My Lovely Friends..

Friday, March 1, 2013

hitam putih kehidupan 3.. :(

selamat malam semua..
ehem mama baru selesai menonton berita TV3..sedih dengan kepergian 2 anggota pasukan keselamatan yg terkorban kerana bertempur dengan penceroboh dr Filipina dilahad datu sabah pagi tadi..Al-Fatihah..semuga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin.. :(

sebagai seorg yg pernah berkidmat sebagai anggota beruniform mama faham kesedihan yg dialami olih keluarga mangsa !!!..demi menjaga keselamatan negara mereka berkorban meninggalkan org2 tersayang !!!.. 16 tahun memakai uniform, akhirnya mama terpaksa memilih utk melepaskan kehidupan itu bila mama disahkan sebagai penghidap `overlap SLE` & penyakit ++ yg lain !!.. dan mama bertukar jabatan.. :(

masih ingat lagi terpaksa berkawad ditengah panas terik..didenda berjalan katak  dan menangis bila bahu mama bengkak seminggu kerana terkena tendangan senapang yg berat waktu latihan senjata (senapang & pistol).. dan semestinya wajah bertukar spt gagak hitam kerana berkawad sewaktu berkursus selama 6 bulan !!..semua itu menjadi kenangan buat mama..terasa bangga waktu itu dapat menyarung uniform walaupun hanya sebagai seorang konstabel sahaja..ha2x.. seperti tak percaya kepada diri sendiri..pernah berkawad dan memegang senjata !!.. mama disahkan menghidap penyakit pada usia 27 tahun..pahitkan kehidupan !!.. :(



setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya..masih dikelilingi org2 yang menyayangi..itulah hitam putih kehidupan  !!..bukan sedikit `ketabahan` yang perlu ada jika ingin meneruskan kehidupan ini.. :(
  

20 comments:

dayana yana said...

al fatihah....
untuk mereka yg terkorban

dayana yana said...

al fatihah....
untuk mereka yg terkorban

JungRara said...

al-Fatihah...

Tihara said...

al fatihah untuk roh wira negara..moga dicucuri rahmat..
hidup memang perlu tabah selalu

n 0 e s u h a i m i said...

alfatihah -- semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

mama -> harap tabah dalam menempuh kehidupan seterusnya..

TiranaAduka said...

salam amma aini

doa dari TA....
amin....

harap tabah dan kuatkan semangat mama

el said...

ha mama konstabel mama penah pgg senapang..kawad bagai..perghhhhhhhh el mcm x percaya...hehehe
kagum2 ni

doakan yg terbaik n moga2 diorg slmt mama..kena tmbah kawalan yg ketat lg pasni

Papa Mifz said...

oh rupanya mama juga dulu anggota keselamatan yer...

takziah buat keluarga mangsa...semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

dhiera said...

al-fatihah buat mereka..
tak sangka mama ada pengalaman macam ni, pegang senjata semua such a great women!

Mak Lagenda said...

Al fatihah buat mereka yg gugur. Kita blh rasa mcmana peritnya bila mereka kehilangan ketua keluarga mereka.

P/s: mmg susah org nk caya mama yg lemah lembut ni pernah angkat senapang dan sarung uniform woh!

ainnoraini said...

assalam mama aini...
saya tak pernah pegang senapang mama...masuk kawad pun tak pernah..huhuhu.dan alfatihah buat mereka yg terkorban...

sal-nurbeena said...

Tabik saya pada akak. Pada yg terkorban sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat

sal-nurbeena said...

Tabik saya pada akak. Pada yg terkorban sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat

Hans said...

al-fatihah buat pejuang negara

Shaiful Zaidi said...

salam mama..
betul2 taj sangka mama dulu seorg anggota keselamatan..

Al-Fatihah buat angota keselamatan yg terkorban dlm tragedi ini.

mama aryan said...

salam mama...
moga mama terus tabah menjalani kehidupan ini.

al-fatihah buat mereka yg terkorban dilahad datu

Kakzakie said...

Namun masih bersyukur kerana diuji dgn begitu berat mama punya kemampuan utk mengatasi. Kena yg tak berduit entah apa jadinya. Lagi satu Allah masih kurniakan zuriat sedangkan ada yg sihat tapi tak punya.

Moga wira-wira kita tabah dan selamat..

syiela said...

salam mama

saya pernah pegang dan buat semua tu masa sekolah men ja dulu... saya kadet udara... mmg sangat best... bangga sangat...

moga mama terus tabah dan bersabar ye

al-fatihah buat keluarga mangsa

kakyon said...

al fatihah untuk pejuang yg terkorban..
mama tepeklah gambar semasa mama pakai unifom dulu..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alfatihah