kita tidak menyesal setelah kehilangan dia nanti..

cerekarama TV3 : `cinta dari syurga`.. 8 dec 2012 (sabtu) jam 10pm-12pm
antara pelakonnya.. fouziah gous - sebagai nur damia
                                 azlee khairi - sebagai zairul aiman
                                 anzalna nasir - sebagai dr nurul hannan

                           
kisah tentang seorang gadis yang bernama nur damia- (fouziah gous)..anak seorang ustaz yang membuka kelas `IQRA`..belajar satu kolej dgn zairul aiman (azlee khairi) - kebetulan ibu zairul belajar dikelas `iqra` bapa damia..zairul telah mempunyai kekasih `nurul hannan` yang akan belajar diluar negara utk mengikuti kursus kedoktoran..ibu zairul pulak menyukai damia yg bertudung..sewaktu hannan nak berangkat keluar negara dia telah bertengkar dgn zairul kerana difitnah kononnya hannan ada hubungan dgn temannya yang akan belajar bersama2nya diluar negara..hubungan zairul & hannan terputus dan hannan mencabar zairul untuk mencari gadis muslimah..
akhirnya zairul aiman berkahwin dengan damia pilihan ibunya..tapi zairul tetap tak dapat melupai bekas kekasihnya hannan yg ditemuinya semula melalui FB..hannan pula telah pulang kemalaysia & bertudung !!!..isterinya damia terlihat wajah hannan sewaktu zairul sedang membuka  FBnya..selepas mengetahui hannan telah kembali..zairul mula berubah sikap..damia merasa sedih dan waktu berjumpa doktor utk memeriksa tahap kesihatannya kerana dia masih belum mengandung & disitulah dia bertemu dgn dr.hannan bekas kekasih suaminya..konflik bermula bila  damia merelakan suaminya zairul berkahwin dengan bekas kekasihnya dr hannan dan dr hannan akhirnya telah mengandung..zairul mula melupakan tanggung jawabnya terhadap damia isteri pertamanya..damia rasa sedih dan menyuarakan hasratnya untuk berpisah dengan suaminya kpd bapanya..mereka dirujuk kepejabat ugama dan disana damia menyatakan sebab2 dia ingin meminta cerai dari suaminya..walaupun pada mulanya suaminya zairul tidak mahu melepaskannya..antara alasan damia... ** `dia tidak mahu suaminya menanggung lebih banyak dosa kerana suaminya tidak berlaku adil terhadapnya`..
dan yang paling menyentuh hati mama bila damia berkata lebih kurang begini..  ** `saya menagih cinta manusia..sedangkan cinta saya kepada Allah tidak sempurna lagi`..selepas bercerai damia menyambung pengajian ke Jordan dan zairul aiman mula merasai kehilangan damia bila dr hannan sibuk dengan kerjanya sebagai doktor pakar..akhir cerita zairul seperti merindui bekas isterinya dengan menatap wajah damia di FB .. ;)

pengajaran dari cerita ini..
** hargailah insan yang kita miliki !!.. kerana bila dia pergi sudah terlambat untuk kita menyesali & merasainya kehilangannya..
** pengajaran buat semua suami2..jangan sesekali membuka akaun FB hanya untuk mencari bekas kekasih anda !!!..kerana dia bolih merobohkan rumahtangga anda..banyak terjadi begitu..u all ada tak akaun FB?.. ha2x..
** tak semestinya cinta pertama anda adalah yg terbaik bagi kita..jadi hargailah `sidia` walaupun dia bukan pilihan sebenar ataupun bukan orang yang anda cintai !!!..ehem susah tak nak melakukannya?.. :(
** ikhlaslah bila berkahwin dgn pasangan anda..lupakan kisah2 cinta lalu anda & jangan lagi hubungi bekas2 kekasih anda..ha2x..bolih tak?

Thursday, December 6, 2012

`perlu dielak dari mengganggu perkahwinan`.. :(

salam semua..

setiap perkahwinan ada hitam & putihnya.. hari ini ia nampak tenang..siapa tahu esuk dia bergelora..bagaimana kita insan biasa utk menghadapinya?..







perkara2 yang perlu dielakan dari mengganggu perkahwinan :

* teruskan bersabar dan belajarlah untuk mengawal emosi..
* usirlah pelbagai andaian negatif terhadap pasangan anda.. ;)
* kenangkan kembali bagaimana ikhlasnya pasangan menerima anda sebagai teman hidupnya..
* sentiasa berterus terang dengan pasangan mengenai apa yang anda rasa..tetapi ingat, cari waktu yang sesuai untuk bertukar cerita.luahkan dengan cara yang baik dan jangan sekali-kali mengkritik..
* tanamkan kepercayaan dalam dirinya bahawa dia masih mampu menjadi suami atau isteri yang hebat sekalipun ada kenangan silam yang menyakitkan..
 ( dari mingguan wanita : 09-15 nov 2012)


aha..bagaimana?..bolihkah kita melakukannya !!.. ;)
yalah kita hanya bolih berkata, bagaimana mereka yang mengalaminya?..bercakap senangkan..tapi bagaimana untuk menghadapinya !!..
ingatan buat semua..berjuanglah untuk mengejar kebahagian biarpun sedikit yang akan kita dapat !!..pahitkan kehidupan..kadang2 kita ketawa, sedangkan hati menangis..kadang2 kita berpura2 kuat tapi didalam sebenarnya kita tak setabah manapun..hu2x..

Tuesday, December 4, 2012

PENANGAN ADAM & HAWA .. ;)

Salam dan selamat malam semua..

ehem tengah buat apa sekarang ni?..tengah menonton drama adam & hawa episod ke 57 ke?.. ;)
mama esuk baru dapat menonton episod 57 ni kat drama online dari  http://ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode/ .. jika u all  takde pakej mustika macam mama click ezany-kun ni terus pergi kevideo drama ni !!..pakej yg mama langgan takde pakej mustika ni !!..hu2x..Thanks sangat2 kat ezany-kun sudi kongsikan video drama ni..
nampaknya episod drama ni semakin menarik..sakit hati mama melihat johan yang semakin psycho & mak dia yang asyik meroyan tu..susah kan bila ada manusia yang tak dapat menerima suratan & ketentuan takdir. !!!.siapa lagi orangnya kalau bukan johan.. bila dia dah tahu ain dah kawen dia takmo melepaskan ain dr hatinya pulak..yang mak dia pun satu asyik meroyan cari ain..ha2x..dia tak puas hati betul kat ain  !!..
ehem johan & mak dia tak dapat merima kenyataan yang ain sebenarnya adalah isteri orang..semakin mendebarkan & mama semakin tertanya2 apa kesudahan drama 80 episod ni..kat you tube takde video adam & hawa ni tau !!!.setiap drama & filem yang aaron aziz lakon kan  memang tidak pernah mengecewakan  !!..sampai zed zaidi pun meroyan.. he2x.
harap2 ezany-kun uploadkan video episod ni cepat2 ..episod malam ni dee (anzalna) yang tergila2kan am datang kemajlis doa selamat dirumah am..tak sabar nak tahu apa ceritanya malam ni.. ;)

** terimalah kenyataan meskipun ianya pahit..kerana sedikit ketenangan akan dirasai **

Monday, December 3, 2012

TELEFILEM ISTIMEWA TV3..`ke pintu bahagia`..



ehem bagaimana ahad u all semua?..mama baru sahaja selesai menonton `telefilem istimewa disember` TV3..tajuknya `ke pintu bahagia..dr 9pm -11pm..pelakonnya Fauziah Latiff sebagai raudah, Faizal Husin sebagai Azman, Fahrin Ahmad  sebagai shaiful & Nad Zainal sebagai dahlia..
kisahnya tentang seorang wanita bernama raudah lakonan Fauziah Latiff yg telah bercerai dgn suaminya azman kerana melihat sendiri kecurangan suaminya dgn orang gajinya dirumah sendiri..kemudian suaminya ditimpa kemalangan & dibuang kerja..dan dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat..benar kata lelaki yg datang kehospital..kecacatan itu adalah balasan tuhan atas kecurangannya..hu2x.. ehem jaga2 bila ada orang gaji dirumah ek !!..ha2x..bukan semua lelaki dapat menahan godaan !!!.. mama takde orang gaji tau .. ;) 
mama suka drama lakonan Fauziah Latiff sejak dia berlakon drama `airmata sara` aritu.. ..dia dapat membawa wataknya dengan baik.. 
selepas itu raudah bertemu dengan shaiful dimasjid..selepas kenal shaiful seorang peguam bekas suaminya azman datang utk memohon maaf & ingin kembali padanya & anak..tetapi raudah tidak dapat memaafkan kesalahan bekas suaminya itu..sementara itu iman anak raudah ditinggalkan disebuah pusat jagaan waktu raudah keluar bekerja..disana anaknya telah didera olih dahlia tuan punya pusat jagaan itu..hu2x..takut pulak dengar cerita tentang pengasuh2 yg mendera kanak2 ni.. :(
selepas anak raudah iman cedera & dimasukan kehospital kerana didera pengasuh.. akhirnya pengasuh tersebut dibawa kemahkamah dan dihukum penjara..shaiful cuba merapatkan semula raudah dgn bekas suaminya demi iman anaknya..mula2 raudah enggan menerima bekas suaminya semula tetapi shaiful berkata kita tetap kawan selamanya !!.. itulah pengorbanan shaiful..rasanya shaiful dah suka pada raudah..hu2x..akhirnya raudah kembali semula kepada bekas suaminya..ehem bukan semua orang dapat memaafkan bila suaminya curang tau !!..banyak pengajaran yang bolih dikutip dari telefilem ini : ..ingatan.. 

1. jangan terlalu percaya kepada suami & orang gaji.. ;)
2. pantau anak2 yg ditinggalkan dipusat jagaan..kerap sangat berlaku penderaan skrg ni hingga menyebabkan kematian..
3. demi anak2 maafkan kesalahan suami, biarpun ianya pahit !! .. sanggup tak u all semua melakukannya?.. ;)

** tak puas hati betul mama dengan akhir telefilem sutradara Murali Abdullah ni..hu2x..shaiful terpaksa melepaskan raudah untuk bekas suaminya..kalau mamalah jadi raudah mama tak akan maafkan kecurangan azman.. tapi kan `KEMAAFAN ITU DENDAM YANG TERINDAH` !!. benarkah ?..tak suka tau raudah balik kat bekas suami dia azman..suka kalau raudah dengan shaiful.. :) ehem macam pengarah telefilem ni pulak !!..hu2x..

Thursday, November 29, 2012

sepetang di puncak berastagi..

`Selamat malam semua`..
mendung kelabu dihati mama telah berlalu pergi.. ;)

mama dah bolih uploadkan semula pic.kat blog mama ni..thanks buat sepupu mama `aishah` yg telah menemui jalannya.. almaklumlah mama ni buta IT sikit.. ;)
meh kita sambung cerita tentang berastagi pulak ek !!.. 
perjalanan kami dr air terjun sipiso-piso yang mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana hujan lebat & jalan..`jammed`..waktu sampai diatas puncak berastagi hujan telah berhenti..sungguh sejuk cuaca petang disitu..maklumlah baru lepas hujan..jaket yg mama pakai tidak mencukupi..mama menggigil kesejukan & seluruh sendi2 menjadi sakit !!..walaupun mama telah menelan 11 biji ubat sebelum itu..hu2x..nampaknya tak berkesan injection & ubat2 yg mama makan itu.. :( amik kau dah tahu `lemau & lembam` masih nak berjalan sakan, kan !!..

indah sungguh pemandangan dipuncak berastagi ..walaupun terpaksa berjalan tunduk kebawah kerana takut kasut mama terpijak tahi kuda & anjing yang bersepah2..maaf ya orang2 medan ..kawasan ini kawasan pelancungan..harap dapat buat sesuatu..dan toilet juga sangat kotor !!..mama terpaksa membatalkan niat mama utk ke toilet..hu2x..
meh layan pic.yang tak berapa nak cantik ni..mama yg snap  !!!.. he2x..

dibelakang tu adalah gunung berapi sinabung...

kawasan tanaman bunga & kaktus.. walaupun ia tidak seluas cameron..

ini ialah gunung berapi sibayak.. terpegun mama melihat keindahannya..gunung berapi ini masih aktif.. :(


** walaupun berastagi tak seluas & secantik cameron highland..berada dipuncaknya ada berbagai2 rasa..indahnya ciptaan Allah..

Tuesday, November 27, 2012

i`m sori.. :(

maaf ya tak dapat  BW ke entry kawan2 semua.. :(

blog mama bermasalah sikit.. & separuh dr pic.yg ada di blog terpaksa diremovekan..hu2x.. 
selepas semuanya ok mama akan update entry baru & BW..









Friday, November 16, 2012

From KYOTO, KL with luv.. ;)

salam hujung minggu buat semua..


tadaaaa.. ;)


 1. ~ FROM KTOYO JAPAN..  : thanks mrs. Baha.. :)



                                 
keropok kentang & coklat
pinggan hiasan dr noritake..
replika bersadur emas bangunan di kyoto jepun..
sudu kayu..




                                          
 2. ~ FROM KL MALAYSIA .. : thanks miss anies (blogger).. :)


buku2 + zikir + minyak wangi + otak2 popia

otak2 popia.. yg sedap & rangup bila digoreng..



Saturday, November 10, 2012

`SELAMAT PENGANTIN BARU`..blogger naz cci..

selamat malam semua..

Petang tadi blogger naz cci.. http://wwwcahayacintailahi.blogspot.com/ telah melangsungkan majlis pernikahannya di klang selangor..esuk adalah majlis resepsinya..ada tak kawan2 blogger yg akan kemajlisnya esuk?..jumpa mama kat sana nanti ek.. :)

buat nazirah & pasangannya zakwan semuga berbahagia hingga akhir hayat..amin.
kali ni mama telah diberikan kepercayaan olih nazirah untuk membuat hantaran majlis pernikahannya..hu2x..

gambar naz cci sewaktu majlis berinai kecil..cute kan dia !!.. (pic.ni mama cilok dr FB dia)..


*** sori naz..mama uploadkan sikit pic.hantaran naz..takpe kan? majlis nikah dah selesai kan !!!..he2x..
ini adalah antara `hantaran` yg mama gubahkan.. tema naz..biru & kuning !!..sori ek mama snap pic. ni guna hp cam ayam je.. charger bateri camera mama dah hilang.. ;)

*** BUAT NAZ CCI & ZAKWAN..`SELAMAT PENGANTIN BARU`..semuga berkekalan hingga akhir hayat..amin..



Friday, November 2, 2012

catatan perjalanan-medan 3

salam nov.buat semua.. :)

keadaan cuaca yang tak menentu buat `tahap lemau & lembam` mama semakin melampau !!!.. hu2x..
sekarang ni  `zzzzz` menjadi keutamaan.. #$%&#@..blur habis.. :(

malam ni mama nak sambung catatan perjalanan medan mama aritu..selepas kepulau samosir dengan menaiki feri selama 45 minit, mama & en.papa meneruskan perjalanan ke air terjun sipiso-piso pula..dari lake toba  t/guide kami membawa kami melalui jalan tikus..memang sangat tikus..kerana jalannya banyak berlubang2 !!!.. :( 
kata irfan takde dana untuk membaiki jalan tersebut..hu2x..
dan jalan ini lebih cepat untuk sampai keair terjun tersebut..ambil masa 3jam je..kami melalui banyak kawasan perkampungan orang2 batak ..waktu ni hujan turun lebat..syukur alhamdulillah..selepas sakit punggung duduk terlalu lama, kami sampai kekawasan air terjun sipiso-piso yang terletak di kabupaten karo, sumatera utara..waktu tu hujan telah berhenti dan cuaca sangat sejuk & mendung..



en.papa dihadapan rumah adat (batak) dan patung `sigale-gale` ditomok pulau samosir..
cantik kan pulau samosir !!..



inilah kawasan airterjun sipiso-piso..gambar ini diambil dari atas..untuk turun kekawasan air terjun tu ada disediakan tangga..hu2x..sangat jauh  untuk turun !!!..en.papa tak benarkan..`kalau u turun kebawah sebulan i kena jaga u kat hospital`..potpet2 dia syarahkan mama.. ehem mama dah turun sekerat tangga dah !! he2x..dan penghujung lake toba adalah dikawasan air terjun sipiso-piso ini..begitu besar & luasnya lake toba ini.. & besarnya kuasa Allah !!..


waktu ni hujan nak turun semula..camera meragam pulak.. flash tak menyala !!!..ha2x.. alasan !!.
okla..mama dah penat menaip entry ni..nanti mama sambung lagi..cerita tentang brastagi pulak ek.. :)


Monday, October 29, 2012

PENANGAN `ahmad nabawi`.. :)

SELAMAT MALAM SEMUA..

semua kerja tak jadi !!!.. 
kerana dok asyik mengadap ahmad nabawi !!..geram pulak mama tenguk pipi dia yg tembam & layut.. :)
dan aritu hauslah pipi `ahmad nabawi` kena cium bertalu2 !!!.. :)

dan yang terlebih excited mengadap ahmad nabawi tentulah `cik n`...http://teddypinkygurl.blogspot.com/ &` my SIL`..http://jmr23.com/ .. sekarang cik n & SIL tengah practise bagaimana nak buat susu baby & pegang baby !!.. ha2x..

meh layan pic. ahmad nabawi masa `photo shoot`aritu !!.. 


baru 2 bulan dah pandai pegang botol susu sendiri !!.. :)


photo olih my SIL.. :)

                                                                       


                                                                         
                                                                         



                                            

Thursday, October 25, 2012

`SALAM AIDILADHA`..

SALAM SEMUA..

buat semua teman2 FB, readers dan teman2 maya ..mama ingin mengucapkan salam aidiladha buat semua..semuga aidiladha kali ini memberi seribu `pengertian` yang tersendiri..
ehem balik kampung tak?..mama esuk balik kekampung yg tak berapa nak kampung pun..he2x.. 1/2 jam je dah sampai !!..
sekali lagi dari mama dan family..`salam aidiladha` 
maaf jika mama ada melakukan kesalahan dan kesilapan sepanjang persahabatan kita..  :(








Saturday, October 20, 2012

`tentang dia..dan ceritanya`..

Selamat malam semua..



feri yang dinaiki untuk kepulau samosir dipandu olih dua orang kanak2 batak toba!!.. :)..tak confidence je nak naik feri ni..seram sejuk pun ada !!!.. hu2x...ehem agak2 dia orang ada lesen memandu boat tak?..
** dan sila jangan berharap ek nak naik feri yang ada aircond seperti feri  untuk kelangkawi @ pangkor island !!!..he2x..



inilah tourist guide kami `irfan` yang peramah ..sempat berbisik kat en.papa dia seorang duda & ada anak yang berusia 2 tahun..ehem agak2 dia nak papa `introduce` kan satu awek dari malaysia ke?.. :)
terasa nafas seakan terhenti seketika sewaktu berada ditengah2 `lake toba` dia membuka cerita..`pak ..kawah gunung berapi yang berada dibawah tasik ini sedang tidur..maksudnya masih aktif  lagi pak !!!..hu2x..



dan ini `my room-mate` !!!..dia `ecxited` sangat melihat pokok & bunga terompet tu !!!..dan sempat jugak berposing kat pokok tu.. :)
 ada tak pokok ni kat malaysia?..nak tanam kat rumah mama..ha2x..
**harap2 en.is tak baca entry ni !!..