My Lovely Friends..

Sunday, May 27, 2012

pic.resepsi `2`..

salam pagi semua..

hidup ini ada pasang surutnya seperti lautan..begitu juga dengan `blog lemau` mama ni !!!..kadang2 ber`update` kadang2 tidak..kerana bila kemalasan melanda diri dengan sendirinya ilham pun tak mari2..ha2x..

meh layan lagi pic. majlis resepsi aritu..


aksi seorg photographer..
ehem..sempat jugak
aksi 3 photographer bujang...


Thursday, May 24, 2012

** SUDAH BERSEDIA KAH KITA?.. :(

Salam petang semua..


neoral..
rituximab.. pic.dr en.google
waktu mama didripkan `rituximab`.. di UMMC pada  feb.2011..



petang2 begini bila sorang diri kat rumah..tetiba mama terfikir sesuatu..` sudah bersedia kah kita?` bila tiba2 kita diserang penyakit..hu2x....
waktu `BW`..banyak cerita sedih kisah  gulungan yg tidak berkemampuan untuk menampung kos perubatan yang semakin tinggi @ mahal .. terutamanya bagi penghidap penyakit yang kronik !!!..jika anda semua adalah pekerja swasta..lebih baik menabung @ membeli insuran kesihatan dari sekarang !!!.. siapa tahu nasib kita dimasa akan datang?..bagi kakitangan kerajaan mungkin ianya tidak menjadi masalah..tapi jika ada `ubat khas` yang disyorkan olih doktor pakar..anda kena membeli dahulu ubat itu kemudian `claim` dengan JPA..
contonya mama sendiri..mama adalah salah seorang pesakit `overlap SLE`sekarang ini.. dan sedang mendapatkan rawatan di UMMC (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITY MALAYA) sehingga sekarang....mula2 mama dikesan menghidap `rheumatoid arthritis`pada usia 27 tahun..
anak kedua meninggal waktu dilahirkan semasa penyakit sedang aktif..syukur alhamdulillah ada sorang anak !!!..hu2x..
mama start memakan prednisolone (jenis steroid)..sebanyak 10 biji ..tahukah anda semua ubat prednisolone ini bolih mengurangkan kesakitan  akibat`RA`..tapi dia juga bolih merosakkan anggota tubuh badan yang lain !!!..akibatnya dia telah merosakan paru2 & mama juga dikesan `minor stroke` pada kepala kanan waktu ujian `MRI` dilakukan..selepas 20 tahun melawan penyakit..tiba2 kebelakangan ini mama diserang sakit yang teruk & penyakit semakin aktif & disahkan kini menghidap overlap SLE..cara terbaik mama terpaksa berhenti kerja. !!..
dan jika anda adalah pesakit kronik  SLE yang terlalu lama memakan ubat2 penahan sakit ini..anda juga bolih menghidapi darah tinggi !!..
bagi pesakit ini selain memakan ubat2 spt prednisolone..anda juga terpaksa membeli sendiri ubat khas yang disyorkan olih doktor pakar spt `neoral` & fosamax..
ehem beringatlah..jika kita tetiba diserang penyakit yang tidak dijangka..dimana diwaktu itu kita mahu atau tidak terpaksa membeli `ubat2 khas` ini untuk meneruskan kehidupan..mampukah kita?..jadi sediakan payung sebelum hujan..kita tidak tahu bila sakit menyerang kita..menabunglah dari sekarang @ membeli insuran kesihatan untuk memudahkan kita bila kita diserang penyakit secara tiba2..


*********************************************************************************
sekadar berkongsi harga ubat mama.. :( 
*** ubat khas yg disyorkan olih pakar yang terpaksa dibeli sendiri olih pesakit :
 # ubat ini perlu dimakan setiap hari : NEORAL RM 568 
jika sakit semakin aktif & ubat2 yg dimakan semakin kurang berkesan..anda akan disyorkan untuk di dripkan dengan sejenis ubat utk pesakit cancer yg kurang kesan sampingannya..
# RITUXIMAB 1000mg sebanyak 4 vial  ..yang berharga RM21,200..***


Wednesday, May 23, 2012

`SERI BILIK PENGANTIN`.. WHI TV3

Salam tengahari semua..

sejak terpaksa berhenti kerja ni ..`desktop & tv` adalah sahabat mama juga..hikk2x..menonton semuanya sampai lembam.. :(
sebentar tadi mama menonton wanita hari ini (WHI) di TV3 12pm-1pm (isnin-jumaat)..setiap hari menonton rancangan ni, banyak panduan yang kita bolih dapat dari sini !!! tajuk hari ni menarik sekali...`seri bilik pengantin`..
tetamu undangannya adalah pasangan suami isteri dari `reka teemor` pusat deco utk pelamin & hiasan bilik pengantin..mama tertarik dengan cerita tuan punyanya..pasangan suami steri yg sama cantik & jelita..`faiz & rozana muntaz`..mereka memperkatakan  tentang pentingnya hiasan dibilk pengantin !!.. ;) ..kata mereka lagi warna memainkan peranan untuk menaikkan seri bilik tersebut.. dan warna bling..bling tidak sesuai untuk  dijadikan hiasan bilik pengantin tau !!..jadi untuk  deco yg selamat warna2 lembut & kosong sebenarnya paling sesuai untuk digayakan bersama deco bilik pengantin..
masa majlis `cik n` aritu mama deco sendiri tapi taklah secantik deco dr reka teemor..kata tuan punya`reka teemor`..pakej hiasan yang mereka tawarkan bermula dari RM500 ++..murah juga kan?..add FB mereka..`reka teemor`.. ;) iklan ini adalah percuma ..reka teemor tak tahu mama ada `blog lemau` ni.. hu2..


hiasan bilik masa e-day `cik n` aritu..


hiasan yg simple masa hari pernikahan mereka..
** ehem colour cadar yang lembut bolih di decokan dgn apa saja..

*******************************************************************************************
TERKINI...


mood bilik pengantin masih ada !!!...ha2x..cadar telah ditukar kecadar colour2 pulak !!!..ehem..tak sesuai jadi cadar pengantin tau...

*** KATIL PENGANTIN JUGA JANGAN DIPENUHKAN DENGAN DULANG2 HANTARAN..ITU ANTARA TIP2 @ PANDUAN DARI `REKA TEEMOR`..

Monday, May 21, 2012

` dia telah tiada`..12 mei 2012..

Salam semua..

Selesai majlis resepsi pada 12 mei 2012..mama tetiba down ..on off adalah perkara biasa bagi pesakit SLE spt mama.. 
sedang terbaring dikatil talipon rumah berbunyi ..hanya terdengar suara `cik n`berkata..`papa cik ton kata `mummy` accident dilanggar kereta`..mereka keluar dan terdengar suara en.papa mengatakan..mummy dah mati..hu2x..hanya airmata mengalir dipipi mama !!..
bila mereka masuk kedalam rumah mama bertanya `mummy dah mati ke?..u dengar ke? tanya en.papa..
rupanya mummy terlepas dari sangkar selepas `cik n` memberi dia makan pada malam itu..mungkin sangkar tak diselak dengan betul !!!..jiran mama kak ton berada diluar rumah mengambil angin dan nampak satu kereta yang lalu dihadapan rumah lebih kurang 10pm telah melanggar mummy dan terus pergi begitu sahaja..hu2x..kata kak ton mummy terjatuh kedalam longkang yg kering dihadapan rumah mama itu....bila en.papa keluar utk melihatnya mummy sudah berada ditepi tebing..sedih..rupanya dia cuba bangun & cuba naik keatas !!!.. waktu en.papa sampai..mummy telah mati..esuknya pagi2 papa telah menanam mummy didalam tanah !!!..
kepergian mummy masih mama rasakan..kerana mummy adalah anak kucing jalanan yg datang meminta makan kerana kelaparan ..mama juga ada membela kucing parsi yg dibeli dari kawan di office..mungkin sebab itu mummy masuk kerumah mama ..sejak itu dia tinggal dengan mama.dia pun turut disimpan didalam sangkar spt nini.. umur mummy lebih kurang lapan tahun..sedih..mummy pergi waktu mama sedang kesakitan terbaring dikatil..mama tak sempat melihat dia buat kali terakhir..en.papa tak benarkan..hu2x..
selama ini waktu en.papa keluar kawasan dan `cik n` berada di `u`..nini (parsi) dan mummylah yang menjadi teman & kawan mama..hu2x..


inilah mummy..yang sangat manja dan suka mencium mama & en.papa..hu2x..

Saturday, May 19, 2012

dia berhoney..honey 19 mei 2012

Salam semua..
nampaknya janji mama nak BW puas2 belum terlaksana lagi !!!..hu2x.. selepas majlis `cik n` aritu mama down..hari ni berkejar pulak keairport..sporting tak i dengan `en.is`..gi anta `cik n & jmr` berhoney..honey ke `krabi`..ha2x.. jeles i tau..takpe..takpe..lepas ni giliran mama pulak ..tak sabar nak ke`medan` oct ni !!!..ehem..asyik2 ke indon je en.is bawa mama..hu2x..  :).. tapi mama bukan berhoneymoon berdua sahaja tau tetapi diiringi olih body guards (cik n & jmr)..ha2x... mama berharap allah berikan kesihatan yg baik buat mama..amin..

ehem cantik bas ni ..pepel macam baju `cik n`..ha2x..
cik n & jmr  berhoney..honey ke`krabi`..
teringat  kisah lalu..mama pun h/moon ke thailand jugak tau..hikk2x..nampaknya `cik n` mencari jejak kitaorg ..