My Lovely Friends..

Sunday, November 9, 2014

Cerekarama TV3, tangis yang tiada noktah

assalam semua..
menonton tak cerekarama TV3 sebentar tadi?..ehem lama tak tenguk `nasha aziz` berlakon drama tv !!..banyak pengajaran yang dapat kita kutip dari cerita tadi..hu2..




tajuk : `tangis yang tiada noktah`

antara pelakon : nasha Aziz sebagai `datin zara`
                           : eizlan yusof sebagai `dato`
                           : khatijah tan sebagai `ibu zara`

waktu : 9.00pm -11.00pm

setiap sabtu : TV3

         

kisah tentang datin zara yang sombong kerana hidup dalam kemewahan..dia tidak menghargai `quran` pemberian penduduk kampng sewaktu dia merasmikan suatu majlis..geram pulak mama bila menonton cerita tadi..waktu datin zara membawa ibunya pergi shopping..ibunya ingin membeli telekung berharga RM120 tapi dikatakan mahal..lalu dia memilih telekung yg berharga RM35..hu2 dia minta tawar lagi harganya.. :(
sedihkan, dia berkemampuan tapi berkira utk membeli sebuah telekung !!..
dia membeli baju yg berharga lebih kurang RM2000..ibunya pula yang berkata mahalnya harga baju tu..akhirnya ibunya meninggal.. :(
kemewahan hidup membuat dia semakin hanyut..sakit ati pulak mama bila dia perli kawan2 dia yg nak menunaikan umrah !!..dia juga menyimpan`anak ikan`..ahuhu2 tau kan apa anak ikan !!..dia terus hidup dengan dosa2 sehingga tertangkap, bila suaminya memeriksa `hp`nya..dia juga menukar ubat suaminya!!.. sambil memandu kereta suaminya menalipon zara dan mereka bertengkar dan dia ingin bercerai..tiba2 suaminya diserang sakit jantung dan meninggal..jahat kan datin zara !!..akhirnya dia menerima balasan dr Allah, bila kehilangan suara dan kemurungan..`anak ikan`nya pula tidak mahu berkahwin dengannya..

dia kerap keluar rumah & merayau2, kemudian dia datang kerumah seorang `makcik` yang mempunyai seorang anak lelaki !! dia melarang ibunya untuk menjaga zara.. bila berita kehilangan datin zara disiarkan di akhbar olh ank datin zara, anak lelaki makcik yang menjaga datin zara meminta bayaran RM200 ribu untuk menghantar datin pulang..makcik nampak anaknya menerima wang dari `anak datin` waktu menghantar datin zara pulang dan meminta anaknya untuk memulangkan semula wang tersebut..akhirnya makcik dan anak lelakinya tinggal bersama2 datin..datin ingin pergi menunaikan umrah untuk menebus segala dosa2 yang pernah diakukannya dulu..dia pergi ditemani olh makcik dan anak lelakinya.. `anak datin` pula tidak dapat mengikutnya kerana ada kemalangan melibatkan pekerja mereka..akhir cerita `datin zara` meninggal dimekah.

Thursday, October 9, 2014

Rumah Makan `Kampung Laut` Semarang Indonesia

Assalam semua..
spt selalu..`mama semakin lemau & lembam`..hu2..bolih pakai tak alasan ni.. ;)
rindu sangat nak menaip entry diblog sendu ini..tapi keadaan tak mengizinkan..kali ni terkejar2 ke PPUM lagi..insyaallah pada 20 oct 2014 ni doc.akan memasukan ubat baru melalui injection..n mama terpaksa stay sehari utk pemantauan..harap2 kali ini ubat ini sesuai dgn mama..
lama betul nak meng`update` cerita tentang semarang aritu !!. :P.. bajet ramai sangatlah yang baca blog sendu ni kan..


 `my sis bil mom hb & dad`



Rumah Makan Apung `Kampung Laut` antara tempat2 makan yang blh dikunjungi waktu berada disemarang..harganya agak mahal sedikit.. ;) Restoren ini didirikan diatas air dan dibuat daripada kayu n beratapkan rumbia..siap ada live band tau !! (kami dtg  waktu malam)..restoren ni dibuka dari pukul 11.30am-10pm..sangat luas dan selesa untuk menjamu selera..indah sangat pemandangan waktu malam disini..

`live band`.. ;)

yang ini, sup buntot (dlm bahasa indonesia) @ ekor !!.. yg jadi pilihan org lelaki !!..lain dr sup ekor kat m`sia..disini ekor dibakar dahulu..
kata `tourist guide` kami ekor bakar & sambal cili kicap dimasukan kedalam sup kosong waktu nak memakannya..ahaha..betul ke ek?.. hentam saja la labu !!!..


menu seterusnya..baby kailan & cendawan, udang pedas, cumi @ sotong telur masin, kerapu steam.. bersama nasi putih..semua lauk diorder 2 set setiap satu..he2..maklumlah rombongan cik kiah kan !!..kami seramai 8 org termasuk tourist guide kami.,harga makanan ini RM 280 ++
dan minuman wajib mama kalau ke`indonesia` adalah `jus alpukat`..sangat sedap & pekat !!.. harganya lbh kurang RP 500..kira sendiri dlm RM tau.. ;) tak sesuai jika menghidap diabetes !!



cantikan view `kampung laut` diwaktu malam..





jika berkunjung kesemarang~~ ini alamatnya :

Rumah Makan Kampung Laut Semarang
Puri Maerokoco Jl.Anjasmoro
Tawang Mas, Kota Semarang Jawa Tengah.

No Tel: 0247617289 - 70793500

Thursday, July 31, 2014

Salam Aidilfitri 2014..


salam aidilfitri maaf zahir batin dr mama buat semua ..

mama semakin bz melayan sikecil`dayyan harith`..usia dia dah 1thn 3bln..semenjak dapat kaki ni penat mama mengejarnya, suka benar dia me`round` satu rumah dan dah pandai memanjat tangga !!..hu2..
maaf juga kerana mama sering tak berkesempatan nak `BW` keentry kawan2 semua..rindu sangat2 nak melawat entry kawan2..
bagaimana raya u all?..tahun ni mama@en.papa beraya berdua dikg mama yg 1/2jam je perjalanannya !!. :P kira kg ke ni?..

Tahun ini #dayyanharithmamidedi# beraya dibesut t`ganu..

@Al-Fatihah ..to`ki dayyan harith baru meninggal pada 12hb July 2014 -(14 ramadhan) yang lalu..semuga `sil`Jmr23.com & family tabah menghadapi dugaan dari Allah.. :( 

#darinyakitadatangdankepadanyakitaakankembali#itupasti..

Thursday, June 26, 2014

Percutian semarang -part 3

i`m back..ehem mama  nak sambung kisah percutian mama aritu..huk2..
inilah hotel penginapan kami iaitu `Quest semarang`..hotel ni 3*..
mama pilih room yg ada `private balcony` yg menghadap pool.. senang nak skodeng org swim !! ahaha.. :P
price utk 1mlm-rm100 ++ !! selesa tinggal disini..lobby dia sangat luas..kat sini juga tersedia sekali pakej perkahwinan dihotel..huk2..




sebahagian lobby hotel..

replika pelamin & kek kawen yg dipamerkan dilobby yg luas.. :P
bilik mama 
yg menghadap pool.. :P
sempat jugak !!.. ;)

cantik kan view dia..tapi pool dia kecil sikit ..

 berminat untuk kesemarang?..ini alamatnya.. 

Quest Semarang
Jalan Plampitan No:37-39
Semarang,Central Java 50138

t: +62243520808
e: semarang info@Quest-Hotel.com

#thanks buat dear wahida yg beri info hotel ni#


nanti sambung lagi ek..hu2..

Wednesday, May 21, 2014

Percutian Semarang -part 2

meh sambung kisah semarang ek..  ;)
Sampai di Achmad Yani International Airport semarang my `bil` sempat bisik kat mama..mana tourist guide kita?..tu..tunjuk mama kat seseorg yg memegang tag nama `ibu Aini`..ha2..confident je kan!!.. mcm mama je sorang yg nama tu :P

#cilok dr en.google#@taksempatnaksnappic#..hu2..

kami kesemarang hari jumaat..sementara menunggu waktu sembahyang jumaat kami dibawa ketempat pertama untuk dilawati `Lawang Sewu`..

tiket masuk lbh kurang RM3.00..
                                                

 bangunan `lawang sewu`

my family.. ;)


`lawang sewu`..yg bermaksud seribu pintu kerana mempunyai banyak pintu.. bangunan ini dibina pada 27 feb 1904 olih pemerintahan kolonial Belanda dan siap pada tahun 1907..asalnya ia digunakan sebagai kantor pusat perusahaan kereta api swasta (NIS)..ehem dah macam cikgu sejarah pulak..sila google utk maklumat seterusnya..he2..


my dad n `sil`..bukan menantu hantu !!..ahakz.. 




antara barang2 yg dipamerkan..


my mom n dad.. `romantika d`amor kan.. ;)

selepas itu kami ke`QUEST HOTEL` untuk check in..yg lelaki kemasjid bersama t.guide kami endry..selepas sembahyang jumaat kami dibawa makan..





ehem kami makan direstoren nasi padang `sederhana`..tapi harganya tidak sederhana !!..ha2.. untuk 8 orang termasuk t/guide harganya RM 180++..waktu sedang makan kami dikejutkan dgn berita dr METRO TV indonesia..pesawat `virgin` dr australia dibajak..dibajak tu apa pak endry? tanya mama.. nampaknya nak kena belajar bahasa indonesia sebelum kesana nih !!..oh rupanya di`hijacked` dan dipaksa mendarat di`denpasar bali`..ehem tiap2 10minit berita tersebut disiarkan..serupa dgn berita astro awani !!..he2..
al kisahnya seorg lelaki mabuk warga australia memasuki `kokpit`..hari terakhir disemarang berita `metro tv`melapurkan..pemuda berusia 28thn tersebut telah diserahkan kepada kerajaan australia..sebenarnya trauma tentang mh370 tetap ada !!..hu2..

lepas makan kami kesini..tapi tak berkenan ngan design batik dia..


@@ nanti mama sambung citer lagi ek.. :P