My Lovely Friends..

Monday, January 24, 2011

Ya allah..aku redha


Mama sebelum ini bekerja, tetapi pada usia mama 27 thn ..dugaan dari allah datang...tiba2 sahaja mama sakit dan terlantar dirumah, mama hanya terbaring, tak berdaya berbuat apa2... mama menangis, waktu mula2 menerima berita dr doktor !!..mama di sahkan mendpt penyakit  RA (rheumatoid artritis)....mama tak percaya...kerana penyakit ini menurut doktor biasanya menyerang org yg berusia 50an keatas..selepas waktu itu..hospital adalah rumah kedua bagi mama...keluar masuk hospital  adalah perkara biasa...sampaikan doktor dan nurse pun dah kenal mama...setiap hari terpaksa menelan ubat2 yg  banyak..(steroid)...ubat sudah seperti  coklat buat mama...Menurut doktor skrg ni 5 dari 1,000 rakyat malaysia telah diserang penyakit ini..puncanya sampai sekarang doktor tidak tahu...kenapa penyakit ini menyerang mama? hu2.. kedua2 ibubapa mama ..alhamdulillah sihat walafiat..kini selepas 20 thn menghidap penyakit ini muka n body mama dr yg kurus kering..dah jadi sembab & obes..hu2..terkini..atas nasihat dari doktor pakar dari ummc mama pada 2011 ini akan mencuba sejenis ubat baru `Inj Rituximab 500mg` sebyk 4 vials...kosnya rm 21,200....terima kasih kepada LPK.. kini  penyakit mama semakin bertambah kesan dari pengambilan ubat steroid ini yg terlalu lama...sekarang mama menghidap `Overlap SLE`...ya allah jika ini ujian dari mu...mama redha!..walaupun kdgkala tanpa mama sedari airmata mama jatuh juga..mungkin ada hikmah disebalik semua yg terjadi keatas mama..maaf ya mungkin tulisan mama kali ini...berkisar tentang penyakit mama...bukan utk meminta simpati sesiapa..hanya utk berkongsi kisah mama.. kadangkala mama seperti org cacat tak berdaya utk membuka baju sendiri, atau melakukan semua kerja2 rumah...terima kasih buat suami mama dan anak mama kerana sabar menjaga sewaktu mama menderita sakit..allah saja yg akan membalas jasa kamu semua....kadangkala terfikir juga dihati mama ini..adakah mama ini menyusahkan!.. hari rabu ini 26.jan.2011 mama akan berjumpa doktor utk ubat baru tersebut..semuga harapan masih ada utk pulih..walaupun anggota yg tlh rosak tak akan kembali normal...terima kasih buat semua yg memberi sokongan kpd mama terutama keluarga dan kwn2 mama..walaupun mama tahu mungkin harapan hanya tinggal harapan...walau apa pun mama sudah bersedia...mama pasrah..sob2x..

1 comment:

Anim said...

tersentuh hati saya membaca n3 ini krn adik perempuan saya juga berpenyakit sama dgn mama..
dalam usia 30an kini, anak2nya masih bersekolah rendah..
bukan saja tak boleh buat kerja rumah, nak pakai tudung pun berat..
tq fasal info ubat terbaru itu...selama ini dia menggunakan steroid sahaja