My Lovely Friends..

Saturday, February 5, 2011

PERAGUT......3hb.feb.2011

Semalam seorang sepupu mama dtg ke rumah ibubapa mama membawa berita yg menyedihkan..sepupu mama diragut sewaktu menaiki motor dlm perjalanan untuk membuka kedai makan yg berhampiran dgn rumahnya...waktu peragut menarik bagnya dia terjatuh dan kepalanya terhantuk diatas jalan raya pada 3hb.feb.2011...jam 3pm sewaktu cuti sambutan CNY ini...sehingga kini sudah 3 hari termasuk hari ini...dia masih koma..ditingkat 5 menara utama PPUM...(wad icu), disini jugalah tempat mama mendapatkan rawatan doktor pakar kerana penyakit yg mama mama hidapi...sedih, pilu dan marah sangat2 ...nampaknya manusia semakin hilang pertimbangan...untuk hidup perlu menjadi peragut, jalan mudah untuk mendapatkan wang tanpa perlu memerah keringat sendiri...siapa yang bersalah, peragut atau ibubapanya yang tak pandai menjaga anak?...bila OTAK sudah berada dilutut sanggup mengambil risiko..nyawa yang tak berdosa melayang, tiap hari diakhbar ada sahaja berita tentang nyawa melayang, kecederaan akibat diragut...keluarga kehilangan orang tersayang, anak kehilang ibu mereka akibat perbuatan peragut..sedih membaca berita tersebut..kini ia terjadi kepada sepupu mama Zubaidah Abbas (tam nama manjanya) yg sedang bertarung nyawa diatas katil PPUM...Semuga allah lindungi dan panjangkan umurnya kerana anak2 dan suami masih memerlukannya....amin.Buat peragut diluar sana bagaimana kalau org lain meragut ibubapa, isteri engkau atau keluarga engkau pula...bagaimana kau rasa? sebab ia belum terjadi kepada keluarga engkau sebab tu kau masih teruskan aktiviti engkau...Ingatlah setiap perbuatan jahat Allah akan balas semasa diatas dunia ini lagi...INGAT TU....masa kau akan tiba , tidak sekarang esuk atau lusa....buat ibu saudara mama (ucu fatimah) bersabarlah dengan ujian ini, kami sentiasa berdoa semuga tam selamat dan dapat membuka matanya kembali, doa mengiringinya dari mama dan ahli keluarga yang lain...

No comments: