ASSALAMUALAIKUM & selamat pagi semua..
semalam mama ada appointment di PPUM Kuala Lumpur..hu2x..
(pic.di cilok dr en.google)..huk2x..
mama pernah update entry bertajuk APAKAH SLE?..(14 SEPT 2011) lalu..hari ni mama ingin berkongsi secara lebih lanjut tentang penyakit SLE..idea ini datang dari bekas setiausaha eksekutif persatuan sle malaysia Mrs Chee Siew Lian ..Thanks mrs chee !!!.. dia adalah salah seorang pesakit SLE.. yang mama temui sewaktu menjadi `kaunselor sukarela`di ppum..dia akan bertemu dengan pesakit sle & mengedarkan majallah & risalah berkaitan sle.. bagi yang tidak tahu mama ulangi lagi..SLE (sistemik lupus erithematosus) atau lupus adalah adalah penyakit kronik `autoimmune` dimana antibodi sesorang bertindak balas dengan tisu badan sendiri dan ia menjejaskan beberapa bahagian tubuh & organ..
Terdapat beberapa jenis lupus..
1. sistemik lupus erithematosus (SLE)
2. diskoid lupus erithematosus (DLE)
3. lupus neonatal
4. drug-induced lupus
apakah gejala2 SLE?...
setiap pesakit punyai gejala yg berbeza2..iaitu sederhana & serius..gejala ini datang dan pergi..namun gejala sle yang lazim ialah sakit bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tak diketahui puncanya dan keletihan yang amat sangat..
ciri2 penyakit ialah :
. demam, keletihan dan penurunan berat badan
. sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
. tompok2 merah menyerupai kupu2 dipipi & hidung
. tompok2 merah dikws kulit yg terdedah kpd sinaran matahari
. ulser dimulut & hidung berlarutan lbh sebulan
. rambut gugur secara bertompok2 atau disekeliling
. sawan, strok dan gangguan perasaan
. risiko utk mendapat darah beku
. kerap keguguran bayi
. darah @ protin dlm air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
. bilangan sel darah putih @ sel darah merah rendah
SLE bolih menjejaskan organ2 dlm tubuh spt :
1. buah pinggang
2. paru2
3. sistem saraf
4. saluran darah
5. darah
6. jantung
** IBU PEJABAT :
PERSATUAN SLE MALAYSIA
TINGKAT 3, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
16 JLN UTARA 46200 PETALING JAYA SELANGOR
TEL : 03-79577672
FAX : 0379570407
E-MEL pslem@streamyx.com
segera lakukan sesuatu bila ada tanda2 spt diatas !!!..kerana bila lambat mendapatkan rawatan..penyakit akan menjadi lbh kronik...hu2x..seperti mama.. ia tlh merosakan beberapa bahagian organ2 mama..
21 comments:
mama tq 4 sharing
tq info ini... skrg ni mcm2 pyakit ada :(
Mg mama lekas baik ye Ma.... Jgn lupa mkn ubat selalu....
Thanks mama sudi berkungsi info.
saya ada jg symptom2 tu tp bla chek dr kata takde apa2.
semoga Allah ringankan kesakitan mama.
kena rajin mkn ubat ikut jadual.. :)
huhuhu semoga mama cepat sembuh ok
n sm cam MDT..smoga ALlah ringankan kesakitan mama tu
salam mama. thanks 4 the info..semoga mama sihat. kuatkan semangat.
GOOD INFO MA..
tq
Salam Mama,
Tq dengan info ni,bagus....
Moga mama tabah ye ma
semuga cepat sembuh k...jaga kesihatan mama...;d
ish takutnye mama.. huhu tanx untuk info ni tp bile tengok2 balek rasanye tanda2 tu takde kat cci amin alhamdulillah
terima kasih berkongsi mama...
mama tak nampak mcm sakit pun..saya respek mama...mama kuatkan semangat yer...
baru taw apa sakit mama~ semoga mama sentiasa tabah dengan dugaan ni.
oh ... pernah dengar tentang SLE sbelum ni ...
thanks for d info!
As-Salam. Semoga terus tabah dan jangan putus asa serta terus berubat. Saya juga mengidap penyakit yang hanya dapat dirawat tetapi tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden (doktor pakar). Saya cuba berubat melalui perubatan homeopati. Al-hamdulillah, selepas lima tahun mengamalkan ubat homeopati, ada tanda2 +ve untuk sembuh.
Tima kasih mama info ni...jaga kasihatan ye...
terimakasih mama..kongsi info ini..
thanks mama for the info, my student baru d ketahui mengidap penyakit ni..setelah demam 2 bulan dan tidak diketahui puncanya..kmi di pedalaman ni doktor hanya bgtau, demam biasa..sedangkan my student ni selalu mengadu sakit dada dan sakit sendi, then ada tompok2 merah d muka yg kmi andaikan cacar tapi sebenarnya bukan..DR d hospital di daerah kami ni, menyatakan bahawa student ni tiada apa2, tapi ibu bapanya membawa ke klinik swasta untuk check ultrasound, dan didapati paru2nya berair..then kna refer ke hospital bandar, dan dmukkan ke ICU utk membuang air dalam paru2, tp air tu ke jantung lah pula..now di sahkan mengidap penyakit SLE, dan dia merupakan pesakit kanak2 yg kedua mengidap penyakit ni..smoga mama dan pesakit2 yg mengidap penyakit ni akan sembuh seperti sediakala..aminn ya rabbal a'laminnnn..thanks mama for the info
mama, saya nak tanya kalau kat PPUM , kat mana saya nak wat follow up tuk SLE yer? aataupun kat area selangor...
please emel me at ir.ainishlee@yahoo.com
salam mama .... makan ubat ye.. and jaga diri dan kesihatn.. mudah2 penyakit mama sembuh..amin.
Post a Comment