My Lovely Friends..

Sunday, February 10, 2013

Cerekarama TV3, suamiku jururawat

Selamat malam semua..

ehem ..tidur mama terganggu kerana dentuman mercun & bunga api jiran mama ..esuk kan `chinese new year`..biasalahkan kalau tinggal dikawasan perumahan.. ;)
tonton tak cerekarama `suamiku jururawat` tadi?..drama ala2 komedi sempena `tahun baru cina` lakonan tomok & yana samsudin..

cerekama TV3 setiap sabtu : 10pm-12pm..
pelakon :
yana samsudin sebagai doktor suriati
tomok sebagai mikhail
angelina tan sebagai datin ila
mustafa kamal sebagai datuk shahrizal
penerbit MIG Production

kisah tentang datuk shahrizal yang berkahwin dengan datin ila yang berbangsa cina..mereka telah berkahwin selama 28 tahun dan mempunyai seorg ank gadis yang bertugas sebagai doktor pakar..datin ila seorang yang sombong dan suka membuli orang gajinya yang bernama kak og..dia suka mendera kak og masak dan mengaku dia yang memasaknya..akhirnya rahsianya terbongkar bila `mikhail` yg menjadi anak angkatnya mencuri2 merakamkan perbuatan & perbualan datin ila yg tak berapa menyukainya..mikhail yang bakal menjadi jururawat mengunakan rakaman tersebut utk menakut2kan datin ila !!..bila doktor suri pulang kemalaysia dan berkhidmat dihospital tempat mikhail membuat latihan kerja sebagai jururawat..dia terpaksa berkahwin dgn mikahail atas permintaan bapanya tapi sebenarnya doktor suri tak berapa menyukai mikhail dan tidak membenarkan mikhail tidur diatas katil bersamanya.. 
dihospital juga doktor suri tidak membenarkan mukhail memberitahu sesiapa bahawa mereka adalah suami isteri..konflik timbul bila kawan lama doktor suri iaitu doktor fitri bertugas dihospital yg sama..mikhail cemburu dgn perhubungan mereka..
bila rahsia datin ila terbongkar..kerana datuk shahrizal sendiri terdengar mikhail mengugut datin ila..akhirnya datin ila mengakui perbuatannya dan menceritakan kisah yg sebenar bahawa dia tak pandai memasak dan dia memohon maaf dari datuk shahrizal dan mikhail dan menerima mikhail sebagai menantunya..tapi doktor suri masih bersikap dingin pada suaminya..bila tahun baru cina tiba mereka balik kerumah ibubapa datin ila..disana doktor fitri datang kerumah keluarga mereka..mikhail yang cemburu menyatakan suri adalah isterinya..doktor fitri sebenarnya hanya ingin menghantar kan undangan perkahwinannya dan dia sebenarnya telah tahu doktor suri telah berkahwin dgn mukhail..akhir cerita.. ehem mestilah `hepi ending`..suri & mikhail telah berbaik2.. ;) .. kenapa ek? lelaki bolih berkahwin dgn wanita yang lebih rendah jawatannya tapi perempuan tak dapat menerima suami yg berjawatan lebih rendah darinya !!.. anda bagaimana?..adakah anda lebih berpangkat dari suami anda.. ;)


** `hepi bezday buat my `sil` blogger jmr`**..

10 comments:

kakrose said...

salam mama..
harap mama sihat.
dah lumrahnya gitu. lelaki kan pelindung wanita.kalau dah interi lebih tinggi pangkatnya dari suami..timbul konflik siapa lindungi siapa.huhu

Acik Erna said...

Salam mama.acin tengok drama. Ni tapi tak tau hujung sebab asek lelap jaga je he he

Shaiful Zaidi said...

Salam mama....semlm saya pun tgk citer tu sambil dgr dentuman mercun. Happy birthday buat blogger JMR.

el said...

hahahaha el ngan en. suami layan cite ni mama..gelak berdekah2 tgk..tomok sgt sempoiiii kan

Cik Puan Ena said...

Best sangat cite ni mama.. sweet je dorang berlakon :-D

http://tinynasweet.blogspot.com/2013/02/ena-u-pakai-ape-ye-muka-u-nampak-bersih.html

Nik said...

tak sempat nak tgk citer ni.kena layyan lat u tube la . ramai yg kata best

Unknown said...

seronok juga cerita ni..lakonan tomok pun nampak best juga

yatd said...

hi salam perkenalan,

a'ah mmg best sgt2 cete nih..

jemput ke blog saya juga..

RIZZNA said...

hurmmm msti best citer ni sbb ada tomok. termiss citer ni laaaa. CiM tk kesah kot klau hubby lbh rendah pangkat ngan CiM, yg pnting dia setia dn baik hati sbb nk jumpa lelaki budiman abad ni mmg payah. tp nasib baik CiM ngan hubby sama jer tarafnya,....'pion'

hehehe......

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ala xtgk pn citer ni.....