My Lovely Friends..

Sunday, March 31, 2013

Cerekarama TV3, Lara Qaseh

assalam semua..
                                                      sara ali
                                                      keith foo
                                                   (semua pic.dr en.google)..

seperti selalu..dihujung2 minggu begini mama sering melayan cerekarama  diTV3..ehem banyak masa terluang kan?.. ;)
cerekarama TV3 malam ini bertajuk `Lara Qaseh`..ehem mama suka tajuk dia.. ;) hampir sama dgn nama mama..mamanor`lara`..hu2x..jangan muntah tau !!..
nampaknya pelakon baru azlee khairi & keith foo (orang malaysia yg pernah stay & berlakon di indonesia), semakin hot kerana wajah mereka sering terpampang ditv.. ;)
seperti selalu meh layan sinopsis dr sudut mama..he2.. ;)

tajuk : Lara Qaseh
cerekamarama TV3 : sabtu - 10mlm-12mlm
pelakon : Sara Ali sebagai lara
               Azlee Khairi sebagai imran
               Keith Foo sebagai doktor hatta
               Ramona Zamzam sebagai qaseh 

kisah tentang tiga pelajar di Asia Metropolitan University..lara,qaseh & imran.. lara & imran adalah pasangan kekasih, tetapi dicemburui olh rakan mereka qaseh yg menaruh hati pada imran..bermacam2 cara dilakukan olh qaseh utk mendekati imran sampai dia sanggup mempermainkan agama dgn berpura2 ikhlas bertudung demi untuk memikat hati imran !!..lara hanya memerhatikan dr jauh perbuatan qaseh ..bapa lara pula menghidap cancer dan dirawat olh doktor hatta..lara mengambil jurusan perubatan dan bakal menjadi doktor..bila bapa lara meninggal doktor hatta mula rapat dgn lara kerana dia tlh berjanji dgn bapa lara untuk menjaga lara bila dia tlh tiada..doktor hatta seperti menyukai lara.. ;) like it !!.. :)
selepas setahun lara bertugas dihospital yg sama dgn doktor hatta..diKPJ klang.. :)
lara menjauhkan diri dr imran kerana tahu qaseh menyukai imran..suatu hari qaseh & imran ditimpa kemalangan dan dibawa kehospital tempat lara bertugas..
imran bertembung dgn lara tapi lara tetap menjauhkan diri dr imran dan memperkenalkan doktor hatta sebagai tunangnya..
bila qaseh sedar dr koma dia bertanya dgn doktor `seri` siapa yg sering membacakan yaasin & ayat2 al-quran sewaktu dia koma dan dr situ dia mendapat tahu lara sebenarnya tidak bertunang dgn doktor hatta..qaseh memberitahu imran kisah sebenar..bila imran ingin kembali dengannya lara menolak dan dia memilih doktor hatta yang menyukainya..  :)

@@~ mama suka akhir cerita ni, akhirnya lara memilih doktor hatta !!.. ;)
dr awal lagi imran tak sepatutnya rapat dgn qaseh kerana dia dah punya kekasih (lara) !!.. dan keputusan lara tepat, bila lara tidak dapat menerima semula imran kembali didlm hidupnya..ha2x..
pengajarannya bila dah ada kekasih janganlah nak rapat dgn org lain walaupun hanya sebagai kawan !!.. ingat tau !!.. ;) ada kawan yang suka makan kawan dia sendiri !!.. hu2x..

Wednesday, March 27, 2013

BUDAK `sengal 2` @ vitamin .. ;)

assalam dan selamat malam semua..

pic.ni waktu `budak sengal` tu usia 1 bulan..kecik je kan !!.. ;) 
dan dia sangat aktif.. 

usia `budak sengal` ni dah 3 tahun.. ~~ nama dia `KEENA`.. ;)
sekarang ni dia kemaruk makan vitamin !!.. he2x..
supplement `BREWERS YEAST` ini disyorkan olih doktor haiwan tau !!.. :)


pil ni sepatutnya dimakan 1biji 1x sehari..tapi dia makan 3biji sekali !!.. & dia nak lagi sambil mengiau2 !!..

@@~ tenguk dia masukkan mulut dia kedalam botol vitamin tapi tak dapat ambil pil tu, kesian dia !!.. hanya dapat ambil bau je !!.. ha2x.. 

Sunday, March 24, 2013

JANGAN BANGGA @ BERLAGAK..

Assalam dan selamat malam semua..

PERINGATAN UNTUK MAMA JUGA.. :(



1. jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAPAN
4.jangan bangga dengan kereta & motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir = KERANDA
5. jangan bangga dengan minyak wangi berjenama, kerana wangian terakhir kita = KAPUR BARUS 

ayat2 ini mama share dr FB `dear Fazleena Z`.. :)

Tuesday, March 19, 2013

souvenir @ FM dr papa mifz & belalang hijau..

assalam dan selamat petang semua..
bagaimana hari u all semua?..mama spt biasa kadang2 lemau@lembam.. :(
kebelakangan ni pulak mood susah nak mari !!.. aha2x..alasanlah tu !!..sebenarnya semakin malas nak berblogging.. ;)

@@ - semalam mama menerima brg dr GDex dan pengirimnya.. PM@papa mifz  http://www.papamifz.com/

`FM langkawi  geopark`..sori tak terang..snap dr h/phone cikai mama.. :(
tada..`FM` dr pelbagai negara.. bila buat majlis kat rumah kena sorokkan semua `FM` ni..biasalah kanak2 suka benda2 camni.. ;)


@@ - ini pula souvenir dr belalang & keluarga ..  http://suarabawahtanah.com/

kain pelikat utk en.papa..
sepasang kain@ brooch@ pewangi kereta buat mama.. ;)
aritu mereka mengunjungi rumah mama..maaf ek belalang baru arini mama uploadkan pic. souvenir dr belalang !!.. belalang & keluarga bermalam dirumah mama..1mlm di klang..dan 1mlm lagi kat rumah PD.. mama suka dgn wife belalang `nurul` yg peramah & cute..mereka dr dtg kulim kedah..jauh kan?..terharu sgt2 mama dgn kedatangan mereka..ehem barulah meriah sikit rumah aritu !!.. he2x..

** dan terima kasih juga buat semua teman2 maya, keluarga & silent reader..ada ke?..(budget retis popular) lah pulak !!.. ;) kerana sudi menjadi teman maya mama dan membaca entry lemau ini & juga memberi kata2 semangat buat mama.. :(



Friday, March 15, 2013

TANGGANG AYU @ REALITY

Assalamualaikum semua..

I`m back.. ;)
U all menonton tak drama `TANGGANG AYU`?.. sila cari info drama ni sendiri ek !!.. he2x..
ia disiarkan setiap isnin-khamis di`astro prima` -5.00pm..


kelmarin mama ke PPUM lagi.. :( sementara menunggu utk diambil darah..terjadilah drama `tanggang ayu @ reality didepan mata mama sendiri !!..
mama duduk dikerusi berhadapan dgn seorg ibu tua yng uzur & anak gadisnya.. ibu itu duduk berhampiran kerusi hadapan dan si`anak` duduk dikerusi kedua dibelakang ibunya..si ibu tersebut duduk diatas `wheelchair`..mungkin kerana sudah menunggu agak lama..ibu tua itu bertanya kepada anaknya..`nor, berapa nombor mak?`anak gadisnya yang ayu dan memakai tudung itu langsung tidak menjawab pertanyaan ibunya..tiba2 dia menghulurkan  kertas no.giliran dgn kasar tanpa memandang ibunya..ibunya berkerut2 dahi sambil melihat no.tersebut..mungkin matanya tak berapa jelas agaknya !!..hu2x..tiba2 ibu tersebut berkata kpd seorang kakak yang duduk dikerusi hadapan disebelahnya..`no berapa ni?..makcik ni dah tua semua makcik kena buat sendiri`..seperti meluahkan rasa hatinya !!..

kemudian dia turun dari wheelchairnya dan berjalan perlahan2 sambil memegang dinding utk menuju kebilik pengambilan darah..si tanggang ayu itu selamba je !!.. tahu apa yang dilakukannya?..sibuk melayan FB di`smartphone`dia !!..ehem sehingga ibunya selesai mengambil darah dia masih sibuk melayan FB.. :( 
kemudian ibu tersebut duduk kembali diatas wheelchairnya.. nampak sudah tua & uzur..ibunya berkata `dah siap nor` !!..sitanggang ayu diam & tunduk sahaja sambil terus menaip sesuatu diatas s/phonenya..agak lama juga ibunya memandang dia yang  sibuk !!..dan  tiba2 dia dengan cara yang kasar terus menyorong wheelchair ibunya..memang dia cantik & ayu bertudung tapi disebalik wajah ayunya rupa2nya dia adalah antara `tanggang ayu`versi reality !!..apa nak jadi dgn anak2 sekarang?.. :( mereka lebih rela melayan FB dari melayan ibu sendiri..

Saturday, March 9, 2013

`hepi 1st anniversary` to blogger jmr & nunu..


`HEPI 1ST ANNIVERSARY` TO  BLOGGER : JMR & NUNU...
semuga berbahagia hingga akhir hayat.. amin..


@@ ~~ BE A GUD DADDY & MUMMY FOR `JR`.. ;)

Monday, March 4, 2013

wed nana & haris @ Sumira Place Titiwangsa KL

assalam  dan selamat petang..

ehem trend terkini perkahwinan diadakan didewan @ hotel..senang kan tak payah nak kemaskan rumah selepas majlis !!!.. ;)
sabtu lepas 2 mac 2013 mama menghadiri majlis perkahwinan `sepupu mama nana & haris` yang diadakan di Sumira Place Titiwangsa KL.. sumira place adalah sebuah banglo yg dijadikan dewan untuk melangsungkan majlis perkahwinan..semua tersedia dibawah satu pakej.. hebat !!.. :) majlis perkahwinan ala Garden-Bungalow gitu !!..masa mama dulu takde pun pakej2 camtu..hu2x..
meh kita layan deco yg menarik & nampak hebat ni..

**PIC. DISNAP OLIH MY SISTA` ..UJIE  :)

`Sumira Place`- inilah banglo mewah yang dijadikan dewan utk majlis perkahwinan..memang nampak eksklusif !!.. like it.. ;)

pelamin ringkas tapi menarik..

inilah adik sepupu mama (AQILAHNUR NAYANA BT ABD MALEK & MOHD HARIS BIN ABDUL AZMIN)..semuga mereka berbahagia hingga akhir hayat..amin..

khemah tetamu dan makan beradab pengantin yg menghadap pool  !! cantik sgt deco yg dihasilkan..rasa nak berendam kat pool dia.. he2x..panas tau cuaca waktu tu..maklumlah mama sampai kat sana 1.00pm.. :)

suka juga dgn cupcake dia yg berwarna pink !!..he2x..

** `marquee sign ..`selamat pengantin baru nana & haris` dipintu masuk !!.. 

Tahniah buat bapa@ibu saudara mama `kasmawati & abd malek`yg mendapat menantu.. :)

** BERMINAT NAK MENGADAKAN MAJLIS DISINI?.. ni alamat dia.. 
alamat : SUMIRA PLACE
NO 10, PERSIARAN TITIWANGSA 53200 KUALA LUMPUR

hubungi : PENGANTIN EKSKLUSIF
(catering & wedding coordinator)

AHMAD SHAUQI
(PR @ MARKETING OFFICER
019-2162520 / 03-61882520




Friday, March 1, 2013

hitam putih kehidupan 3.. :(

selamat malam semua..
ehem mama baru selesai menonton berita TV3..sedih dengan kepergian 2 anggota pasukan keselamatan yg terkorban kerana bertempur dengan penceroboh dr Filipina dilahad datu sabah pagi tadi..Al-Fatihah..semuga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin.. :(

sebagai seorg yg pernah berkidmat sebagai anggota beruniform mama faham kesedihan yg dialami olih keluarga mangsa !!!..demi menjaga keselamatan negara mereka berkorban meninggalkan org2 tersayang !!!.. 16 tahun memakai uniform, akhirnya mama terpaksa memilih utk melepaskan kehidupan itu bila mama disahkan sebagai penghidap `overlap SLE` & penyakit ++ yg lain !!.. dan mama bertukar jabatan.. :(

masih ingat lagi terpaksa berkawad ditengah panas terik..didenda berjalan katak  dan menangis bila bahu mama bengkak seminggu kerana terkena tendangan senapang yg berat waktu latihan senjata (senapang & pistol).. dan semestinya wajah bertukar spt gagak hitam kerana berkawad sewaktu berkursus selama 6 bulan !!..semua itu menjadi kenangan buat mama..terasa bangga waktu itu dapat menyarung uniform walaupun hanya sebagai seorang konstabel sahaja..ha2x.. seperti tak percaya kepada diri sendiri..pernah berkawad dan memegang senjata !!.. mama disahkan menghidap penyakit pada usia 27 tahun..pahitkan kehidupan !!.. :(



setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya..masih dikelilingi org2 yang menyayangi..itulah hitam putih kehidupan  !!..bukan sedikit `ketabahan` yang perlu ada jika ingin meneruskan kehidupan ini.. :(