My Lovely Friends..

Wednesday, May 27, 2015

Sedapnya menu di U-Cafe Wangsa Walk.

Assalamualaikum semua..

Minggu lepas, berkesempatan mencuba sendiri keenakan dan keunikan menu di cafe femes di Wangsa Walk Mall.

U-Cafe Wangsa Walk ni terletak di Lot GL-06, iaitu bersebelah dengan George Town White Coffe. Cafe ini berkonsepkan gaya santai dengan hidangan menu yang pelbagai. Ada masakan timur dan juga barat.

Kalau nak dikira lebih daripada 40 jenis menu di sini. Alhamdulillah, berpeluang mencuba beberapa menu yang menjadi 'hot item' kepada pengunjung-pengunjung setia U-Cafe Wangsa Walk.

Berpeluang mencuba menu pembuka selera U-Cafe.


Yang ni seda, Combo Platter. Rangup-rangup semua, dicicah dengan moayonis dan dua sos sedap tu.


Ni juga menu untuk pembuka selera a.k.a Appetizer. Seafood Platter. Dah namanya makanan laut, semestinya ada ikan salmon, udang tempura rangup, dan sotong goreng tepung. Sedap gak yang ni.


Menu utama, kita mulakan dengan masakan barat ye. Siapa suka spaghetti? Ye, kat sini, ada Spaghetti Aglio Olia dengan Scallop yang super sedap. Tapi kalau yang tak suka scallop, boleh cuba Italian Beef Carbonara with Egg-Yolks. Telur tu pecah dimulut, cair dihati..gituuuu..


Awak yang sedap berdiet, boleh cuba Deconstructed Caesar Salad. Jangan risau tengok kawan-kawan makan je ye..hehehe

Desconstructed Caesar Salad
Awak yang tak nak makan benda berkarbohidrat tinggi, boleh cuba menu Signature Combo Mixed Grilled seperti dibawah. Ada ayam, ada kambing, ada kepingan daging. Mashed potato tu boleh makan sikit, lebih bagi kat kawan sebelah kan.

Signature Combo Mixed Grilled
Peminat 'lamb grill' memang patut amik menu ni. LAMB RACK..bertingkat-tingkat kambing tu nak oii..

Lamb Rack

Sampai kat sini, perut memang dah penuh ni. Tapi disebabkan rasa nak cuba 'taste' menu-menu kat sini, masih boleh bertahan ye.

Apa seterusnya?

Egg Yolks Butter Chicken and Vegetable in Yam Basket.
Yang ni memang sedap. Ayam butter tu memang 'nice' sangat. Cukup-cukup rasa tu. Yam basket tu sangat unik. Sedap 10000x...


Sayur goreng Asparagus bersama udang ni boleh juga dijadikan sebagai lauk. Makan bersama nasi ayam butter tu. Memang mengenyangkan la ni..Rasa memang terbaik.


Mungkin yang biasa makan menu ni, lebih mengenali 'dancing fish' .Tapi menu ni sedikit berbeza namanya, 'Flying Fish Rice with Soy Sauce'..sedap sebab rangup je ikan tu.

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf.

Nasi goreng Bangkok Jazz bersama isi ketam dalam bungkusan daun teratai. Pertama kali jumpa masakan sebegini. Harum bau nasi goreng tu dalam bungkusan daun teratai. Kreatif. Jadi, rasa nasi dan aroma sedikit istimewa. Sangat dicadangkan untuk dicuba bila datang ke U-Cafe Wangsa Walk ini.

Orang Malaysia memang tak dapat lari dari menu nasi lemak. haa kat U-Cafe ni pun ada gak tau. Siap ada ayam kari lagi. Memang lazat. 


Bukan itu aje, nak gabungan menu barat-timur + Thai pun boleh. U-Cafe menyajikan Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry. Ohsem sangat! Green curry tu memang sedap. Tak terlalu pedas, tak terlalu manis dengan kerangupan chicken chop yang dimasak sempurna.

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry
Macam mana. Dah naik ke selera tu. Bagi mereka yang inginkan masakan simple untuk isi perut, boleh la pilih menu goreng-goreng seperti laksa, keuw teow goreng dll.




Sedap sedap menu di U-Cafe Wangsa Walk ni. Bolehlah rekemen kepada siapa-siapa nak bergathering di sini, tempat selesa, makanan sedap dan harga berpatutan. Apa lagi kan, jom ke U-Cafe Wangsa Walk di alamat;

GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No.9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Juga, U-Cafe ni ada cawangan di Sungei Wang Plaza KL tau.

C025, Sungei Wang Plaza, 56100 KL.

Untuk tempahan dan pertanyaann, boleh terus direct contact Rachel: +6019-3133 668.

Selamat menjamu selera semua!

Credit gambar: http://jmr23.com/





Saturday, May 2, 2015

`hitam putih kehidupan` 2015

assalam semua..


ingat lagi blog sendu ini?..
lama sungguh blog `lemau lembam` ini terbiar..sekejap masa berlalu..dah hampir pertengahan tahun 2015.. blog sendu ini terbiar sepi kerana hitam putih melingkari kehidupan :(
itulah ranjau dan liku2 kehidupan, mahu atau tidak kita akan @ terpaksa menempuhnya !!.

`everybody wants happiness
nobody wants pain
but u can`t have a rainbow
without a little rain`..

pahit kan kehidupan?..apapun takdirnya.. kehidupan harus diteruskan..kadang2 Allah menduga kita bila kita terlalai seketika dibuai mimpi2 yg indah..bila tersedar mimpi itu sebenarnya begitu mengerikan !!..sehingga kita juga tidak mampu untuk bangun semula :(

ingatan yg ikhlas dari hati untuk semua:

#`the danger of small mistakes is that those mistakes are not always small` 








`.