My Lovely Friends..

Sunday, February 3, 2013

Cerekarama TV3, syurga seorang isteri

assalam semua..


menonton tak cerekarama  TV3 tadi?..sob2..sedih akhir cerita ni.. :(

tajuk : syurga seorang isteri
waktu : sabtu 10.00 mlm -12.00 mlm - (TV3)
pelakon : diana rafar sebagai salina
             : awal ashaari sebagai rahimi
             : abu bakar omar sebagai saleh @ bapa salina
             : norlia ghani sebagai mah @ ibu salina
             : adam shah sebagai salim @ adik salina

penerbit : mohd yusri yusof
pengarah : hykal hanafiah
terbitan : layar consult sdn bhd

kisah tentang salina (diana rafar) yang berhenti membantu keluarganya selepas dia berkahwin dgn rahimi (awal ashaari) kerana terpaksa menanggung banyak hutang untuk membantu suaminya yang memulakan perniagaan sendiri..rahimi mempergunakan isterinya yang bertugas sebagai pegawai bank untuk membuat pinjaman perniagaannya !!..dia hanya suka meminta wang & berangan2 tinggi tanpa memperdulikan isterinya yang tertekan dan sering mendapat migraine ..rahimi juga  sering mengugut salina dgn berkata `saya bagi awak kerja pun dah cukup baik`..sakit hati & tension mama kalau dapat suami macam `rahimi` yang memang psycho dan kaki propa !!..hu2x.. menjadi watak rahimi yg dilakonkan olh awal ni !!.. isteri hanya tempat utk dia mendapatkan wang tanpa perlu berusaha sendiri..bisnes yang diusahakan pun tak berapa menjadi..`up darah tinggi` mama dibuatnya tgk perangai rahimi ni yang sengal ni !!.. :(
salina adalah seorg anak yg bijak dlm pelajaran & disayangi olh bapanya kerana dia belajar diuniversiti & berjawatan dan  sering membantu keluarganya dikg.. bila salina tidak lagi mengirimkan wang buat ibubapanya mereka hidup susah kembali & bapanya terpaksa menoreh getah utk menampung hidup..adik salina, salim yg kurang bijak dlm pelajaran sering dimarah & dipukul olh bapanya sewaktu kecil..bila bapa@ibunya mendapat tawaran utk menunaikan haji..salina terpaksa menjualkan keretanya utk menampung perbelanjaan mereka tetapi masih tidak mencukupi.. sakit hati mama bila rahimi (awal) berkata `yang nak pergi mekah mak@bapa awak, kenapa saya nak berkorban pulak`..bila bapanya terjatuh &sakit..salina meminta kebenaran utk pulang kekg untuk melawat bapanya tetapi tidak diizinkan olih rahimi dan dia mengugut salina.. `kalau awak balik juga jatuh talak awak`..
salina tetap keluar dari rumah utk pulang kekg..sampai dikg salina meminta maaf dari ibu@ bapanya..tiba2 dia diserang stroke..rasanya dia begitu tertekan dgn masalahnya.. hu2x..akhirnya ibu@bapanya menjual rumah & tanah yg dibeli olih salina buat mereka utk menampung belanja perubatan salina..rahimi pula diburu olih peminjam hutang & dipukul..akhirnya rumah & keretanya tergadai..rahimi dtg kekg utk menemui salina yg lumpuh..tetapi salina tak dapat menerimanya kembali..
teringat kata bapa salina : `benar syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami..suami seharusnya menjadi insan..bukan syaitan`..renung2kan..
syabas awal ashaari kerna berjaya melakonkan watak sebagai rahimi !!.. ;)
sakit hati mama tau tenguk perangai rahimi !!..ha2x..

32 comments:

MulutPayau said...

best cerita ni kan mama...saya pun sakit hati jugak ngan watak Rahimi tu..

Zakia said...

best kan mama cerita ni. Jadi pengajaran untuk semua. Kesian Salina tersepit antara suami & mak ayah. Sian dia. Geram tengok Rahimi tu

Adam Shah said...

nama pelakon watak salim tu ADAM SHAH

MaMa Rey said...

belum pernah tengok citer ni..nanti cuba tengok lepas ni

Eima Sabran said...

Salam kenal..jejalan blogwalking..singgah la ke blog kami juga ya. :)

http://akeimahoney.blogspot.com/

http://www.facebook.com/pages/Akeima-Beautyshoppe/407850379307747

Acik Erna said...

assalam MA..acik tak tengok la..bila baca ni macam sedap je ceritanya kan

inazamri said...

penangan makan ubat demam mlm td..tengok tak sampai 15minit dah tertido.nak tgk onlina la nnt.

Papa Mifz said...

tengok jugak citer nih semalam, tapi tgk tak habis sebab PM nak tidurkan Mifz...

el said...

el tgk mama..
tang bapak sal tu dtg umah sal tu el dah sebak..itulah mak bapak w/pun anak dah senang..tiba2 susah..mak bapak akan sedaya upaya akan membantu kalu boleh xnak anak susah..huhuhu dr situ smpi abis el ngis dah mama..

pelakon sbg bapak sal tu Abu Bakar kan..suka tgk lakonan dia..mmg hebat

LYAfrina said...

huhu..ruginyer.. lya x tgk pn drama ni...

harap mama baik2 saja ye

Cinta Misteri said...

hurmmm tk tengok. tp klau tengok msti sakkit hati. laki yg suka sgt nk control istri, skit2 ugut itu ini, nk nasihatkn laaa pd laki2 mcm tu, sesuai sgt kawin ngan ank yatim. sbatang kara, so buatlaa apa yg disuka, tp ingat......ank yatim tu

syafiqakarim said...

x tengok

Syarikat Islam Indonesia (SMD) said...

saya sudah follow, di tunggu follow baliknya. Terimakasih
http://siikabsumedang.blogspot.com

Kakzakie said...

Kakak pun menonton juga mama. Memang geram bila isteri dilakukan begitu. Geram kan tengok watak rahimi - pandai betul Awal buat kita benci.

Tapi kakak cakap pada hubby kakak "kalau abang buat macam tu lama dah tak tinggal sebumbung hihi..."

CeqGu said...

Kat sini xde tv 3....tp bila baca cerita mama ni.....cikgu pun rasa sedih....

wahida said...

alamak ruginya...tak tgk pun...huhu...

ainnoraini said...

tak tgok la mama aini...

TiranaAduka said...

lawatan di ptg isnin mama aini

nik ros said...

bagus citer ni.jd pengajaran kan.
yg bagus lagi , tak pernah tgk awal berlakon bagus mcm ni.

kakyon said...

salam mama..
suka tengok mamat hensem awal ashari..hehe

airis aries said...

Salam..airis dapat tengok separuh jalan je coz en hubby soh tido..tak bagi jaga sampai lewat sangat,sedih nyer tak dapat tengok sampai habis

mama aryan said...

mmg best citer nih..sbg suami sepatutnya kena ada tolak ansur kan

shaiful zaidi said...

salam mama...saya pun tengok citer tu jugak...byk pengajarannya.

dela said...

terima kasih mama... semoga mama cepat sembuh tau.. dela x tgok la cerita tu... :(

Lagenda Mahsuri said...

lm stress maaaa tgk citer nih!!!! Rasa nk sepak2 je si laki tuh..

Syarikat Islam Jabar said...

Singgah di blog mama. :)
salam buat mama.

TiranaAduka said...

salam mama aini
Pekabar?
Lawatan malam buat mama aini.

TiranaAduka said...

salam mama aini.
Pekabar?

TiranaAduka said...

ta dah tukar gambr profil tau mama.

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

M. Sofyan Daud said...

salam mama kunjungan dimalam hari waktu indonesia :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

a'a citer ni wani tgk