My Lovely Friends..

Monday, March 14, 2011

MENTOR 5 TV3...

Semalam, mama menonton rancangan Tv3- Mentor 5, selalu waktu tu sibuk menghadap computer..sebab dah dua tiga hari ni nak buka FB, slow sangat2... jadi kuranglah mama buka FB mama tu..,akhirnya betul tekaan mama sebabnya kerana tsunami dan gempa di Jepun, Buletin Utama Tv3 malam ni menyiarkan lapuran sistem internet terjejas (jurucakap TM beritahu)....(mungkin memakan masa dua atau tiga hari untuk ditangani masalah itu)....susah juga bila jadi mcm ni...kawan2 mama siap sms hp mama kenapa tak nampak muka mama chat kat FB mama...he..he...rindu kot..kah...kah!.Mentor TV3 kali ni menampilkan Dato` Sharifah aini dan protege nya Shiha, Noh Hujan dan Ayish, manakala Adflin Shauki dan Ratnah...walaupun ni baru permulaan..nampaknya juri tetap Datuk Hj Ramli Ms terus hentam dia orang cukup2 masa beri komen, kesian dia orang...Ziana Zain nampak cool je masa komen, n siap cakap ni kali pertama komen orang nyanyi...akhirnya untuk minggu pertama Mentor 5 ni protege Dato` Sharifah Aini..mendapat undian paling tinggi...n memenangi hadiah mingguan berupa jam tangan...mama suka dengar suara protege Adflin Shauki...Ratnah, suara dia unik n seksi!...ziana pun puji, tapi kesian dia...hanya mendapat tempat ketiga...masih awal  untuk ditentukan...kerana next week 3 lagi protege akan berentap....jangan lupa layan rancangan ni minggu depan ye!.... 

 Adflin Shauki bersama protege nya Ratnah...cantik dia ni...

`WANITA MALAYSIA DIHIMPIT KEMURUNGAN?..`

MEMBACA PAPER MINGGUAN MALAYSIA SEMALAM BUAT MAMA TERFIKIR ...KENAPA IA BERLAKU?...MENURUT DR NOR HAMIDAH MOHD SALLEH (PAKAR PERUNDING PSIKIATRI HOSPITAL GLENEAGLES KL) SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA BARU2 INI...DIANGGARKAN 73 JUTA WANITA SELURUH DUNIA MENGALAMI EPISOD KEMURUNGAN MAJOR SETIAP TAHUN..(IA KETARA DI NEGARA2 MAJU),DIMANA PENINGKATAN TERJADI KES BUNUH DIRI DAN IA MENULAR KE NEGARA MEMBANGUN DAN TIDAK KETINGGALAN MALAYSIA..(JUGA DILIHAT KEARAH ITU)...

1. 13% WANITA YG MENGALAMI PROSES KELAHIRAN MENGHADAPI MASALAH MENTAL N KEMURUNGAN SETIAP TAHUN....PERINGKAT TERUKNYA KE PERBUATAN MEMBUNUH DIRI.
2. SATU KAJIAN YG PERNAH DIJLNKAN OLH UNIVERSITY ARIZONA TERHADAP 166 PASANGAN BERKAHWIN MENDAPATI WANITA MELALUI EPISOD STRES YG TINGGI BERBANDING LELAKI....
3. PUNCANYA DESAKAN HIDUP DAN PERSEKITARAN ADALAH ANTARA SEBAB UTAMANYA.
4. KESIHATAN MENTAL SAMA PENTING DGN KESIHATAN FIZIKAL,KEDUA2NYA SALING BERKAIT....
5. YANG ADA MASALAH INI PERLU ADA MASA UTK BEREHAT N BERANI UTK BERBINCANG DENGAN SAUDARA ATAU TEMAN TERDEKAT...N JUMPA PAKAR (JGN TUNGGU LAGI)...
6. KERJA, KELUARGA DAN KAWAN2 JUGA BERI KESAN  KPD MASALAH MENTAL DR SUDUT BAIK DAN BURUKNYA...PERLU PANDAI MENGIMBANGINYA....
7. MAMPU BANGKIT KEMBALI DARI MASALAH, KESUKARAN N TANGANI DENGAN BIJAK ADALAH PERANAN TERBAIK UTK JAGA KESIHATAN MENTAL.
8. BUANG SEGALA PERKARA NEGATIF JUGA DPT MEMBANTU MENGELAK DIRI DARI DIBELENGGU MASALAH....
9. KITA TIDAK BOLEH MENGELAK PERKARA YG BERLAKU, TETAPI BOLIH BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MELALUINYA....

INI ADALAH ANTARA TIP2 DR NOR HAMIDAH YANG HARUS KITA LAKUKAN UTK MENGATASI MASALAH INI...SEBELUM IA TERJADI KEPADA KITA, KHASNYA WANITA MALAYSIA....WAKTU MAMA MENDPTKAN RAWATAN DIUMSC PJ...TERNAMPAK BEGITU RAMAI GULUNGAN MUDA YG BERJUMPA DOKTOR YANG PINTUNYA TERTULIS (PAKAR PERUNDING PSIKIATRI)... RASA SAYU MELIHAT MEREKA JADI BEGITU..KENAPA DAN MENGAPA?..


# TERIMA KASIH DR NOR HAMIDAH... KERANA INFO DIATAS#

Sunday, March 13, 2011

`HEPI BEZDAY AMNA`.....13 MAC 2011

amna..yang didepan bersama kakaknya aina

PAGI-PAGI LAGI MAMA DAH BUKA FB...CIK LYNN TAG  GAMBAR  DIA ORANG SEDANG HOLIDAY KAT TIARA BEACH RESORT...NI HONEY MOON KE 2 KATANYA.. APA PUN `HEPI HOLIDAY` EK....SORI TAK DAPAT JAGAKAN 4 NI, AWAK TAHU KESIHATAN MAMA YE....HEPI SANGAT TENGOK GAMBAR U ALL SEKELUARGA !...HARI NI BEZDAY AMNA..ANAK KETIGA CIK LYNN ( YANG PALING TEMBAM N HYPER ACTIVE JUGA) KATA CIK LYNN...SEKEJAP JE AMNA DAH BESAR YE..BUAT AMNA  `HEPI BEZDAY`..SEMUGA JADI ANAK YANG SOLEHAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...AMIN, CIK LYNN DAH BELI KEK BIRTHDAY DIA KE?...BANYAK JUGA KEDAI KEK KAT BANDAR PD TU...(hikk2x.. I DAH SURVEY DAH)....DIA NI KEDEKUT!, NAK PINJAM AMNA SEMINGGU PUN DIA TAK KASI...(MAIN NGAN CUCU SENDIRI NANTI), KATANYA...# ISKK..ISKKK , bila tah?....#

cik lynn bersama anak bongsu n hubby dia..eh, bongsu ke?.....

bezday gurl..Amna  (yg ke 7 ) hari ni...13 mac 2011...

`ORCHID KESAYANGAN ABAH`....

Selasa lepas mama balik kampong..lama tak menjenguk mak abah mama,makan tengahari dikg...sambal sotong kering,kangkung kampong, ikan fresh yang dibakar..dibeli dari jeti nelayan, ulam jering..(yang dibeli dari kedai)..abah mama tak makan jering tu..tapi beli untuk anak dan menantunya yang memang hantu jering dan petai..he..he!.kalau cik n ada bising mulut dia...`busuk..busuk` katanya...dia tak makan semua tu, tahu la dia mama lahirkan kat bandar..iskk..iskk kan mama dan papa dia lahir kat kampong, lepas makan mama keluar rumah sambil menikmati udara segar ..tiba2 terpandang orchid yg ditanam oleh abah mama sedang berbunga..mama ambil gunting dan terus potong bunga2 tu..papa cik n tanya nak buat apa?, bawa balik rumah kita la...mama ambil sikit je bunga orchid tu, rasa sayang pula nak potong..he2..sampai kat rumah,
.....apa mama buat, ambil bekas n letak air just masuk2kan je..tak gubah pun sayang nak potong pulak..nampak cantik orchid tu walaupun hanya disumbatkan saja dlm bekas air tu....semua orchid tersebut ditanam olh abah mama...mama dan mak mama kalau tanam pokok orchid tu... mesti mati...hikk2.. tangan panas @panas tangan ke apa?...(itu kata org tua2)......


antara jenis orchid yg ditanam olh abah mama ialah : oncidium cebolleta, dendrobium parishii, dendrobium hookerianum n dendrobium phalaenopsis.....

Saturday, March 12, 2011

* kenangan yang tak mungkin terhapus*


dah sabtu hari ni, banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ni, semalam kita dikejutkan dengan berita bencana di Jepun ..syukur rakyat Malaysia yang berada disana selamat...dan hari ini hidup memang kena diteruskan..tak ke begitu?..hari ni mama terpandang album gambar yang tersusun ditepi kabinet tv mama....tangan yang sentiasa gatal ni terus membukanya..gatal tangan tak pa kan..jangan gatal lain pula!...he...he tak banyak gambar mama didlmnya..kebanyakannya gambar keluarga dan semestinya gambar cik n n papa dia je yang paling banyak...mama tak berapa suka sgt bergambar ni..kena paksa baru nak..hikkk...hikkk!, rupanya banyak gambar2 kenangan yang tersimpan termasuk gambar cik n waktu dia masih baby lagi, hari ni cik n dah jadi dewasa!, sekejap masa berlalu macam tak percaya..gambar ini menjadi tanda semua kenangan yang tak mungkin terhapus dari hati seorang mama.....

ini gambar dia waktu berusia  2 minggu , kerana nak cepat membesar agaknya... nampak mcm dah umur sebulan...hik...hikk



kadang2 dia suka sgt bila tak pakai baju..seksi tau!....


ini gambar dia waktu berusia baru 28 hari...(dlm pantang)..papa dia dudukkan dia macam kanak2 umur setahun..sian dia!...

                   
gambar waktu umurnya 3 tahun...juga suka posing ala2 model gitu..he...he...


gambar dia waktu berumur 4 tahun..asyik nak melaram je....


                 
gambar cik n masa  berusia 6 tahun..(dah sekolah tadika waktu ni)....