My Lovely Friends..

Friday, March 15, 2013

TANGGANG AYU @ REALITY

Assalamualaikum semua..

I`m back.. ;)
U all menonton tak drama `TANGGANG AYU`?.. sila cari info drama ni sendiri ek !!.. he2x..
ia disiarkan setiap isnin-khamis di`astro prima` -5.00pm..


kelmarin mama ke PPUM lagi.. :( sementara menunggu utk diambil darah..terjadilah drama `tanggang ayu @ reality didepan mata mama sendiri !!..
mama duduk dikerusi berhadapan dgn seorg ibu tua yng uzur & anak gadisnya.. ibu itu duduk berhampiran kerusi hadapan dan si`anak` duduk dikerusi kedua dibelakang ibunya..si ibu tersebut duduk diatas `wheelchair`..mungkin kerana sudah menunggu agak lama..ibu tua itu bertanya kepada anaknya..`nor, berapa nombor mak?`anak gadisnya yang ayu dan memakai tudung itu langsung tidak menjawab pertanyaan ibunya..tiba2 dia menghulurkan  kertas no.giliran dgn kasar tanpa memandang ibunya..ibunya berkerut2 dahi sambil melihat no.tersebut..mungkin matanya tak berapa jelas agaknya !!..hu2x..tiba2 ibu tersebut berkata kpd seorang kakak yang duduk dikerusi hadapan disebelahnya..`no berapa ni?..makcik ni dah tua semua makcik kena buat sendiri`..seperti meluahkan rasa hatinya !!..

kemudian dia turun dari wheelchairnya dan berjalan perlahan2 sambil memegang dinding utk menuju kebilik pengambilan darah..si tanggang ayu itu selamba je !!.. tahu apa yang dilakukannya?..sibuk melayan FB di`smartphone`dia !!..ehem sehingga ibunya selesai mengambil darah dia masih sibuk melayan FB.. :( 
kemudian ibu tersebut duduk kembali diatas wheelchairnya.. nampak sudah tua & uzur..ibunya berkata `dah siap nor` !!..sitanggang ayu diam & tunduk sahaja sambil terus menaip sesuatu diatas s/phonenya..agak lama juga ibunya memandang dia yang  sibuk !!..dan  tiba2 dia dengan cara yang kasar terus menyorong wheelchair ibunya..memang dia cantik & ayu bertudung tapi disebalik wajah ayunya rupa2nya dia adalah antara `tanggang ayu`versi reality !!..apa nak jadi dgn anak2 sekarang?.. :( mereka lebih rela melayan FB dari melayan ibu sendiri..

17 comments:

Sharifah Nadzarah said...

NERAKA..POMPUAN TU MAMA...X GUNA PUNYE ANAK..MESTI MAMA SAKIT HATI TGOKKAN..SY YG BACA PUN DAH MENYIRAP JER DARAH NI...

el said...

adoiiiiiii geram betul el bc cerita reality tanggang ayu ni mama...eeeeeeeeeeeeeeeee pagai apakah itu
sian ibu tua tu..sian sgt2 huhuhu

MulutPayau said...

Teruknya perangai...saya yg baca ntry mama ni pun sakit hati..harap muka cantik tapi tak de budi bahasa, tak de gunanya,,,

Mak Lagenda said...

Ya Allah..sakitnya hati tgk perangai manusia mcm tu kan mama!!

Jauhkanlah kita drpd peroleh anak2@anak menantu yg tanggang begini

Nurgreen said...

klu i..kasi direct ja tegur..org lai kena direct ja apapun...ish....geramnya...napa xcapture ja gmbr `nor` tu... ish...geram ni....

Papa Mifz said...

tak pernah tgklah citer tuh mama...huhu

Acik Erna said...

Assalam MA acik pulak ysng rasa geram..ish2..moga kita tidsk akan mengalmi perkara yang sama

mama ila said...

dunia sekarang..macam2..semoga kita semua tak tergolong dalam kumpulan anak yg macam nie..

Shaiful Zaidi said...

salam mama...kesian kat ibu 'tanggang ayu' tu...

'tanggang ayu'tak elok buat mcm tu.

Anonymous said...

sekarang ni ramai anak2 yg tak menghormati ibu/bapa mereka !!..

Hans said...

ramai kata best :-)

mama_sal said...

mama,
mohon beri contact number utk sewa tiara beach PD..tq

Marya Yusof said...

As salam mama,

Alahai... terus teringat kat mak... Harap mak sihat & kuat utk tunggu kami balik... Take care ye mama...

Nasuha said...

Sabar....

teratai said...

Semoga anak itu diberi keinsafan n memohon ampun dengan ibunya sebelum terlambat.

kakyon said...

begitulah kerenah anak2 sekarang. lebih rela melayan benda tak bernyawa dari melayan ibu sendiri.nauzubillah..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani kejap tgk kejap x citer ni