My Lovely Friends..

Monday, December 3, 2012

TELEFILEM ISTIMEWA TV3..`ke pintu bahagia`..



ehem bagaimana ahad u all semua?..mama baru sahaja selesai menonton `telefilem istimewa disember` TV3..tajuknya `ke pintu bahagia..dr 9pm -11pm..pelakonnya Fauziah Latiff sebagai raudah, Faizal Husin sebagai Azman, Fahrin Ahmad  sebagai shaiful & Nad Zainal sebagai dahlia..
kisahnya tentang seorang wanita bernama raudah lakonan Fauziah Latiff yg telah bercerai dgn suaminya azman kerana melihat sendiri kecurangan suaminya dgn orang gajinya dirumah sendiri..kemudian suaminya ditimpa kemalangan & dibuang kerja..dan dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat..benar kata lelaki yg datang kehospital..kecacatan itu adalah balasan tuhan atas kecurangannya..hu2x.. ehem jaga2 bila ada orang gaji dirumah ek !!..ha2x..bukan semua lelaki dapat menahan godaan !!!.. mama takde orang gaji tau .. ;) 
mama suka drama lakonan Fauziah Latiff sejak dia berlakon drama `airmata sara` aritu.. ..dia dapat membawa wataknya dengan baik.. 
selepas itu raudah bertemu dengan shaiful dimasjid..selepas kenal shaiful seorang peguam bekas suaminya azman datang utk memohon maaf & ingin kembali padanya & anak..tetapi raudah tidak dapat memaafkan kesalahan bekas suaminya itu..sementara itu iman anak raudah ditinggalkan disebuah pusat jagaan waktu raudah keluar bekerja..disana anaknya telah didera olih dahlia tuan punya pusat jagaan itu..hu2x..takut pulak dengar cerita tentang pengasuh2 yg mendera kanak2 ni.. :(
selepas anak raudah iman cedera & dimasukan kehospital kerana didera pengasuh.. akhirnya pengasuh tersebut dibawa kemahkamah dan dihukum penjara..shaiful cuba merapatkan semula raudah dgn bekas suaminya demi iman anaknya..mula2 raudah enggan menerima bekas suaminya semula tetapi shaiful berkata kita tetap kawan selamanya !!.. itulah pengorbanan shaiful..rasanya shaiful dah suka pada raudah..hu2x..akhirnya raudah kembali semula kepada bekas suaminya..ehem bukan semua orang dapat memaafkan bila suaminya curang tau !!..banyak pengajaran yang bolih dikutip dari telefilem ini : ..ingatan.. 

1. jangan terlalu percaya kepada suami & orang gaji.. ;)
2. pantau anak2 yg ditinggalkan dipusat jagaan..kerap sangat berlaku penderaan skrg ni hingga menyebabkan kematian..
3. demi anak2 maafkan kesalahan suami, biarpun ianya pahit !! .. sanggup tak u all semua melakukannya?.. ;)

** tak puas hati betul mama dengan akhir telefilem sutradara Murali Abdullah ni..hu2x..shaiful terpaksa melepaskan raudah untuk bekas suaminya..kalau mamalah jadi raudah mama tak akan maafkan kecurangan azman.. tapi kan `KEMAAFAN ITU DENDAM YANG TERINDAH` !!. benarkah ?..tak suka tau raudah balik kat bekas suami dia azman..suka kalau raudah dengan shaiful.. :) ehem macam pengarah telefilem ni pulak !!..hu2x..

23 comments:

Kasih Salina said...

salam mama..bersantai & menonton dgn papa ke mama..ehem2..saya tak tgk la..bz dgn ank2..

setuju betol dgn pendapat mama tu..bukannya tidak percaya dgn suami tapi kena berhati2. simpankan sedikit curiga untuk bekalan supaya kita tidak teraniaya..

shaiful zaidi said...

salam mama...watak shaiful pun ada jugak..?

Marya Yusof said...

As salam mama,

Mula2 baca teruja sgt nak tgk tp bila mama cerita endingnya gitu....terus terbantut! huhuhuuu... bila dorang nak upload online ek! hehehe

Qhaifa Nur said...

ruginya tak tgk citer yg best ni...
minat tau dgn Fauziah Latiff ...
mungkin kerna belas kasihan agaknya sbb tu kembali pd suaminya...

Kakzakie said...

Kakak ada menonton juga mama tapi tak habis sebab sakit kaki terseliuh tak boleh tahan selepas kena urut terus terlena (tengok tv sambil org urut kaki sebenarnya).

Baca N3 mama ini at least dapat kakak tahu pengakhiran cerita. Kakak tengok sampai lelaki yg kena sembelih ketika sedang mandi tu aje...

Geram pulak bila dia balik semula pada suaminya huhu...

Ujie said...

Belum ada peluang tgok citer nie sbb bz ssgt, tpi mlm tdi da record dah.. so, bebila ada masa bole tgok my fav artis berlakon.. hihihi...

Papa Mifz said...

PM tgk about 10 minit jer...pastu dah tukar channel lain...hehe

syiela said...

salam mama...

thanks atas perkongsian yang detail walau saya tak sempat nak menonton tapi bila baca kat sini geram sangat

appun mmg byk pengajaran dari cerita ni

MulutPayau said...

alaaaa mama, saya tak sempat tengok la citer ni...ruginya...

LYAfrina said...

lya x tgk pon.. skarang dh xde masa nk layan drama.. tp..drama adamhawa leh plok layan.. hehe'

mama sihat???

*SiRibenMerah said...

alaaa.. x layan pon citer neh.. huhuhu~ kena cari kat youtube la nnt..

Cik Diana said...

besh citer nie. karya murali mmg terbaik. lain dr yg lain.

Pondok Usang said...

waalaikummussalam mama... iwan di sini.. hehe.. wahh, menarik cite nye ni mama.. kene cari kat youtube nii..

Cikgu Ma said...

terlupa nak tengok...huhu

Acik Erna said...

assalam maam..acik pun sama..tak suka dia balik ngan suaminya..sian saifulkan..diluar lakonan pun ak kawen lagi

.: iEyLa :. said...

xsempat tgk plak cite ni ma...
lamenye xtgk fauziah latiff berlakon.comey sungguhhh!!!

TiranaAduka said...

salam mama aini.
Wah.. Peminat slot drama bersiri upanya

Myra Jay said...

Ala tak tengok citer ni, sebab masa ni letih baru sangat smpai dari kelate.

wahida said...

mama, saya pun tak suka kesudahan citer ni...tak patut betul jee boleh balik ngan ex dia tu....grrrrrrrr....geram saya mama...

TiranaAduka said...

mendoakan kesihatan sis.agar sentiasa dibawah limpah rahmatnya.dan senyun.selalu..

Jln sini jap sblum berangkat ke surau naik triumph bath tub.

Kak yon said...

akk pun rasa geram kat pengarah cerita tu.memenangkan lelaki curang.kesian si saipul..huhu

mama aryan said...

ala..ending tak best,tgk sikit je hari tu

cheeze maz said...

Salam ziarah & kenal, bukan senang nak maafkan suami / kekasih yg curang. kalau pula nampak dpean mata. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html