My Lovely Friends..

Sunday, December 9, 2012

Cerekarama TV3- `cinta dari syurga`..



Selamat malam semua..
semalam u all menonton cerekarama TV3..`cinta dari syurga tak?..
ehem kebelakangan ni banyak cerita tentang kecurangan suami !!!..ha2x..trauma tak?.. ;)
aritu `telefilem ahad`yg lepas pun pasal suami curang..
sebenarnya banyak yang bolih dikutip dari cerita2 begini..buat yg telah berumahtangga..hargailah apa yang ada..supaya kita tidak menyesal setelah kehilangan dia nanti..

cerekarama TV3 : `cinta dari syurga`.. 8 dec 2012 (sabtu) jam 10pm-12pm
antara pelakonnya.. fouziah gous - sebagai nur damia
                                 azlee khairi - sebagai zairul aiman
                                 anzalna nasir - sebagai dr nurul hannan

                           
kisah tentang seorang gadis yang bernama nur damia- (fouziah gous)..anak seorang ustaz yang membuka kelas `IQRA`..belajar satu kolej dgn zairul aiman (azlee khairi) - kebetulan ibu zairul belajar dikelas `iqra` bapa damia..zairul telah mempunyai kekasih `nurul hannan` yang akan belajar diluar negara utk mengikuti kursus kedoktoran..ibu zairul pulak menyukai damia yg bertudung..sewaktu hannan nak berangkat keluar negara dia telah bertengkar dgn zairul kerana difitnah kononnya hannan ada hubungan dgn temannya yang akan belajar bersama2nya diluar negara..hubungan zairul & hannan terputus dan hannan mencabar zairul untuk mencari gadis muslimah..
akhirnya zairul aiman berkahwin dengan damia pilihan ibunya..tapi zairul tetap tak dapat melupai bekas kekasihnya hannan yg ditemuinya semula melalui FB..hannan pula telah pulang kemalaysia & bertudung !!!..isterinya damia terlihat wajah hannan sewaktu zairul sedang membuka  FBnya..selepas mengetahui hannan telah kembali..zairul mula berubah sikap..damia merasa sedih dan waktu berjumpa doktor utk memeriksa tahap kesihatannya kerana dia masih belum mengandung & disitulah dia bertemu dgn dr.hannan bekas kekasih suaminya..konflik bermula bila  damia merelakan suaminya zairul berkahwin dengan bekas kekasihnya dr hannan dan dr hannan akhirnya telah mengandung..zairul mula melupakan tanggung jawabnya terhadap damia isteri pertamanya..damia rasa sedih dan menyuarakan hasratnya untuk berpisah dengan suaminya kpd bapanya..mereka dirujuk kepejabat ugama dan disana damia menyatakan sebab2 dia ingin meminta cerai dari suaminya..walaupun pada mulanya suaminya zairul tidak mahu melepaskannya..antara alasan damia... ** `dia tidak mahu suaminya menanggung lebih banyak dosa kerana suaminya tidak berlaku adil terhadapnya`..
dan yang paling menyentuh hati mama bila damia berkata lebih kurang begini..  ** `saya menagih cinta manusia..sedangkan cinta saya kepada Allah tidak sempurna lagi`..selepas bercerai damia menyambung pengajian ke Jordan dan zairul aiman mula merasai kehilangan damia bila dr hannan sibuk dengan kerjanya sebagai doktor pakar..akhir cerita zairul seperti merindui bekas isterinya dengan menatap wajah damia di FB .. ;)

pengajaran dari cerita ini..
** hargailah insan yang kita miliki !!.. kerana bila dia pergi sudah terlambat untuk kita menyesali & merasainya kehilangannya..
** pengajaran buat semua suami2..jangan sesekali membuka akaun FB hanya untuk mencari bekas kekasih anda !!!..kerana dia bolih merobohkan rumahtangga anda..banyak terjadi begitu..u all ada tak akaun FB?.. ha2x..
** tak semestinya cinta pertama anda adalah yg terbaik bagi kita..jadi hargailah `sidia` walaupun dia bukan pilihan sebenar ataupun bukan orang yang anda cintai !!!..ehem susah tak nak melakukannya?.. :(
** ikhlaslah bila berkahwin dgn pasangan anda..lupakan kisah2 cinta lalu anda & jangan lagi hubungi bekas2 kekasih anda..ha2x..bolih tak?

27 comments:

~Beb~ said...

"Cinta itu tidak disedari, sehingga terjadinya perpisahan"- Cinta dari syurga

teratai said...

Best cerita ni.

Betullah kan, kalau ada depan mata tu biasanya tak dihargai, bila dah terlepas tu baru menyesal!

Sebab tu hargailah apa yg dimiliki...supaya tak menyesal di kemudian hari!

shaiful zaidi said...

tengok gambar kat atas tu ingatkan citer Dendam Sarakit...

Papa Mifz said...

Banyak pengajaran kita boleh ambil dari cerita tuh..

Wak Gelas™ said...

wahh rajinnyer makk layan muvie cerekarama tuuu.. eeHheee

TiranaAduka said...

salam mama aini

Adoi ..jap jap nak tanya sicinta tirana aduka bab ni..dia memang suka sgt..

Kak yon said...

sentiasa hargai apa yg kita ada hari ini.jangan dah terlepas baru nak menyesal..

Sharifah Nadzarah said...

insyaa Allah...tq for sharing mama...kita tak tgok..tapi bila mama dah citerkan fahamlah jln citernya...

Cikgu Ma said...

x tengok kak...hehe

Ujie said...

Wah, best gak jln citer dia.. tpi xsmpt nk tgok punnn.. suka ayat nie.....`saya menagih cinta manusia..sedangkan cinta saya kepada Allah tidak sempurna lagi`..

kak nora said...

CINTA ALLAH cinta abadi....

Kasih Salina said...

saya tak tgk cite ni mama..insyallah akan selalu ingat pesan mama ni.

syiela said...

jarang dapat tengok tv mama.. dok tengok dan belek yang dua tu jela kat rumah sekarangni

Belalang hijau Perisik said...

belalang tengok cerita ni dengan mrs.belalang... habis d sumpah seranahnya doktor tu sebab amik laki orang... hahaha

Qhaifa Nur said...

dpt isteri yg baik...ada mslh lain pula...

last2 angau pulak dgn bekas isteri..padan muka he..he..hargai insan disekeliling kita...

TiranaAduka said...

singgah ptg mama aini. BAwak 1 naik triumph tirana aduka.hehe

aimaniman said...

Akak x tengok sampai abis sbb ingat jln ceritanya mudah je.. cinta 3 segi.. rupa2nya berliku2 juga jln ceritanya.. rugi x tengok mlm tadi..

*SiRibenMerah said...

saya terlepas cerita neh..
dan saya akan tgk citer neh.. baca sinopsis kisah mama tulis kat sini mmg menyentuh hati saya.. hope kita semua dapat iktibar dlm kes neh.. poligami itu halal kalo mengikut jalan Allah.. :)

Azian Elias said...

dapat tgk half way je.. sayang tul.

MulutPayau said...

saya terlepas citer ni..jarang tgk tv....
Tapi bila baca sinopsis yg mama tulis tu, betul2 boleh jadikan pngajaran.

LYAfrina said...

suka last sekali...

cinta itu tidak disedari..hingga kita kehilangannya....

mmg cukup berkesan bila tgk drama ni..

Deq's Qienz said...

ermm xtgk la cite nih..sy wat apa ek masa nih..ermmm..

salam kenal ya mama aini dr mama qhayra ;-)

Cho Zila said...

tak tengokler... tuler sekarangni cerita melayu makin canggih2...

NM03 said...

salam kenal. singgah sini terus follow. kalu senang nnt singgah umh kita plak eh. maceh

inazamri said...

tak tengok malam tu coz tertido awal.nnt nak tgk gak la kalau ada kat web malaymoviesfull

zoora qushairi said...

salam kenal....baru follow :).
alaaa bestnye cite ni tapi zura tak tengok la pulak...
kena cari kat Tonton ni.
mekasih review.

wahida said...

tak tgk citer ni mama...

baca sinopsis mama ni mcm sedih je mama...huhu...