My Lovely Friends..

Thursday, May 24, 2012

** SUDAH BERSEDIA KAH KITA?.. :(

Salam petang semua..


neoral..
rituximab.. pic.dr en.google
waktu mama didripkan `rituximab`.. di UMMC pada  feb.2011..



petang2 begini bila sorang diri kat rumah..tetiba mama terfikir sesuatu..` sudah bersedia kah kita?` bila tiba2 kita diserang penyakit..hu2x....
waktu `BW`..banyak cerita sedih kisah  gulungan yg tidak berkemampuan untuk menampung kos perubatan yang semakin tinggi @ mahal .. terutamanya bagi penghidap penyakit yang kronik !!!..jika anda semua adalah pekerja swasta..lebih baik menabung @ membeli insuran kesihatan dari sekarang !!!.. siapa tahu nasib kita dimasa akan datang?..bagi kakitangan kerajaan mungkin ianya tidak menjadi masalah..tapi jika ada `ubat khas` yang disyorkan olih doktor pakar..anda kena membeli dahulu ubat itu kemudian `claim` dengan JPA..
contonya mama sendiri..mama adalah salah seorang pesakit `overlap SLE`sekarang ini.. dan sedang mendapatkan rawatan di UMMC (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITY MALAYA) sehingga sekarang....mula2 mama dikesan menghidap `rheumatoid arthritis`pada usia 27 tahun..
anak kedua meninggal waktu dilahirkan semasa penyakit sedang aktif..syukur alhamdulillah ada sorang anak !!!..hu2x..
mama start memakan prednisolone (jenis steroid)..sebanyak 10 biji ..tahukah anda semua ubat prednisolone ini bolih mengurangkan kesakitan  akibat`RA`..tapi dia juga bolih merosakkan anggota tubuh badan yang lain !!!..akibatnya dia telah merosakan paru2 & mama juga dikesan `minor stroke` pada kepala kanan waktu ujian `MRI` dilakukan..selepas 20 tahun melawan penyakit..tiba2 kebelakangan ini mama diserang sakit yang teruk & penyakit semakin aktif & disahkan kini menghidap overlap SLE..cara terbaik mama terpaksa berhenti kerja. !!..
dan jika anda adalah pesakit kronik  SLE yang terlalu lama memakan ubat2 penahan sakit ini..anda juga bolih menghidapi darah tinggi !!..
bagi pesakit ini selain memakan ubat2 spt prednisolone..anda juga terpaksa membeli sendiri ubat khas yang disyorkan olih doktor pakar spt `neoral` & fosamax..
ehem beringatlah..jika kita tetiba diserang penyakit yang tidak dijangka..dimana diwaktu itu kita mahu atau tidak terpaksa membeli `ubat2 khas` ini untuk meneruskan kehidupan..mampukah kita?..jadi sediakan payung sebelum hujan..kita tidak tahu bila sakit menyerang kita..menabunglah dari sekarang @ membeli insuran kesihatan untuk memudahkan kita bila kita diserang penyakit secara tiba2..


*********************************************************************************
sekadar berkongsi harga ubat mama.. :( 
*** ubat khas yg disyorkan olih pakar yang terpaksa dibeli sendiri olih pesakit :
 # ubat ini perlu dimakan setiap hari : NEORAL RM 568 
jika sakit semakin aktif & ubat2 yg dimakan semakin kurang berkesan..anda akan disyorkan untuk di dripkan dengan sejenis ubat utk pesakit cancer yg kurang kesan sampingannya..
# RITUXIMAB 1000mg sebanyak 4 vial  ..yang berharga RM21,200..***


25 comments:

Mak Lagenda said...

Betul tu ma..kena beringat semasa kita senang dah sihat. Perlu siapkan diri dgn benda2 camni.

Masa sihat la nak beli insuran..dah sakit esok, dah x guna nak amik insuran.

Ubat rm 21K?? Klu xde insuran,mampu kita byr?? Klu kija gomen pun, nak depa bg kita claim sebanyak itu? Huiii...

sekadar satu coretan said...

Kos ubat-ubatan sekarang ni mahlkan mama...mmg rasa tertekan kalau tak mampu nk beli ubat-ubat tu semua...

saya pun tak tahu lagi akan dtg macammana dan apa dugaan penyakit yg Allah akan berikan setiap hambanya..

kakrose said...

seriau dengar kos perubatan mama yg mahal.huhu.mama tak nak cuba alternetif lain ke? akk ada baca buku kisah isteri seorang doktor yg sakit sle.mereka berdua dah hampir putus asa..hingala datang seorang jiran memperkenalkan makanan yang dia makan.acuh tak acuh doktor tu suruhlah isterinya makan mengikut jadual yg di beri. beberapa minggu kemudian..doktor tu perasan yg isterinya tidak lagi kena sawan/pengsan seperti biasa.sejak dia amalkan makanan tu..kadar pengsannya berkurang.
yelah beringat lebih baik. masa muda belilah insuran.

farah said...

ya allah mahalnya ubt mama...sabar ye mama itu dugaan...org yg byk dugaan dlm hidup adalah org yg di sayangi allah...mama bykkan berehat,farah rindu kat mama,mama jgn byk fikir..mkn ubt selalu. Farah akan sentiasa doakan mama cepat sembuh. Love u mama,smiles:)

teratai said...

Termenung jauh bila baca entri mama kali ini,betul apa yg mama kata tu...kena beringat dr sekarang (bagi kak mungkin dah terlambat!

Kini kak ambil ubat darah tinggi n kolesterol...tapi dibayar oleh panel syarikat suami! kalau pencen tu...kena tanggung sendirilah......:((

Semoga mama sentiasa sihat sejahtera:)

SCLover said...

salam mama... dah lama tak jenguk mama..kenduri haritu pun tak dapat join... ada hal yg tak dapat di elakkan.. terpaksa balik kg... bapa tak sihat..tp insy.. one day sya datang jenguk mama di rumah..insy ada izin Allah kita jumpa ... salam sayang + moga mama terus tabah ..

..::..aRe-Na..::.. said...

salam mama...maaf lambat ana singgah lawat mama kat sini..tenet lembab smcm..betul kan mama kan..sesekali tpikir jgk,apa yg akn blaku dkemudian ari..skrg mmg lah sihat..esok lusa belum tentu camna keadaan kita..klu tdk dsbb kan bab sakit pon..mungkin akan dtg dlm bentuk lain..jadik bab beringat tuh yg harus ada dlm diri kan mama...siyes kusyuk baca apa yg mama citekan kat sini..ana doakan smg mama kuat,tabah..cepat sihat...insya-ALLAH...amin..jg diri yer ma..:-)
(ana mintak maaf ssgt x dpt hadirkan diri kat majlis puteri mama ri2..apapun ana doakn 1 ari nti,kita dipertemukan..syg mama sgt2..:-)
(

So Shy Lady (SSL) said...

tq mama atas pringatn ini. kna b ingat slalu. kdg2 pnyakit dtg dlm k adaan snyap

byk btul kos ubat yg mama tanggung mngkin dh brabis ratusan ribu kan. SSL doakn moga Allah ringankn bban mama. Amin

ZF said...

sentiasa kena beringat kan ma. mama jaga kesihatan diri ye...

MulutPayau said...

betul tu ma....kena beringat sebelum terkena...terkejut dgn harga ubat mama.....

Semoga mama terus tabah hadapi segalanya....

WuMing said...

Moga-moga Mamz dapat harungi segala kepahitan hidup... Sebenarnya kesakitan dan penyakit tidak dapat menandinggi minda kita....Jika kita tabah dan berfikiran positif... segalanya akan ok...

Acik Erna said...

salam mama..semoga mama kembali sihat..memang terkejut acik baca harga ubat mama..

Unknown said...

Mama Aini.. fajar hanya bisa mendoakan suaya mama cepat sembuh & selalu diberi kesehatan oleh Allah SWT. Syafakillah..

LYAfrina said...

sementara kt sihat..tp msti sentiasa igt ttg sakit.. sbb ia dtg tnpa diduga..bila2 masa j..blh jadi..jd bg mrk y sihat... insurans mybe salah satu cara tbaik utk mnampung kos prubatan kt tjadi kes x diingini.. tp lya xde pluang..sbb sakit dulu sblum ada insurans.. dulu masa lumpuh mmg lya perlukan sejenis ubat.. y diimport dr jerman..mmg xde di malaysia.. n harga dia cecah belasan ribu sebotol..bygkan lya kna msukkan ubt tu slama seminggu.. tp mujurwaktu tu lya dpt bntuan drp seseorg utk rwatan tsebut.

inazamri said...

Ya Allah tabahkanlah dan kuatkanlah semngat mamaaini.Sama2 berdoa agar keajaiban berlaku.semoga sembuh ye.Speechless...sebak.

Kakzakie Purvit said...

Masya Allah mahalnya mama.... ngerinya kakak dengar. Betullah kalau macam kakak yg kerja swasta ni insuran sama ada nak tak nak memang kena beli.

Namun kakak salute sebab mama tabah dan kuat menghadapi ini semua.

wahida said...

ya Allah mama!! berat benar rasanya ujian utk mama ni...mama tabah ye mama...

tapi saya tau mama kuat orgnya...
sayang mama!!

~Beb~ said...

hurmm.. Sayu bace.. semoga mama diberi kekuatan..

Shaiful Zaidi said...

salam mama
mahalnya harga ubat tu...kesian mama.
semoga mama tabah menghadapi dugaan hidup ini.

el said...

sob3x
mahal lah ubat tu mama
hope mama cepat2 sembuh..doakan yg terbaik tuk mama

moga kita semua dijauhkan segala penyakit yg x diigini...huuhuhu xmampu

Melati Qistyna's Mummy said...

Termenung baca n3 mama.... Hmmmm

Unknown said...

tinggi yer kos perubatan mama...papa mifz doakan yg terbaik utk kesihatan mama...papa mifz harap mama tabah menghadapi dugaan nih...

Juliet_iRa~" said...

mama mahalnya ubat2an tu...sayu ira bc mama..xpela mama..slagi mampu kita berusaha utk ubatkan sakit mama tu..mama jgn putus asa yea..

even ira kerja kerajaan ira tetap amik insurans..dr sekarang la kena mula menabung..nt bila dah sakit br terasa menyesal..kan mama..kalau blh msti lah nk y tbaik..kerajaan ok tp que lama..huu

Deru Ombak said...

Assalamualaikum MA..

Semakin hari semakin macam2 penyakit yang didapati. Mungkin Gaya hidup Dan pemakanan zaman kini yang menjadi pendorong utama kepada pelbagai penyakit yang timbul.
Terpaksa ikut nasihat pakar untuk makan ubat berjadual supaya kita sentiasa sehat Dan tak berasa sakit. Kos ubat2an sekarang terlalu tinggi.
Dulu saya tak pernah hirau pasal Skim insurance, sebab saya jarang sakit. Tapi beberapa tahun kebelakangan terpanggil untuk mendspatkan insurance kesihatan, mungkin kerana tersedar yang umur semakin meningkat. Awak tahun 2012 saya didapati menghidap batu karang yang sudah bertahun bersarang dalam tubuh. Tidak Ada pembedahan, semua dijalankan mengikut teknoloji masa kini. 3 Kali treatment melibatkan kos 18 ribu, belum lagi ubat2an. Sungguh mahal untuk jadi sehat.
MA.. Saya faham sgt dengan apa yang anda lalui. Sama2 lah kita Jaga kesihatan diri agar dapat ceria selalu.

Ida Izwani said...

as'kum Puan. saya doakan semoga puan dalam keadaan yang lebih baik dan sihat. ye mmg insuran perubatan tu penting.saya adalah agent prudential fulltime. mmg susah kkerja kami nak convince kan org utk amik insuran sbb benda tak nampak, benda akan dtg mmg org rasa tak perlu.tugas agent insuran mmg susah sbnrnye, kerja saya nak convince kan org kenapa diri dan keluarga perlu ada protection insuran.insuran ni actually mcm kusyen.kalau kita jatuh kusyen ni akan tampung.so takde la kite jatuh terduduk dan sakit plak tu.kusyen tu akan kurangkan sikit kesakitan dan kesengsaraan seseorg atau sesbuah keluarga. terima kasih atas luahan mama ni sbb mama dh sedarkan ramai tu.mungkin ramai yg terbuka hti nnti utk siapkan payung sblm hujan.lg sekali mama take care.ikut nasihat doctor.Saya doakan mama beransur pulih dan berbahagia bersama family.jgn byk fikir ye.