My Lovely Friends..

Sunday, February 6, 2011

DIA PERGI JUGA AKHIRNYA....

cuaca mendung-seperti mengerti kesedihan keluarga ucu Fatimah

Dari Allah kita datang dan kepadanya juga kita akan kembali...hari ini jam lebih kurang pkl 11.30am sepupu mama yang terlantar diwad ICU PPUM kerana diragut...akhirnya pergi juga kerana urat yg pecah dan luka dikepala akibat terhantuk diatas jalan raya sewaktu diragut pada tahun baru cina 3 hari yang lalu...meninggalkan suami, anak2 dan keluarganya setelah bertarung nyawa selama lbh kurang 31/2 hari.Walaupun rasa marah, sedih dan terkilan dengan peragut tersebut tapi mama redha dengan ketentuan dari Allah....semuga Allah sahaja yang akan membalas segala perbuatan jahat kamu...buat keluarga mama ucu Fatimah semuga sabar menghadapi dugaan dari Allah, dan seorang lagi anak ucu Fatimah yang sedang menyembunyikan penyakit kansernya semuga tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ini...mama tertanya2 bagaimana perasaan ucu mama itu bila dia tahu anaknya sedang menghidap kanser...sampai bila perkara ini akan disembunyikan oleh anaknya...tadi dia menangis sewaktu mama bertanya kemana jenazah adiknya akan dibawa dan dikebumikan.....sekejap lagi mama akan melawat jenazahnya dikampung mama, dimana dia akan dikebumikan..selepas waktu asar nanti...semuga dia ditempatkan didalam gulungan orang orang yang beriman....insyaallah. yang membuat mama terfikir dan sedih dia tidak sempat berpesan apa2 kepada suami dan anak2nya kerana dia terus koma selepas kejadian itu..semuga mereka kuat semangat untuk meneruskan hidup ini dan redha dengan ujian Allah.Alfatihah...

3 comments:

Dear Jim said...

masyaallah...kejam nya peragut tue!!

dah tak ada rumput ke dia nak ragut??? sampai ragut2 orang nie??

JMR said...

innalillah..setiap yang bernyawa pasti akan pergi menemuinya dgn cara masing-masing. semestinya ada hikmah di sebalik setiap dugaan yang menimpa. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dilimpahi rahmat dan barakah dari-Nya..

mama aini said...

miss jim n jmr..tq