My Lovely Friends..

Friday, January 28, 2011

`gubahan hantaran`...



Dulu mama pernah mengambil upah untuk mengubah bunga dan membuat hantaran pertunangan untuk kawan n keluarga mama !! ..saja utk suka2 ...selepas kesihatan mama tidak mengizinkan mama membuatnya hanya utk keluarga mama sahaja !!..utk anak mama nanti...kalau ada jodoh dia kan..mama ingin membuat sendiri hantaran itu. hu2x..insyaallah. Kadangkala hobi kita dapat mengurangkan penyakit kita....ia ke?.
ini adalah antara koleksi gubahan hantaran yg mama buat.....





ini gubahan yg mama buat sewaktu majlis pertunangan adik lelaki mama..

koleksi kucing kucing mama


ini gambar boboy..mati mengejut tahun 2010.

Kali ini mama nak cerita mengenai  kucing2 yg mama pelihara dirumah !! kucing2 ni mama pelihara sebelum mama sakit lagi, setelah mama sakit mama masih menyimpannya kerana mama tak sampai hati utk membuangnya atau memberikannya kpd org lain...kucing2 mama ini senang utk diuruskan kerana dia tlh diajar utk membuang .....? hanya didlm sangkarnya sahaja...he...he ,kucing ini diletakan didlm sangkar diluar rumah supaya rumah mama tidak ada bau yg tidak menyenangkan...walaupun berhabis juga utk makanan, shampoo, vitamin n sabun utk mencuci sangkarnya tapi mama dapat melupakan sementara penyakit mama ini dengan bermain dgn mereka....mama ada 5 ekor kucing...namanya daddy -(campuran parsi n siam), mummy (kucing kg), nini (kucing parsi yg dibeli dr kawan ),gegurl (anak mummy n daddy)..n terakhir sekali misz keena anak mummy dgn kucing kg yg tak diketahui...he...he kerana mummy terlepas dr sangkarnya, n lari keluar rumah utk 1 mlm...akhirnya keluarlah misz keena...sekarang lihatlah photo koleksi kucing2 mama...

ini misz keena


ini mummy


ini nini kucing parsi yg paling tua sekali...dah 10 thn umurnya.

Thursday, January 27, 2011

AMALAN PEMAKANAN YG BETUL:


Kali ini mama ingin mengajak anda berbicara tentang amalan pemakanan yg betul:

1. Makan ketika perut terasa lapar bukannya ketika benar2 lapar dan ikut jadual pemakanan secara tepat.Berhenti ketika perut terasa kenyang bukannya  benar2 kenyang.Makan secara kerap namun dlm kuantiti yg sedikit.

2.Tumpukan perhatian anda ketika makan.Sebaiknya nikmati makanan dimeja makan bersama keluarga.Jangan makan sambil membaca,menonton telivisyen atau bercakap di telefon.

3.Jika anda tidak boleh meninggalkan rasa manis dlm makanan, gantikan gula biasa dgn gula perang atau pemanis rendah lemak.Pastikan rasa manis....tersebut hanya sekadar cukup2 utk membangkitkan selera anda.

4.Biasakan diri anda utk membaca label kandungan terhadap makanan yg ingin dibeli.Pastikan ia mengandungi sedikit lemak dan kalori serta tidak mengandungi perasa tambahan yg tinggi.

5.gantikan kuantiti atau jenis makanan yg biasa diambil dgn makanan yg lbh sihat, misalnya drpd roti putih kpd roti gandum, beras putih kpd beras perang, ayam goreng kpd ayam panggang, jus buah kordial kpd jus buah segar dan sebagainya.sekian sahaja.

Nampaknya mama macam pakar pemakanan pula kali ini...he...he..., mama rasa sblm kita dpt sakit  lbh baik kita mengamalkan cara ini...kesannya banyak jika makan berlebihan berat badan akan bertambah n penyakit pun datang, seperti mama selepas beberapa tahun mengambil ubat berat mama tlh bertambah, penyakit pun bertambah iaitu darah tinggi dan kolestrol pun menjadi tinggi jua...kerana selera makan yg terlampau..sedap kot mama masak...mama tak pandai masak la.. he2x..  jangan makan masa membaca,menonton tv atau bercakap ditelefon...bukan apa nampak tak manis dan nanti habis bersepah2 sisa makanan tersebut kat depan depan tv anda !!..a...ha (ammar,amna n zahra) jangan sepahkan makanan,kat depan tv tu...kesian mom u all nak kemaskan.....


(petua pemakanan diatas diambil dr majallah harmoni 1-15.nov.2010)....tq

Erti sebuah pengorbanan...

gambar abah n emak...bersama cucu2nya.

Dah 2 hari mama tak menulis diblog mama ini kerana urusan peribadi..(keummc PJ) menjalani rawatan dan berjumpa doktor...lepas tu mama terlantar kat rumah n baru malam ni mama rasa ok sedikit..mama ingin bercerita tentang keluarga mama...mama mempunyai 8 org adik beradik...dibesarkan dlm keluarga yg agak  susah kerana bapa @ abah mama hanyalah seorang tukang kebun sekolah....tapi bapa mama berkorban tenaga siang dan malam untuk mencari wang bagi membesarkan kami...siang berkerja sebagai tukang kebun sekolah n disebelah mlmnya dia turun kelaut untuk menangkap ikan (jadi nelayan)....jika tangkapan malam itu banyak separuhnya akan dijual kpd pemborong n separuh lagi untuk makanan kami sekeluarga,syukur berkat pengorbanan bapa mama yg tegas ini...4 org adik mama berjaya menjejaki menara gading termasuk universiti diluar negara...bapa mama sanggup berhempas pulas utk mencari wang utk menghantar mereka kesana..(abah segala pengorbanan yg abah buat pada kami...insyaaallah kami akan ingati sampai akhir hayat kami)...TERIMA KASIH ABAH !..tak terbalas segala pengorbanan dan keringat nya untuk membesarkan kami selama ini, syukur akhirnya adik beradik mama berjaya dlm hidupnya...mama agak sedih sekarang ini kerana tidak dapat membantu bapa mama kerana mama terpaksa berhenti kerja (mbo) kerana penyakit mama...bagaimana pun mama sentiasa redha dgn ujian yg tuhan berikan buat mama...

Tuesday, January 25, 2011

petua..petua atau apa2 la...

kali ini mama ingin mengemukakan petua2 yg diamalkan olh mama  dan kawan mama...baca je ek, kalau suka cara ni ikut le!..Sekarang topiknya `Bagaimana utuk mengetahui  pasangan anda berlaku curang kepada anda`... ...eeeee..sensitif ni..
1.bila kita ada problem  dlm umah tangga jgn cite kat kwn lelaki...cite kat mama tak pa..(insyaallah mama simpan rahsia u all)..he...he scandal selalu jadi bila lelaki n pompuan share masalah dia org...


sekadar hiasan..maaf..maaf ye.....!

2.Selalu2la check h/phone pasangan anda...he..camna nak check kalau dia lock...ha...ha ni la tanda something wrong...takut isteri /suami check apa2  kat dlm tu..manalah tahu dpt mms ke,sms jiwang ke...ke!.
3.tidak pernah mengenalkan siapa adik angkatla..kakak angkatla...lansung lama2 terangkatlah kasih sayang kat diangkat2 tu...sebab tu anak mama tak suka ada angkat2 ni...sensitif,sensitif...he...he.. cik n jgn mare kat mama ye...ma bagi petua2 je..jika kita jujur perkenalkan lah angkat2 kita ni kat pasangan kita...tol tak?...ha...ha.insyaallah bahgia...atau seelok2nya tak yah ada angkat2 ni..menambahkan scandal je!..
4.bila nak masuk tido...sleeping patner kata u tido dulu...i panas ni..sedangkan dlm bilik  u all ada aircond...he..he nak tipu pun carilah ayat yg munasabah...inilah lagi tanda2nya...something wrong sedang terjadi...k la..mama dah tak de idea ni...apa kata mama sambung lain kali ke..tu pun kalau idea tak betul mama ni datang...cau cincau ye...