My Lovely Friends..

Friday, April 6, 2012

`CINTA BUAT EMELDA` @ cinta antara kita..TV3

salam jumaat semua..
novel kasih antara kita yg baru cik n beli.. :)
fizo omar.almy nadia & mia sara..(pic.dicilok dr en.google)..

ehem sempat tak menonton slot akasia TV3 `cinta buat emelda`..sebenarnya drama ni diadaptasi dari novel `cinta antara kita` karya Aleya Aneesa..sekarang ni pengarah filem @ drama berlumba2 mengarah cerita2 yang diadaptasi dari novel..bagi mama,selepas jadi suri sepenuh masa ni, biasalah semua drama mama tonton..ha2x..
`cinta buat emelda`ni bersiaran setiap isnin-khamis jam 7pm-8pm..cerita tentang pengorbanan seorang gadis bernama emelda yang membesarkan `diana` anak luar nikah kakaknya emira yg telah meninggal akibat cancer..diana bertemu dr Aeril Fatah ditadikanya.. sebenarnya diana adalah anak dr aeril & emira..banyak konflik dalm drama terbitan David Teo -keluaran Metrowealth ni..Fizo Omar membawa watak sebagai doktor Aeril Fatah dan Almy Nadia sebagai Emelda/ Emira & pelakon cilik Mia Sara sebagai Diana..
Hari ni `cik n` beli novel `cinta antara kita` ni..`cik n` balik kerumah kerana en.hb dia berada jauh dipelantar & en.is juga berada diluar kawasan..hu2x..jadi banyaklah masa untuk mama & `cik n` menghabiskan masa membaca novel & menggodek ipad hantaran aritu kan !!..ha2x..agak2nya takde ke sesiapa nak adiahkan ipad kat mama ek?..ok sudah,sudahlah..cerita ipad tu kan..untuk mengetahui akhir cerita drama 24 episod ni jangan lupa menontonnya di TV3 ya.. :) mama nak teruskan membaca novel ni ya !!..hikk2x..



26 comments:

Acik Erna said...

assalam mama..dulu acik pernah baca novel tu..tapi dah lupa..cinta emelda pun dapat tengok sesekali je..tak habis..

teratai said...

memang mengikuti kisah cinta buat emelda ini....bestkan!

Rain said...

trend novel adaptasi ke drama/filem..

yang penting layan fizo hehehhe..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum MA

Singgah mlm baca N3... Dua2 drama tu saya ikut jugak..
Tapi bila lmbt balik, terlepas. :)

my said...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

Dear Jim said...

mama, nak pinjam mama hehehe..."Cik" N? Puan N lah mama...kalau jim nie baru lah leh pgl "Cik" kikikikiki

Melati Qistyna's Mummy said...

Ok gak sesekali si lelaki2 tu outstation, dpt la si gurl berjimba2 n spend time together2... Heeee

Ros said...

Assalamualaikum mama,

Teringin jugak la kak Ros nak baca novel ni....kena p cari nih....

monalea said...

salam.dok ikut dahtengdah drama ni....ok dari mula susahlah nak tinggal

farah said...

Asmekom mama....sorry farah bru dtg melawat...bz sangat farah kebelakangan ni...mama pkbr?

el said...

suam2 kuku jek layan drama ni mama...
ntah lah lately ni drama2 semua adaptasi dlm novel..tp so far xleh tanding lah tentang dhia..gemersik kalbu...chinta...aron ngan siti saleha tu ape eh cite dia..then satu lagi lisa ngan adik mysara tu apelah cite dia lupa..tu antara yg best lah

dhiera zainudin said...

tak tertengok pun cerita ni sebab budak rumah sibuk tengok cerita korea. wuwuwu

Unknown said...

As salam mama,

Mana best? Novel atau drama? Marya tak berpeluang nak tgk ataupun membaca...TV berapa cerita ni mama?

kakrose said...

salam mama..tak berkesempatan nak tonton..huhu

ZF said...

zakiah dh baca novel tu. mmg best dan banyak sangat konflik. tp bestttttt

wahida said...

tak berkesempatan lagi tgk citer tu mama...lagi satu saya kurang minat la dgn almy nadia tu...huhu...

Unknown said...

papa mifz dah lamo tak tgk drama2 melayu...bukan apa...timing tak kono la...huhu

Mak Lagenda said...

Amboii mama!! Sibuk baca novel la tu smpaikan x update n3 baru yea...

NUNU EERA said...

nama mia Dania la mama oi.. bukan Diana,..

Juliet_iRa~" said...

salam mama..:)

sihat ke?Wahhh mama habiskan masa dgn pengantin baru je la yea skarang..hee

ira pn suka bc novel..hee..ira dah bc rsnya novel y tu..

tgk gak cte tu tiap2 hari isnin sampai khamis..ngeee

ieja amieja said...

salam mama...
ieja belum lg tgk cite tuh..ank dara sorang tu ada la tgk sekali2..lps tu dia story blk kat ieja..

Belalang hijau Perisik said...

a ah kan... bermula dengan filem lagenda budak setan, filem2 kebelakangan ini kebanyakkannya diadaptasikan dari novel... huhuhu

MulutPayau said...

tak berkesempatan lagi tengok citer tu....Tapi novel tu teringin nak baca....

Anonymous said...

tak pernah baca novel, tapi suka la drama ni. :-)

Amir Said said...

tak pernah baca novel, tapi suka la drama ni.. :-)

Unknown said...

Mia comel n pandai brlakon...cute sgt dia....