My Lovely Friends..

Thursday, December 26, 2013

dayyan harith @ oksigen buat mama..

assalamualaikum semua..




ehem beberapa hari lagi 2013 akan meninggalkan kita..syukur alhamdulillah mama masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh berliku ini..
lama benar `blog lemau dan lembam` mama ini terbiar sepi..
kerana tuan punya blog sendu ini kadang2 terbaring kaku..biasalah keadaan bila menjadi pengunjung setia `PPUM` !!..hu2..

sekarang `dayyan harith` dah 8 bulan..terasa sekejap masa berlalu..`dayyan harith` semakin bijak berposing & beraksi yg membuat mama tersenyum & tergelak..melihat aksi `dayyan harith` kadang2 mama terlupa sekejap penyakit yang mama hidapi..hilang segala kesakitan bila memandang wajahnya..

percaya tak dah 2x `dayyan harith` menemankan mama bila mama ada appointment di`PPUM`..cuti maminya dah habis..jadi `dayyan harith` terpaksa mengikut `mama wan` dia..he2..
`dayyan harith` pun suka kesana maklumlah ramai peminat yg mengerumuninya..ehem tentu sekali kakak2 nurse yg comel dan pesakit2 yg datang!!.. :)
`dayyan harith` adalah `oksigen` untuk mama bernafas @ kekuatan untuk melawan penyakit mama ini..
harap mama mampu bertahan.. :(


 `dayyan` suka sangat ketawa sambil menutup matanya !!..


@@ - dah pandai jugak menggodam lappy dedi dia.. ahaha..

@@ - yg tersumbat kat mulut tu oksigen `dayyan harith` pulak !!.. ;)



** pic.dicilok dr dedi dayyan..

Saturday, August 31, 2013

syawal kami..

salam syawal ke24 semua..

                           dayyan sgt suka posing & buli dedi dia..  ;)

disini mama ingin memohon ampun & maaf jika mama ada melakukan kesilapan sepanjang persahabatan maya kita.. :(
buat yang tercari2 dimana mama sebenarnya mama masih ada !!..banyak sangat `kisah` yang terjadi dalam kehidupan mama..biasalah terkejar2 ke PPUM.. :( bertambah lagi penyakit mama..
dan malang sekali blog `lemau lembam` mama diserang malware pula..ehem mama yang buta IT ni tak dapat membuka blog mama sendiri !!..hu2..thanks buat `azi` yang setia jadi PA mama..dan yang paling malang sekali `line tenet` mama sering terganggu sejak PRU13 aritu..marah juga bayaran up2date..tapi line tenet dlm 1 hari kadang2 1@2 jam je ade !!..bayaran penuh tapi line tenet takde !!..bila en.papa mengamuk kat diaorg percaya tak password utk tenet mama tlh ditukar olh seseorg bukan kami yg menukarnya..pastu tak inform kami..dulu kata line ni 24 hours blh guna..hu2..

oh lari dari tajuk pulak mama ni..syawal kami tahun ni mami & dedi serta dayyan harith beraya bersama kami dahulu..kemudian mereka beraya dibesut pada raya ke3..makanan untuk raya kami order dari catering je kecuali rendang ayam yang mama masak sendiri..`puan mami` tu nak juga mama dia yang masak..kuih raya pula mama tunjuk dari kakak jiran belakang rumah mama..hu2..senangkan?..
syawal ini tetap terasa sayu & kehilangan.. ;)
apapun syukur alhamdulillah mama masih diberi kesempatan & dipanjangkan umur olih Allah untuk menikmati kehidupan ini..


                            ehem dayyan semakin suka `makan satey jari`..ahaha..

tahun ini pertama kali beraya dengan `dayyan harith`..xcited sangat tenguk dayyan pakai baju melayu..
sekarang dayyan dah 4 bulan..semakin pandai posing..suka sgt bila dedi dia snap pic.dia..

                    dayyan semakin pandai berposing dan sering control mancho.. ;)


@@ salam sayang & salam aidilfitri dari mama buat semua..maaf terlambat untuk mengucapkannya..mama semakin mem`bzzzz` sekarang ni..hu2..

Wednesday, June 19, 2013

inilah kisahnya.. :(

assalam semua..

i`m back.. ;)
lama sangat blog lemau@lembam ini terbiar kaku..
sebenarnya kehilangan mama selama 1 bulan + adalah kerana kesibukan menguruskan `puan n yg didalam pantang & dayyan harith`..
alhamdulillah kesihatan mama ok..walaupun terpaksa menelan `pil`(over dose) setiap hari utk mengelakan kesakitan pada sendi2 mama..hu2..



@@~~ dan Allah juga sentiasa menguji umatnya..sewaktu berpantang hari ke20+`puan n`mengalami infection..atas nasihat doktor klinik ~`puan n`dirujuk kehospital pakar untuk melakukan minor surgery berhampiran breast..
dan tahun ini hari jadi `puan n`disambut di`hospital pantai`klang.. :(
mengikut prosedur susu badan terpaksa dihentikan olih doktor ketika pembedahan..`dayyan harith` tidak dibenarkan menyusu badan utk sementara waktu, walaupun begitu dayyan sempat menyusu badan selama lbh kurang 20 hari sahaja.. :(

                                          pic : dicilok dr dedi dayyan.. ;)

pada hari pembedahan `puan n` dibius sepenuhnya kerana ia berhampiran kawasan sensitif !!..dia  ditemani olih `dedi dayyan`.. mama & en.papa pula menjaga dayyan dirumah..sewaktu `puan n`sedang dibedah dayyan harith meragam dia merengek2 walaupun selepas diberikan susu botol..rupanya dia mencari susu badan maminya.. :(  habis dihisapnya baju mama..hu2..
sedih sangat mama waktu tu bila melihat wajah dayyan !!..tanpa sedar airmata jatuh dengan sendirinya.. ya Allah besarnya ujian mu buat `puan n` & dayyan.. :(
mama hanya mampu berdoa agarkan segala2nya selamat & dipermudahkan olih Allah..ketika orang lain berpantang dirumah `dayyan harith` dibawa keluar utk melawat maminya di`hospital pantai`klang ..


@@~~ semuga dayyan harith menjadi anak yang soleh & disenangi serta disayangi olih semua orang..amin..





Thursday, May 2, 2013

Tentang dia..`dayyan harith`

salam semua..
ke`bz`an mama semakin terlampau skrg ni.. ;)
inilah `dayyan harith`.. mama sedang membiasakan diri sebagai `mama wan`..hu2.. 
dayyan takmo nakal2 ek..mama wan nak update blog tau..ahaha..

23 april 2013..1.05am..pusrawi kota damansara.. (3.1 kg)

selepas 10 hari 3.7 kg..

dedi & dayyan..anak beranak layan `zzzzzz`.. :) 


anak beranak berbual..`dedi dayyan nak jadik blogger macam dedi, bolih tak`?.. ahaha..

pic.yang bawah ni `moyang2` dayyan..muda2 dah jadi moyang kan.. hu2..

ini `acik nyang` dayyan yg vogue !!..excited tak dapat cicit pertama?..

ini pula `wan nyang` dayyan yang vogue..excited jugak dapat cicit pertama !!..

@@~~ seperti selalu pic. `mama wan` dayyan takde..hu2..

Friday, April 19, 2013

apakah pilihan yang kita ada?.. :(

assalam semua..

apakah pilihan yang kita ada?..bila



20 march 2013.. PPUM..
`kita terpaksa mencuba kaedah rawatan yang lain !!.. awak akan didripkan `ubat baru` sebanyak lebih kurang 6x @ lebih kerana rawatan kaedah `chemotherapy` ubat rituximab yang dripkan sebanyak 2x pada tahun 2011 lalu tidak berkesan & kaedah `chemotherapy` juga akan dilakukan untuk rawatan kali ini !!.. 


@~ tak sanggup lagi untuk melalui azab & kesakitan akibat rawatan kaedah `chemotherapy` tersebut.. :(

Saturday, April 13, 2013

Slot Zehra TV3, sebenarnya saya isteri dia..

assalam & selamat malam semua..
sesuai dgn diri tuannya yang semakin lemau@lembam..maka `blog lemau `ni kadang2 berupdate..kadang2 tidak.. :(



mama baru selesai menonton drama dari slot zehra di`TV3`..ehem kebelakangan ini banyak cerita2 adaptasi dari novel yang hampir sama jalan ceritanya !!..hu2..kisah perkahwinan yang dipaksa @ terpaksa !!.. :(
apa pandangan u all..adakah hanya mama sahaja yang berperasaan begitu?.. :(  apapun mama layan semua cerita2 ni..
contohnya..gemersik kalbu@setia hujung nyawa@sedetik cinta@sebenarnya saya isteri dia..

Slot Zehra TV3 : sebenarnya saya isteri dia..
waktu : setiap jumaat jam 9pm-10pm..
pelakon : tiz zaqyah sebagai syaf
           : izzue islam sebagai firash
           : fezrul khan sebagai farish
           : wilma muhammad sebagai datin Farizah
           : uqasha senrose sebagai rania & lain2..

kisah tentang syaf & firash yang menghadiri party yang dianjurkan olih raimy & adiknya rania..disana syaf & firash telah diberi minuman yg dicampurkan dadah olih raimy & rania..tanpa sedar syaf & firash telah tidur bersama dalam sebuah bilik sebelum dilihat olih kekasih syaf, farish yang terlewat sampai keparty tersebut..farish adalah abang kepada firash..syaf adalah anak angkat datin farizah iaitu ibu kepada farish & firash..akhirnya firash dikahwinkan dengan syaf..pada hari perkahwinannya syaf & firash.. farish yang terlalu kecewa bila gagal memujuk syaf utk berkahwin dgnnya telah ditimpa kemalangan dan akhirnya meninggal dunia..
syaf & firash akhirnya berkahwin secara rahsia..perkahwinan mereka tidak diketahui olih rakan sekerja syaf dan rakan sekolej firash..walaupun telah berkahwin mereka tinggal berasingan dirumah bujang dgn kawan masing2..syaf sebenarnya 4 tahun lebih tua dari umur firash.. ;)
episod  sebentar tadi rania cuma utk menggoda firash tetapi tidak dilayan olh firash..dan ada tanda2 firash mulai cemburu bila teman serumahnya mula menyukai syaf..apakah kesudahan drama ini?..sama2 kita nantikan episod seterusnya ... ;)
jangan lupa tau menontonnya pada setiap hari jumaat jam 9mlm diTV3..
yang terlepas episod ni..bolih menontonnya di www.tonton.com.my.. sila..sila kan !!!.. :)

@~ `wilma muhammad` kembali berlakon semula selepas suaminya meninggal dunia..mama suka melihat wajah dia selepas bertudung..masih cantik seperti dulu & nampak muda.. ;)

Thursday, April 4, 2013

WAITING.. ;)

assalam & selamat petang.. 

 INSYAALLAH   ..  refer :http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah
                            dan http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19150.0



@~~ WAITING FOR `JR`.. :)


(april 2013).. :)


@~~ FLY AGAIN.. ;)


(april 2014)..

Sunday, March 31, 2013

Cerekarama TV3, Lara Qaseh

assalam semua..
                                                      sara ali
                                                      keith foo
                                                   (semua pic.dr en.google)..

seperti selalu..dihujung2 minggu begini mama sering melayan cerekarama  diTV3..ehem banyak masa terluang kan?.. ;)
cerekarama TV3 malam ini bertajuk `Lara Qaseh`..ehem mama suka tajuk dia.. ;) hampir sama dgn nama mama..mamanor`lara`..hu2x..jangan muntah tau !!..
nampaknya pelakon baru azlee khairi & keith foo (orang malaysia yg pernah stay & berlakon di indonesia), semakin hot kerana wajah mereka sering terpampang ditv.. ;)
seperti selalu meh layan sinopsis dr sudut mama..he2.. ;)

tajuk : Lara Qaseh
cerekamarama TV3 : sabtu - 10mlm-12mlm
pelakon : Sara Ali sebagai lara
               Azlee Khairi sebagai imran
               Keith Foo sebagai doktor hatta
               Ramona Zamzam sebagai qaseh 

kisah tentang tiga pelajar di Asia Metropolitan University..lara,qaseh & imran.. lara & imran adalah pasangan kekasih, tetapi dicemburui olh rakan mereka qaseh yg menaruh hati pada imran..bermacam2 cara dilakukan olh qaseh utk mendekati imran sampai dia sanggup mempermainkan agama dgn berpura2 ikhlas bertudung demi untuk memikat hati imran !!..lara hanya memerhatikan dr jauh perbuatan qaseh ..bapa lara pula menghidap cancer dan dirawat olh doktor hatta..lara mengambil jurusan perubatan dan bakal menjadi doktor..bila bapa lara meninggal doktor hatta mula rapat dgn lara kerana dia tlh berjanji dgn bapa lara untuk menjaga lara bila dia tlh tiada..doktor hatta seperti menyukai lara.. ;) like it !!.. :)
selepas setahun lara bertugas dihospital yg sama dgn doktor hatta..diKPJ klang.. :)
lara menjauhkan diri dr imran kerana tahu qaseh menyukai imran..suatu hari qaseh & imran ditimpa kemalangan dan dibawa kehospital tempat lara bertugas..
imran bertembung dgn lara tapi lara tetap menjauhkan diri dr imran dan memperkenalkan doktor hatta sebagai tunangnya..
bila qaseh sedar dr koma dia bertanya dgn doktor `seri` siapa yg sering membacakan yaasin & ayat2 al-quran sewaktu dia koma dan dr situ dia mendapat tahu lara sebenarnya tidak bertunang dgn doktor hatta..qaseh memberitahu imran kisah sebenar..bila imran ingin kembali dengannya lara menolak dan dia memilih doktor hatta yang menyukainya..  :)

@@~ mama suka akhir cerita ni, akhirnya lara memilih doktor hatta !!.. ;)
dr awal lagi imran tak sepatutnya rapat dgn qaseh kerana dia dah punya kekasih (lara) !!.. dan keputusan lara tepat, bila lara tidak dapat menerima semula imran kembali didlm hidupnya..ha2x..
pengajarannya bila dah ada kekasih janganlah nak rapat dgn org lain walaupun hanya sebagai kawan !!.. ingat tau !!.. ;) ada kawan yang suka makan kawan dia sendiri !!.. hu2x..

Wednesday, March 27, 2013

BUDAK `sengal 2` @ vitamin .. ;)

assalam dan selamat malam semua..

pic.ni waktu `budak sengal` tu usia 1 bulan..kecik je kan !!.. ;) 
dan dia sangat aktif.. 

usia `budak sengal` ni dah 3 tahun.. ~~ nama dia `KEENA`.. ;)
sekarang ni dia kemaruk makan vitamin !!.. he2x..
supplement `BREWERS YEAST` ini disyorkan olih doktor haiwan tau !!.. :)


pil ni sepatutnya dimakan 1biji 1x sehari..tapi dia makan 3biji sekali !!.. & dia nak lagi sambil mengiau2 !!..

@@~ tenguk dia masukkan mulut dia kedalam botol vitamin tapi tak dapat ambil pil tu, kesian dia !!.. hanya dapat ambil bau je !!.. ha2x.. 

Sunday, March 24, 2013

JANGAN BANGGA @ BERLAGAK..

Assalam dan selamat malam semua..

PERINGATAN UNTUK MAMA JUGA.. :(



1. jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAPAN
4.jangan bangga dengan kereta & motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir = KERANDA
5. jangan bangga dengan minyak wangi berjenama, kerana wangian terakhir kita = KAPUR BARUS 

ayat2 ini mama share dr FB `dear Fazleena Z`.. :)

Tuesday, March 19, 2013

souvenir @ FM dr papa mifz & belalang hijau..

assalam dan selamat petang semua..
bagaimana hari u all semua?..mama spt biasa kadang2 lemau@lembam.. :(
kebelakangan ni pulak mood susah nak mari !!.. aha2x..alasanlah tu !!..sebenarnya semakin malas nak berblogging.. ;)

@@ - semalam mama menerima brg dr GDex dan pengirimnya.. PM@papa mifz  http://www.papamifz.com/

`FM langkawi  geopark`..sori tak terang..snap dr h/phone cikai mama.. :(
tada..`FM` dr pelbagai negara.. bila buat majlis kat rumah kena sorokkan semua `FM` ni..biasalah kanak2 suka benda2 camni.. ;)


@@ - ini pula souvenir dr belalang & keluarga ..  http://suarabawahtanah.com/

kain pelikat utk en.papa..
sepasang kain@ brooch@ pewangi kereta buat mama.. ;)
aritu mereka mengunjungi rumah mama..maaf ek belalang baru arini mama uploadkan pic. souvenir dr belalang !!.. belalang & keluarga bermalam dirumah mama..1mlm di klang..dan 1mlm lagi kat rumah PD.. mama suka dgn wife belalang `nurul` yg peramah & cute..mereka dr dtg kulim kedah..jauh kan?..terharu sgt2 mama dgn kedatangan mereka..ehem barulah meriah sikit rumah aritu !!.. he2x..

** dan terima kasih juga buat semua teman2 maya, keluarga & silent reader..ada ke?..(budget retis popular) lah pulak !!.. ;) kerana sudi menjadi teman maya mama dan membaca entry lemau ini & juga memberi kata2 semangat buat mama.. :(



Friday, March 15, 2013

TANGGANG AYU @ REALITY

Assalamualaikum semua..

I`m back.. ;)
U all menonton tak drama `TANGGANG AYU`?.. sila cari info drama ni sendiri ek !!.. he2x..
ia disiarkan setiap isnin-khamis di`astro prima` -5.00pm..


kelmarin mama ke PPUM lagi.. :( sementara menunggu utk diambil darah..terjadilah drama `tanggang ayu @ reality didepan mata mama sendiri !!..
mama duduk dikerusi berhadapan dgn seorg ibu tua yng uzur & anak gadisnya.. ibu itu duduk berhampiran kerusi hadapan dan si`anak` duduk dikerusi kedua dibelakang ibunya..si ibu tersebut duduk diatas `wheelchair`..mungkin kerana sudah menunggu agak lama..ibu tua itu bertanya kepada anaknya..`nor, berapa nombor mak?`anak gadisnya yang ayu dan memakai tudung itu langsung tidak menjawab pertanyaan ibunya..tiba2 dia menghulurkan  kertas no.giliran dgn kasar tanpa memandang ibunya..ibunya berkerut2 dahi sambil melihat no.tersebut..mungkin matanya tak berapa jelas agaknya !!..hu2x..tiba2 ibu tersebut berkata kpd seorang kakak yang duduk dikerusi hadapan disebelahnya..`no berapa ni?..makcik ni dah tua semua makcik kena buat sendiri`..seperti meluahkan rasa hatinya !!..

kemudian dia turun dari wheelchairnya dan berjalan perlahan2 sambil memegang dinding utk menuju kebilik pengambilan darah..si tanggang ayu itu selamba je !!.. tahu apa yang dilakukannya?..sibuk melayan FB di`smartphone`dia !!..ehem sehingga ibunya selesai mengambil darah dia masih sibuk melayan FB.. :( 
kemudian ibu tersebut duduk kembali diatas wheelchairnya.. nampak sudah tua & uzur..ibunya berkata `dah siap nor` !!..sitanggang ayu diam & tunduk sahaja sambil terus menaip sesuatu diatas s/phonenya..agak lama juga ibunya memandang dia yang  sibuk !!..dan  tiba2 dia dengan cara yang kasar terus menyorong wheelchair ibunya..memang dia cantik & ayu bertudung tapi disebalik wajah ayunya rupa2nya dia adalah antara `tanggang ayu`versi reality !!..apa nak jadi dgn anak2 sekarang?.. :( mereka lebih rela melayan FB dari melayan ibu sendiri..

Saturday, March 9, 2013

`hepi 1st anniversary` to blogger jmr & nunu..


`HEPI 1ST ANNIVERSARY` TO  BLOGGER : JMR & NUNU...
semuga berbahagia hingga akhir hayat.. amin..


@@ ~~ BE A GUD DADDY & MUMMY FOR `JR`.. ;)

Monday, March 4, 2013

wed nana & haris @ Sumira Place Titiwangsa KL

assalam  dan selamat petang..

ehem trend terkini perkahwinan diadakan didewan @ hotel..senang kan tak payah nak kemaskan rumah selepas majlis !!!.. ;)
sabtu lepas 2 mac 2013 mama menghadiri majlis perkahwinan `sepupu mama nana & haris` yang diadakan di Sumira Place Titiwangsa KL.. sumira place adalah sebuah banglo yg dijadikan dewan untuk melangsungkan majlis perkahwinan..semua tersedia dibawah satu pakej.. hebat !!.. :) majlis perkahwinan ala Garden-Bungalow gitu !!..masa mama dulu takde pun pakej2 camtu..hu2x..
meh kita layan deco yg menarik & nampak hebat ni..

**PIC. DISNAP OLIH MY SISTA` ..UJIE  :)

`Sumira Place`- inilah banglo mewah yang dijadikan dewan utk majlis perkahwinan..memang nampak eksklusif !!.. like it.. ;)

pelamin ringkas tapi menarik..

inilah adik sepupu mama (AQILAHNUR NAYANA BT ABD MALEK & MOHD HARIS BIN ABDUL AZMIN)..semuga mereka berbahagia hingga akhir hayat..amin..

khemah tetamu dan makan beradab pengantin yg menghadap pool  !! cantik sgt deco yg dihasilkan..rasa nak berendam kat pool dia.. he2x..panas tau cuaca waktu tu..maklumlah mama sampai kat sana 1.00pm.. :)

suka juga dgn cupcake dia yg berwarna pink !!..he2x..

** `marquee sign ..`selamat pengantin baru nana & haris` dipintu masuk !!.. 

Tahniah buat bapa@ibu saudara mama `kasmawati & abd malek`yg mendapat menantu.. :)

** BERMINAT NAK MENGADAKAN MAJLIS DISINI?.. ni alamat dia.. 
alamat : SUMIRA PLACE
NO 10, PERSIARAN TITIWANGSA 53200 KUALA LUMPUR

hubungi : PENGANTIN EKSKLUSIF
(catering & wedding coordinator)

AHMAD SHAUQI
(PR @ MARKETING OFFICER
019-2162520 / 03-61882520




Friday, March 1, 2013

hitam putih kehidupan 3.. :(

selamat malam semua..
ehem mama baru selesai menonton berita TV3..sedih dengan kepergian 2 anggota pasukan keselamatan yg terkorban kerana bertempur dengan penceroboh dr Filipina dilahad datu sabah pagi tadi..Al-Fatihah..semuga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin.. :(

sebagai seorg yg pernah berkidmat sebagai anggota beruniform mama faham kesedihan yg dialami olih keluarga mangsa !!!..demi menjaga keselamatan negara mereka berkorban meninggalkan org2 tersayang !!!.. 16 tahun memakai uniform, akhirnya mama terpaksa memilih utk melepaskan kehidupan itu bila mama disahkan sebagai penghidap `overlap SLE` & penyakit ++ yg lain !!.. dan mama bertukar jabatan.. :(

masih ingat lagi terpaksa berkawad ditengah panas terik..didenda berjalan katak  dan menangis bila bahu mama bengkak seminggu kerana terkena tendangan senapang yg berat waktu latihan senjata (senapang & pistol).. dan semestinya wajah bertukar spt gagak hitam kerana berkawad sewaktu berkursus selama 6 bulan !!..semua itu menjadi kenangan buat mama..terasa bangga waktu itu dapat menyarung uniform walaupun hanya sebagai seorang konstabel sahaja..ha2x.. seperti tak percaya kepada diri sendiri..pernah berkawad dan memegang senjata !!.. mama disahkan menghidap penyakit pada usia 27 tahun..pahitkan kehidupan !!.. :(



setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya..masih dikelilingi org2 yang menyayangi..itulah hitam putih kehidupan  !!..bukan sedikit `ketabahan` yang perlu ada jika ingin meneruskan kehidupan ini.. :(
  

Monday, February 25, 2013

** bertuah punya anak !!.. ;)

assalam semua..

BERTUAH PUNYA ANAK !!..  ;)))) ..




 ** PENANGAN ASYIK MENGHADAP TV @ TERPENGARUH DENGAN IKLAN  TV !!!.. hikk2x..

** pic.dr en.google..




Friday, February 22, 2013

`hepi bezday en.is`..

salam..


` HEPI BEZDAY EN.IS @ EN.PAPA`... 22 feb 2013..
may Allah bless u alwayz..amin..


** THANKS.. COZ U ALWAYZ WITH ME DURING MY GOOD N BAD TIME.. :(






Wednesday, February 20, 2013

penangan cendol tg karang.. ;)

salam semua..
kesihatan yang masih belum pulih sepenuhnya buat blog lemau mama ini bersawang kembali !! :(
dalam keadaan tak sihat tu mama & family sempat menghadiri majlis perkahwinan `anak` kepada sepupu mama di tanjung karang selangor..
sepanjang perjalanan dikiri kanan jalan ke kuala selangor @ tanjung karang dipenuhi dengan gerai2 cendol. nampak ramai pengunjungnya termasuk `gerai cendol bakar` yang selalu diceritakan olih blogger kat blog mereka !!..
bisik kat en.papa..balik nanti kita singgah minum cendol ek !!..sempat jugak.. ;)

dalam perjalanan balik ke`kelang` mama & family mama singgah minum cendol, ehem cuaca agak panas masa tu.. hu2x..kerana gerai `cendol bakar` terlalu ramai pelanggan kami singgah kekedai cendol yang lain..ehem sedap!!..lupa pulak nama kedai tu.. hu2x..
macam2 cendol yg kami order !!..agaknya pening  tuan punya kedai tu.. ;) `cendol +pulut+durian+tapai !!..he2x..ramailah katakan ( 3 kereta) !!.

ehem siankan anak buah mama `an`..umi n babah dia letak dia atas meja !!..ha2x..tak sabar nak minum cendol lah tu.. ;)
`an`kena pegang botol susu sendiri !!..dia baru berusia 6 bulan tau !!.. ;)

sebenarnya `baby stroller`- `an` tertinggal kat rumah..nak tau berat `an`..9kg..debam kan dia?..
ehem tak lama lagi `an` akan dapat adik sepupu !!!..anak puan n.. ;)

Friday, February 15, 2013

TV9 - drama Dalam Setiap Sujud

assalamualaikum semua..

sekejap masa berjalan sekarang dah masuk bulan feb 2013..bagaimana hari u all semua?..mama pula tahun baru ni disambut dengan `lemau & lembam`..penyakit mama semakin aktif..sebab tu kadang2 mama ada..kadang2 mama tiada.. :(
sekarang ni mama suka melayan drama2 yg disiarkan olih  TV `rangkaian media prima`..u all layan tak drama `dalam setiap sujud`?.. sob2..

tajuk drama : Dalam Setiap Sujud
siaran : setiap isnin & selasa jam 8.30mlm-9.30mlm
pelakon : nur fathia - sebagai jannah
              : azlee khairi - sebagai fareez
              : el faeza ul haq - sebagai zulaikha
              : keith foo - sebagai hendra

kisah tentang jannah seorang jururawat yang berkahwin dengan fareez yang telah mempunyai kekasih bernama zulaikha..fareez terpaksa berpura2 menerima jannah demi  memenuhi kehendak ibunya yang sakit..selepas berkahwin bermulalah episod duka hidup jannah yang terpaksa berendam airmata dan makan hati dengan perbuatan suami dan kekasihnya yang terang2 menyakitkan & melukakan hatinya.. walaupun serumah tetapi jannah tidak tidur sekatil dengan fareez kerana fareez sangat membencinya dan ingin membalas dendam kepada jannah ..fareez anak orang kaya- menuduh jannah berkahwin dengannya hanya kerana inginkan harta ibunya..menonton tak episod 10-11 minggu lepas?..fareez  mendapat sakit (demam panas) dan jannah tetap menjaga suami yang tak pernah sayangkannya !!..ehem geram betul mama dengan perangai zulaikha yang datang melawat fareez..dia sesuka hati je masuk kedalam rumah jannah dan menuju kebilik jannah..sungguh kurang ajar betul zulaikha ni !! ha2x.. `emo pulak mama` !!..tanpa segan silu zulaikha menyakitkan hati & menghina jannah..tapi jannah tetap bersabar..hanya airmata yang menjadi teman jannah.. jannah menyembunyikan masalah rumahtangganya dr ibubapanya & ibu fareez sendiri..tapi rahsia terbongkar bila ibu jannah datang utk melawat fareez yang sedang sakit & dia berjumpa dgn zulaikha..akhirnya ibu ayah jannah telah tahu fareez ada kekasih .. apakah yang akan berlaku ?..jangan lupa saksikan episod seterusnya minggu depan ek !!.. ;) 

@@ - teringat mama jannah disukai olih hendra dari indonesia ..jannah bertemunya sewaktu menjadi sukarelawan sewaktu bencana alam disana.. ehem watak hendra dibawa olih keith foo..  pelakon dari malaysia yang lahir pada 6 jan 1983.. sudah 2 tahun dia mencuba nasib berlakon disana seperti juga ashraf sinclair..ehem pandai keith foo berbahasa indonesia ek.. ;
banyak pengajaran bolih dikutip dari drama ini..hu2x.. @@ al faeza ul haq memang menjiwai watak sebagai zulakiha (perempuan jahat)  !! @@ azlee khairi pun semakin dikenali..banyak drama TV dia menjadi hero..

Sunday, February 10, 2013

`hepi bezday` blogger jmr..


`HEPI BEZDAY ` my dear `sil`..  jmr23.com
may Allah bless u alwayz..amin..



** alwayz be a gud `hb` for my princess..
** be a gud daddy for `jr`. to be.. 

Cerekarama TV3, suamiku jururawat

Selamat malam semua..

ehem ..tidur mama terganggu kerana dentuman mercun & bunga api jiran mama ..esuk kan `chinese new year`..biasalahkan kalau tinggal dikawasan perumahan.. ;)
tonton tak cerekarama `suamiku jururawat` tadi?..drama ala2 komedi sempena `tahun baru cina` lakonan tomok & yana samsudin..

cerekama TV3 setiap sabtu : 10pm-12pm..
pelakon :
yana samsudin sebagai doktor suriati
tomok sebagai mikhail
angelina tan sebagai datin ila
mustafa kamal sebagai datuk shahrizal
penerbit MIG Production

kisah tentang datuk shahrizal yang berkahwin dengan datin ila yang berbangsa cina..mereka telah berkahwin selama 28 tahun dan mempunyai seorg ank gadis yang bertugas sebagai doktor pakar..datin ila seorang yang sombong dan suka membuli orang gajinya yang bernama kak og..dia suka mendera kak og masak dan mengaku dia yang memasaknya..akhirnya rahsianya terbongkar bila `mikhail` yg menjadi anak angkatnya mencuri2 merakamkan perbuatan & perbualan datin ila yg tak berapa menyukainya..mikhail yang bakal menjadi jururawat mengunakan rakaman tersebut utk menakut2kan datin ila !!..bila doktor suri pulang kemalaysia dan berkhidmat dihospital tempat mikhail membuat latihan kerja sebagai jururawat..dia terpaksa berkahwin dgn mikahail atas permintaan bapanya tapi sebenarnya doktor suri tak berapa menyukai mikhail dan tidak membenarkan mikhail tidur diatas katil bersamanya.. 
dihospital juga doktor suri tidak membenarkan mukhail memberitahu sesiapa bahawa mereka adalah suami isteri..konflik timbul bila kawan lama doktor suri iaitu doktor fitri bertugas dihospital yg sama..mikhail cemburu dgn perhubungan mereka..
bila rahsia datin ila terbongkar..kerana datuk shahrizal sendiri terdengar mikhail mengugut datin ila..akhirnya datin ila mengakui perbuatannya dan menceritakan kisah yg sebenar bahawa dia tak pandai memasak dan dia memohon maaf dari datuk shahrizal dan mikhail dan menerima mikhail sebagai menantunya..tapi doktor suri masih bersikap dingin pada suaminya..bila tahun baru cina tiba mereka balik kerumah ibubapa datin ila..disana doktor fitri datang kerumah keluarga mereka..mikhail yang cemburu menyatakan suri adalah isterinya..doktor fitri sebenarnya hanya ingin menghantar kan undangan perkahwinannya dan dia sebenarnya telah tahu doktor suri telah berkahwin dgn mukhail..akhir cerita.. ehem mestilah `hepi ending`..suri & mikhail telah berbaik2.. ;) .. kenapa ek? lelaki bolih berkahwin dgn wanita yang lebih rendah jawatannya tapi perempuan tak dapat menerima suami yg berjawatan lebih rendah darinya !!.. anda bagaimana?..adakah anda lebih berpangkat dari suami anda.. ;)


** `hepi bezday buat my `sil` blogger jmr`**..