My Lovely Friends..

Thursday, February 3, 2011

Wad 8TD Menara Timur (UMMC)



sewaktu drip `rituximab 1000mg`..

agak lama juga mama tak dapat menulis entry di`blog lemau` mama ini kerana mama berada diwad 8 PPUM 31.jan 2011 mama ke menara timur utk memasukkan ubat `Rituximab 1000mg` kedlm badan mama.. ini adalah percubaan pertama kerana menurut doktor semua ubat2 yang mama makan sebelum ini sudah tidak berkesan lagi..hu2..penyakit mama dari rheumatoid artritis sudah menjadi `overlap SLE`..jam 12pm 4 orang doktor pakar yg memantau rawatan ini berkata ubat ini akan dimasukan secara drip..lbh kurang setengah jam ubat itu dimasukan tiba2 mama termuntah2.. pening dan sakit dibahagian kepala !!..mama tidak berhenti2 muntah dan rasa sakit kepala yang amat sangat.. rasa macam nak pecah..adakahah tuhan akan mengambil nyawa mama diwaktu ini?..hanya itu yg sempat mama fikirkan !!..teringat suami dan anak mama..mama tak berpesan apa2 kat mereka..`oh tuhan kau panjangkan umurku`..mama berdoa..nurse menalipon prof.dr yang merawat mama..bila semua doktor tersebut datang dan memeriksa.. tekanan darah mama semakin rendah dan keempat2 doktor pakar terbabit setuju untuk menghentikan drip tersebut!.. dlm keadaan yg semakin lemah doktor memberitahu badan mama tak dapat menerima ubat tersebut..ubat itu terpaksa dihentikan dan disimpan didlm icebox kerana dia tahan selama 24 jam sahaja jika lebih dr waktu tersebut dia sudah tidak bolih digunakan lagi..kerana tekanan darah yg semakin rendah badan mama semakin lemah dan akhirnya mama ditahan diwad 8TD dikatil no 17..utuk pemerhatian doktor..terbaring diatas katil hati  menjadi sayu..tanpa mama sedari airmata mama gugur juga..rupa2nya semangat mama tidak sekuat yg mama sangkakan !!..syukur alhamdulillah tuhan masih memanjangkan umur mama..hari ini dapat mama menulis diblog ini walaupun mama masih lemah..1am doktor datang dan memberitahu ubat rituximab 1000mg itu akan dimasukan semula secara drip yg paling perlahan..kerana tekanan darah mama sudah naik sedikit..ubat ini akan expired pada jam 11.30am 1/2/2011..tangan kiri didrip dan tangan kanan pula diletakan mesin menyukat tekanan darah..setiap 15 minit nurse akan memantau tekanan darah mama atas arahan doktor dan airmata mama jatuh lagi utk kali yg keberapa mama tak pasti?..tak boleh utk ketandas juga macam2 yg berlegar difikiran mama..akhirnya ubat tersebut dapat diterima olh badan mama..ini pengalaman paling menyakitkan buat mama yg telah 20 tahun menghidap penyakit ini..ada seseorang memberitahu mama ubat ini ialah ubat `kemoteraphy`..pada 14 feb 2011 nanti rawatan kedua ubat ini akan diteruskan untuk mama..terima kasih buat doktor2 dan nurse2 yg merawat dan menjaga mama terutama Prof  dr.Sargunan dan kakitangan wad 8TD menara timur PPUM..

No comments: