My Lovely Friends..

Wednesday, May 21, 2014

Percutian Semarang -part 2

meh sambung kisah semarang ek..  ;)
Sampai di Achmad Yani International Airport semarang my `bil` sempat bisik kat mama..mana tourist guide kita?..tu..tunjuk mama kat seseorg yg memegang tag nama `ibu Aini`..ha2..confident je kan!!.. mcm mama je sorang yg nama tu :P

#cilok dr en.google#@taksempatnaksnappic#..hu2..

kami kesemarang hari jumaat..sementara menunggu waktu sembahyang jumaat kami dibawa ketempat pertama untuk dilawati `Lawang Sewu`..

tiket masuk lbh kurang RM3.00..
                                                

 bangunan `lawang sewu`

my family.. ;)


`lawang sewu`..yg bermaksud seribu pintu kerana mempunyai banyak pintu.. bangunan ini dibina pada 27 feb 1904 olih pemerintahan kolonial Belanda dan siap pada tahun 1907..asalnya ia digunakan sebagai kantor pusat perusahaan kereta api swasta (NIS)..ehem dah macam cikgu sejarah pulak..sila google utk maklumat seterusnya..he2..


my dad n `sil`..bukan menantu hantu !!..ahakz.. 




antara barang2 yg dipamerkan..


my mom n dad.. `romantika d`amor kan.. ;)

selepas itu kami ke`QUEST HOTEL` untuk check in..yg lelaki kemasjid bersama t.guide kami endry..selepas sembahyang jumaat kami dibawa makan..





ehem kami makan direstoren nasi padang `sederhana`..tapi harganya tidak sederhana !!..ha2.. untuk 8 orang termasuk t/guide harganya RM 180++..waktu sedang makan kami dikejutkan dgn berita dr METRO TV indonesia..pesawat `virgin` dr australia dibajak..dibajak tu apa pak endry? tanya mama.. nampaknya nak kena belajar bahasa indonesia sebelum kesana nih !!..oh rupanya di`hijacked` dan dipaksa mendarat di`denpasar bali`..ehem tiap2 10minit berita tersebut disiarkan..serupa dgn berita astro awani !!..he2..
al kisahnya seorg lelaki mabuk warga australia memasuki `kokpit`..hari terakhir disemarang berita `metro tv`melapurkan..pemuda berusia 28thn tersebut telah diserahkan kepada kerajaan australia..sebenarnya trauma tentang mh370 tetap ada !!..hu2..

lepas makan kami kesini..tapi tak berkenan ngan design batik dia..


@@ nanti mama sambung citer lagi ek.. :P



Saturday, May 10, 2014

Percutian keSemarang Indonesia -part1

Assalam semua..
mama baru bangun dr pembaringan yang panjang..hu2.. selepas balik dr percutian tiba2 penyakit mama aktif semula dan seperti selalu masih tak sempat untuk `BW` keentry teman2 semua !!..sibuk melayan penyakit n juga `lemau n lembam`.. :(



dalam sakit2 masih sempat bercuti lagi?..huk2.. biasalah tiket percutian dibooking sejak nov. 2013..entah kenapa dari awal jan.2014 penyakit mama agak aktif..selain pernyakit up + lagi.. entah berapa kali mama di `inject` olh doc..seminggu sebelum berangkat semua baju mama n en.papa tlh siap di iron..2 hari sebelum berangkat tiba2 siku ditangan kiri membengkak.. mungkin `lipoma`..doc nasihatkan mama memakan antibiotik..maklumlah `pesakit kronik`seperti mama agak sensitif dgn orang sekeliling, mudah terkena jangkitan. kata doc.udara disana kurang sesuai untuk orang2 berpenyakit spt mama..hu2..

balik dr bercuti nanti mama diarahkan olh doc.utk membuat `minor surgery`..rasa mama nak membatalkan percutian ini jika sakit tidak berkurangan..biarlah `en.papa, mom/dad, adik, bil n niece` sahaja yang pergi bercuti !!..dlm kesakitan percutian diteruskan juga demi family tersyg.. tahun ni tak teruja nak gi holiday seperti tahun2 sebelumnya.
mama kesana pada 25hb-28hb April 2014 lalu..
flight dijangka berlepas jam 0755 waktu malaysia tertunda kerana pengumuman yang mengejutkan olh juruterbang ..`penerbangan akan ditunda dalam 20minit ++ kerana kami terpaksa menurunkan 2 bagasi yang tuan punyanya tiada bersama didlm pesawat`..hu2..
celupar kan mulut mama..ishh2..sempat lagi berbisik kat en.papa..`trauma mh370 tak habis lagi`.. :( takut pulak i hu2 !!..akhirnya pesawat kami terbang jam 0835 waktu malaysia..dan selamat sampai 2 1/2jam kemudian di Semarang Indonesia.. :)


** mymom/dad n niece**


antara `tugu` dikota semarang..kat indonesia banyak tugu2 @ mercu tanda kan..



** nanti mama sambung citer kat semarang ni ek kang jemu pulak u all membacanya..jangan muntah2 tau..he2..thank alot buat `dear  wahida dr http://wahidayatulaswa.blogspot.com/ yg sudi memberi nama & nombor tourist guide disemarang..**

Wednesday, April 23, 2014

`Happy 1st Birthday`..dayyan harith..

assalam semua..
keadaan kesihatan yg tak menentu membuatkan sawang semakin menebal dientry lembam mama ini !!.hu2.. 



`HAPPY 1ST BIRTHDAY`DAYYAN HARITH..(23rd April 2014)
*****************************************************************





hari ini birthday `dayyan harith` yg ke`1thn`..semuga`DH`sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan dilindungi olh Allah selalu juga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan semua..amin..

syukur alhamdulillah mama masih diberikan kesempatan olh Allah untuk melihat dayyan harith membesar.. :( 

hari ni juga dayyan harith berada di `Pusat Perubatan University Malaya - (PPUM)`..seperti selalu kerana menemani `mama wan` dia !!.. 
ehem nampaknya dayyan harith semakin pandai `control mancho` didepan doc & nurse yg comeyy2 yg sering mengerumuninya ..ahaha..no nottie..nottie baby DH !!.. ;)

Sunday, January 26, 2014

`hitam putih kehidupan - 2014`..

assalam .rasanya belum terlambat untuk mama mengucapkan `selamat tahun baru 2014`..
dan blog yg memang sendu ini kadang2 diupdate kadang2 tidak !!..
rindu nak BW ke`entry` kengkawan tapi keadaan tak mengizinkan..
setiap hari mama terpaksa menelan coklat2 dari `ppum` dan terkini terpaksa menelan `voren` untuk menghilangkan kesakitan ditulang belakang..sebenarnya dah sebulan mama terpaksa tidur dalam keadaan duduk..hu2..


#masihtersenyumbiarpunpahit#

bila baring mama tak bolih bangun dgn sendiri..aritu `prof.dr` mengesyorkan mama utk melakukan `chemo`lagi sebanyak 6@8x lagi..tapi mama menolaknya..masih trauma waktu didripkan dgn `rituximab`ubat anti cancer yg kurang risiko dulu!!.azabnya.. :( 



@@~~ takmo boring2 tau baca entry #@$%# mama ni ek.. hu2..

Thursday, December 26, 2013

dayyan harith @ oksigen buat mama..

assalamualaikum semua..




ehem beberapa hari lagi 2013 akan meninggalkan kita..syukur alhamdulillah mama masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh berliku ini..
lama benar `blog lemau dan lembam` mama ini terbiar sepi..
kerana tuan punya blog sendu ini kadang2 terbaring kaku..biasalah keadaan bila menjadi pengunjung setia `PPUM` !!..hu2..

sekarang `dayyan harith` dah 8 bulan..terasa sekejap masa berlalu..`dayyan harith` semakin bijak berposing & beraksi yg membuat mama tersenyum & tergelak..melihat aksi `dayyan harith` kadang2 mama terlupa sekejap penyakit yang mama hidapi..hilang segala kesakitan bila memandang wajahnya..

percaya tak dah 2x `dayyan harith` menemankan mama bila mama ada appointment di`PPUM`..cuti maminya dah habis..jadi `dayyan harith` terpaksa mengikut `mama wan` dia..he2..
`dayyan harith` pun suka kesana maklumlah ramai peminat yg mengerumuninya..ehem tentu sekali kakak2 nurse yg comel dan pesakit2 yg datang!!.. :)
`dayyan harith` adalah `oksigen` untuk mama bernafas @ kekuatan untuk melawan penyakit mama ini..
harap mama mampu bertahan.. :(


 `dayyan` suka sangat ketawa sambil menutup matanya !!..


@@ - dah pandai jugak menggodam lappy dedi dia.. ahaha..

@@ - yg tersumbat kat mulut tu oksigen `dayyan harith` pulak !!.. ;)



** pic.dicilok dr dedi dayyan..