My Lovely Friends..

Tuesday, December 4, 2012

PENANGAN ADAM & HAWA .. ;)

Salam dan selamat malam semua..

ehem tengah buat apa sekarang ni?..tengah menonton drama adam & hawa episod ke 57 ke?.. ;)
mama esuk baru dapat menonton episod 57 ni kat drama online dari  http://ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode/ .. jika u all  takde pakej mustika macam mama click ezany-kun ni terus pergi kevideo drama ni !!..pakej yg mama langgan takde pakej mustika ni !!..hu2x..Thanks sangat2 kat ezany-kun sudi kongsikan video drama ni..
nampaknya episod drama ni semakin menarik..sakit hati mama melihat johan yang semakin psycho & mak dia yang asyik meroyan tu..susah kan bila ada manusia yang tak dapat menerima suratan & ketentuan takdir. !!!.siapa lagi orangnya kalau bukan johan.. bila dia dah tahu ain dah kawen dia takmo melepaskan ain dr hatinya pulak..yang mak dia pun satu asyik meroyan cari ain..ha2x..dia tak puas hati betul kat ain  !!..
ehem johan & mak dia tak dapat merima kenyataan yang ain sebenarnya adalah isteri orang..semakin mendebarkan & mama semakin tertanya2 apa kesudahan drama 80 episod ni..kat you tube takde video adam & hawa ni tau !!!.setiap drama & filem yang aaron aziz lakon kan  memang tidak pernah mengecewakan  !!..sampai zed zaidi pun meroyan.. he2x.
harap2 ezany-kun uploadkan video episod ni cepat2 ..episod malam ni dee (anzalna) yang tergila2kan am datang kemajlis doa selamat dirumah am..tak sabar nak tahu apa ceritanya malam ni.. ;)

** terimalah kenyataan meskipun ianya pahit..kerana sedikit ketenangan akan dirasai **

23 comments:

kakrose said...

akk pun sama tergila2kan adam..dalam drama saja..hehe.

NZ said...

saya pun ikut gak citer ni..haihh saya nak lelaki macam adam..hehe

~Beb~ said...

waa header baru mama nyeee.. hehehehe

lama gak tak ikot adam n hawa nih.. start fed up mase hawa tuh susah beno nak dipujuk. balik2 pusing situ cite die. fed up kite nengok nya.. katenye skarang dh lembut hati si hawa. nk tgk balik lah.

mama sihat?

Shaiful Zaidi said...

Salam mama. Tak silap saya dalam Astro ON The Go pun ada citer ni....

Kasih Salina said...

amboi mama, layan habis adam & hawa yer.tgk dgn en papa ker..suka sgt tgk epsd 56 & 57 ni kan..jiwa dan raga ain untuk am jer..ahaaa..saya layan juga adam hawa ni dgn hubby saya..dia siap meniru gaya am bercakap tuh..

inazamri said...

saya layan adam & hawa kat web malaymoviesfull.Gambar header blog mama tu kat mana?cantik la.

el said...

xtgk pun adam hawa ni...best ke mama..pelakon tu mcm x minat nk tgk haha

Qhaifa Nur said...

tak sempat nak tgk..baca novel saja nanti...

Sharifah Nadzarah said...

sy pun mama tgok kat ezany-kun tu..hehehe best kan..

mama aryan said...

akak pun follow citer ni..novel dah baca bertahun dulu,tp lupa lak ending mcm mana..hehe, x sabar tunggu malam ni

TS said...

huhu..xde astro kat umah la ma...hiks

Kakzakie Purvit said...

Kakak nie kan mama kalau tak kerana sana-sini dok cerita Adam & Hawa kakak tak beli novelnya. Bila dah beli puas hati membaca walau mengikut kata tak sama ada tokok-tambah dari novel asal (kakak tak menonton tv sebab itu kena beli novelnya )

JMR said...

tak pernh tgk pon wpon diracuni oleh puan nunu..hehehe

Amyna said...

dekat rumah myna pun tak da mustika mak.. langgan pakej basic saja... tivi pun kadang x dan nak On.. hehehe.

Mama... myna selalu tengok d ceritamaster.com. Sana cepat updet... siap boleh download lagi... boleh tengok ulang2... hihihihi.

Encik Bell said...

ello mama! sori lama x dtg. belalang tgh kursus ni.skrg dlm dewan.esok 1 hari lagi pastu baru abis. hehehe

belalang baca ulasan mama macam menarik jer tentang siri nih. mama belalang pun minat ngan citer nih :)

mama blog prob apa? g tau la belalang. kot2 leh tgk2 kan...

Nora Karim said...

Sakit hati gak tgk Adam hawa ni xabis2... kalau.ikut novel dah abis dah ni... seksa tau nak tunggu... huhuhu

Unknown said...

Alamak PM tak ikut la citer nih,huhu

Ros said...

Assalamualaikum mama,

Kak Ros tak tengok pun cerita ni,semua orang kata best..nak kena tengok jugak nanti nih he.he....

Myra Jay said...

Suka tengok Ain dan Adam.. Sweet sangat..
Tp bila part Johan meroyan macam tak best ;D

syiela said...

saya pun layan online je mama.. tak langgan :)

wakgelas said...

wak pon dh lama X layan movie jugakkk. Uhuuu

wahida said...

nak kena tgk jugak neh...

TiranaAduka said...

hehehe..5x