My Lovely Friends..

Tuesday, February 8, 2011

BILA KAD PENCEN MAMA PULA YANG HILANG.....


inilah salinan report yg mama buat pagi tadi...
.

Hari ini balik dr Balai Polis Pandamaran Port Klang, mama masuk ke blog J.M.R dan membaca blognya yang bertajuk `jangan main2 bila hilang passport`....ni suratan atau kebetulan...mama pula tak blh tidur semlm kerana kehilangan kad pencen..mama!.Mama semakin jadi pelupa sejak kebelakangan ini..puas mama mencarinya...adakah tertinggal dikg mama semlm, atau tertinggal diPPUM masa mama discharged ari tu?...pening kepala fikir, rasa nak menangis pun ada..dahla seorang saja kat rumah ni...rasa otak mama dah tak berjalan kebelakangan ini...mama dah tak bolih nak berfikir lagi...nak kata dah tua sangat...belum kot!...baru 40an...kerana mama bersara awal (sbb kesihatan), pagi tadi 6.30am mama anta sms kat husband mama dikg (johor) beritahu kad pencen mama hilang...dia tak balas pun sms yg mama anta, mama call anak mama ajak ke JPA kat Putrajaya khamis ni untuk buat kad pencen baru...n suruh cik Nunu ambil cuti sekali...(sebab mama tak pandai drive kete...), jam 8.58am mama sampai diBalai Polis Pandamaran untuk membuat report kehilangan kad pencen mama kerana jika tiada polis report dibuat kad pencen baru tidak bolih dibuat...tak pasal2 pagi pagi lagi mama dan sepupu mama nana dah tercegat kat balai polis....malu pun ada...malang betul nasib mama hari ini!...nasib baik kpl yang menyambut kedatangan kita orang ni peramah dan sangat2 baik hati...terima kasih kpl Zul...sangat berdedikasi orangnya...hilang rasa marah mama..(pada diri sendiri la) melihat senyuman dan keramahan kpl Zul tu...he...he, dia siap bertanya dgn mama lagi...maklumlah polis pun kakitangan kerajaan seperti mama...`cik bersara awal ye?`...tanyanya,` ya saya tak sihat kata mama`.......`umur baru 40an dah sakit ye n sakit apa ye` tanyanya lagi...terasa muda pula bila dia cakap baru 40an tu...he...he n mama pun cakapla itu ini ngan dia...tentang penyakit mama...memang peramah dia ni kt hati mama!...n mama kena bayar rm 2 sahaja untuk polis report tersebut...hilang semua masalah mama bila kekaunter bayaran, gadis yang terima bayaran tu pun bersopan santun orangnya..Tahniah anda semua memang seorang kakitangan Polis Diraja Malaysia yang berdedikasi...!( dia orang tak tahu mama bekas polis pelabuhan)...he...he keluar dari balai...hp mama berbunyi sms masuk, mama malas nak baca...pagi2 biasanya sms dari entah apa2 la...tak kuasa mama nak tengok, ngan masalah berserabut,.... mama gi breakfast ngan sepupu mama-nana n kat kedai tu mama buka sms ..rupanya dari husband mama kat kg katannya `kad pencen u ada pd i`...kat dlm wallet i....baru sekarang dia reply sms yg mama anta...mama dah siap buat polis report lagi...dia bolih cakap macam tu...sakit dan  rasa marah pun ada!...agaknya naik lagi darah tinggi mama pagi ni....dah la penyakit yg sedia ada tak tahu nak disenaraikan...suami oh suami...suami siapa la ni?...he...he husband mama la tu!.mama tertanya2 buat apa dia simpan kad pencen mama...bukan ke kad pencen dia sendiri ada...dia ni pencen wajib tau!...he..he .....ni kes nak buat koleksi kad2 pencen kot...ha...ha macam anak mama dulu dia suka kumpul kad kredit mama n papanya yg dah expired...he..he sekarang ni sibuk, betul tak cik nunu?..dan tak sempat nak kumpul koleksi tu ye!....Buat en.J.M.R awak hilang passport n mama hilang kad pencen..! sorry ye tertulis nama en.kat sini ye......(buat cik nunu sorry ek...kecoh...kecoh pagi tadi tu..selamat 1 hari cuti awak ye!), kad pencen ni mama nak guna 11/2 dan 14/2 ni nak gi PPUM untuk buat rawatan....

No comments: