sori hari ni mama baru terjenguk kat sini !!..mama `bzzz` sesangat terkejar2 kesana sini..sebenarnya konon2nya lah kan...mama nak cerita apa yg mama buat semalam..hu2x..tapi petang semalam sewaktu mama BW & terjah entry kekawan..sesuatu yang buat mama tersob2..bila sampai kat entry dia..tajuk entry yang membuat jantung mama seakan terhenti..`MAMA TOLONG F..` entry ini ditujukan kepada mama !!...sebenarnya setiap hari mama pergi ke entrynya..walaupun dia berada jauh diseberangi lautan tapi dia dekat dihati mama..dia di `KK`..mama mula ikuti dia selepas dia follow mama..
setiap kali keentry peribadinya...spt juga entry mama..mama dapat rasakan ada suatu `KELUKAAN DAN KEPEDIHAN YANG DALAM DIHATINYA`....benar..dia sedang menghadapi saat2 sukar dlm kehidupan peribadinya..maaf mama tak bolih nak berikan URL dia kat sini....sori..mama nak minta u all semua memberi pandangan & semangat untuknya ...dia benar2 perlukan kawan untuk memberi semangat & peransang buatnya...dia mempunyai 3 org anak, tinggal jauh dari keluarganya dijohor..dan ibunya telah meninggal dunia..merantau dinegeri orang mengikut suami...suatu pengorbanan yang besar..tapi segala2nya menjadi sia2 bila setiap pengorbanan yang dilakukannya tak pernah dihargai olih seorang suami !!...dan semalam sesuatu yang buat mama terkilan bila `kebzzzzan` yang melanda mama membuatkan mama lambat ke entrynya.. :(
Mama rasa terkilan sgt2 sampai ari ni...biasanya dia membalas bila mama dropkan komen..tapi dr semalam & pagi tadi ia tak berbalas !!..siapa dia?..mama tak berani nak dedahkan !!...jika dia datang kesini...hanya satu yang mama harapkan buatnya...`JADI KUAT SEPERTI MAMA..KERANA ALLAH BERIKAN SESUATU KERANA DIA SAYANG DAN INGIN MENGUJI SEJAUH MANA KETABAHAN KITA`..jika KK dekat sini mama sedia tumpangkan bahu mama...kerana mama mengerti penderitaan kamu !!..mama pernah menghadapi saat2 getir begitu bila seseorang yg dekat dengan mama manghadapinya..sob2x..
mama tahu dia sangat terluka sekarang ini kerana suami yang dicintai seluruh jiwanya mempunyai hubungan dgn perempuan lain dan mensia2kan pengorbanan yang dilakukannya !!...hu2x..dan suami dia mengakui punyai anak dengan kekasihnya itu..
buat dia..
** BERSUJUD DAN BERTAWAKAL LAH & BERSERAHLAH KEPADA ALLAH..HANYA DIA TEMPAT KITA MENGADU.. :(
SEMUGA ALLAH KUATKAN SEMANGATNYA DEMI TIGA ORANG ANAK2 KECIL YANG TIDAK BERSALAH & TIDAK MENGERTI ERTI KESEDIHAN & KELUKAAN MAMANYA !! **.. AMIN....




