My Lovely Friends..

Saturday, December 17, 2011

** siapa yang bersalah, ariff alfian?..hu2x..

Assalamualaikum & salam hujung minggu buat semua..




hari ni mama terkejut  bila membaca entry blogger : ZairieHusin.com..berita tentang ariff  alfian rosli pelajar perubatan tajaan petronas yang dilapurkan hilang semasa menuntut di dublin sejak tahun 2009 lagi..sedih dan sayu sekali rasa hati waktu tu !!!..mama membaca berita ini beberapa hari lalu kat paper..kisah bapanya yg telah terputus hubungan dengannya & kisah tentang petronas menuntut bayaran wang pengajiannnya sebanyak rm890 ribu kerana beliau tidak dapat menamatkan pengajiannya itu..hu2x..
tak terniat dihati mama untuk menambah kesedihan ibubapa dan keluarganya. hanya harapan mama agar keluarganya tabah menghadapi ujian dr Allah ini !!!..mama faham bebanan & tekanan yang terpaksa ditanggung olih keluarganya bila tersebarnya gambar perkahwinan ariff alfian dengan seorang lelaki bernama jonathan..terkedu juga bila melihat mereka berkucupan disebuah dewan ke apa !!!..nauzubillah..adakah dunia sudah hampir akhir zaman?..hu2x..
sedih juga kerana pegangan ugama umat islam semakin longgar..hu2x..mereka belajar tinggi2 tapi tak mampu untuk berfikir mana yang baik dan buruk !!!..sebenarnya kisah yg hampir serupa ini berlaku kepada `kawan` adik mama yg sama2 menuntut dengannya di university of Rhode Island, Kingston US..waktu adik mama belajar di `URI` hanya ada lebih kurang 6 orang sahaja pelajar dari malaysia..hu2x..
`kawan` adik mama seorang lelaki juga, berasal dari pantai timur & bukan dari keluarga yang senang !!..tahun akhir pengajian `kawan` adik mama gagal dalam peperiksaannya..hu2x..syukur alhamdulillah adik mama lulus & pulang dengan ijazahnya (adik mama juga seorang lelaki)..sewaktu nak balik kemalaysia adik mama cuba memujuk `kawan`nya untuk balik ke malaysia & adik mama pergi kerumahnya..alangkah terkejutnya adik mama kerana kawannya tinggal bersama seorang wanita berbangsa cina dan ada memelihara anjing..adik mama merayunya supaya dia ikut balik kemalaysia ..dia tetap berdegil mahu tinggal disana kerana malu sebab dia telah gagal dalam pengajiannya !!!..hu2x..
pelajar itu tinggal bersama seorang wanita, bukan lelaki spt ariff !!..airmata lelaki adik mama jatuh sewaktu menceritakan kisah `kawan`nya..sehingga kini tak diketahui bagaimana nasib pelajar itu?..hu2x.. bila membaca kisah ariff mama terfikir sendiri..siapa yang nak disalahkan?. tentulah ariff sendiri !!..kerana dia tidak menggunakan akal fikiran yang telah diberikan olih Allah !!!..semuga pintu taubat masih terbuka untuk ariff alfian kembali dan memohon keampunan dari Allah..amin..



26 comments:

teratai said...

memang terkejut juga bila mendengar berita ini dpd along (anak sulung saya), kita ini yg tiada mengena dgn alfian ini pun terasa sedih, apa kan lagi ibubapanya...pasti sedih yang teramat!. Sudahlah kena tanggung pembayaran balik ke Petronas, yg memilukan sbb 'tersesat' ke jalan yg salah...kita doakan semoga alfian kembali ke jalan yg diredhai Allah...amin

kakyon said...

dunia akhir zaman dah mama..ada orang pandai,tapi tak bijak..
kasihan kedua ibubapanya..semuga mereka tabah..dan alfian kembali kepada mereka..

Acik Erna said...

mama aini semoga beliau mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

luahfikiran said...

SALAM,
LF AMAT SIMPATI DENGAN KELUARGANYA. MENDOAKAN KEMBALI KE JALAN ALLAH.

Sharifah Nadzarah said...

semoga mereka yg tergolong dlm golongan ini kembali kepangkal jalan....
tak payah belajar jejauhlah mama..kat malaysia pun dah byk tmpt nak sambung belajar...

dhiera said...

saya terkejut juga mama bila tahu berita ni~ siap pakai baju melayu lagi.

Juliet_iRa~" said...

huu..kesian mak ayah dia kan mama...

harapnya Ira dijauhkan la dr bnda2 ni semua..:)

psss : aritu terajin tu y Ira buat..hee..mama msti lg rajin baking2 ni kan..heee

ZairieHusin.com said...

susah juga kalau terlalu pandai nie.. kadang kala sampai tak dapat bezakan yg baik dan buruk.

KhaiRin said...

berita yg sm sy bc hari ini...simpati kt keluarga dia..
semoga mereka tabah emnghadapi dugaan ini..
kpd arif,,, INGATLAH ALLAH...dan pulanglah kepangkal jln

Fabulous Me said...

Ain bace mlm tdi dr beautifulnara. Memang sentap dan sangat sedih.. Besar betul dugaan yg dilanda oleh dia. Serta ibu bapa. Kite sama2 doakan dia plg ke pangkal jln. Nak ckp byk2 pon ain bkn la baik. Cuma x nak ckp lebih2. Itu dugaan yg dia gagal tempuhi, kita tatau mcmane plak kita nnti if diduga. Nauzubillah.. Mtk2 dijauhkan.. Tapi apa2pon ain rase XPAHAM bila dia memakai tanjak n berbaju melayu kte. Kurang asem betol.

ieja amieja said...

bila nafsu dah merajai diri, iman pun dah kelaut..itulah yg berlaku..zaman dah tua la mama..mcm2 sekarang perkara2 pelik berlaku.semuga ariff dpt jumpa pintu taubat sblm terlambat..

Dalila Hamid said...

kadang-kala budak2 cerdik pandai ni tak tahu membezakan hukum haram di sisi islam. terlalu mengikut arus pembangunan

Miss Jim said...

mama...nak tau tak kat indon baru2 nie, ada mak kawen ngan anak lelaki dia sendiri dengan alasan dia terlalu rindukan suami dia yang meninggal....
memang dah akhir zaman dah...

Mak lagenda said...

LM jijik bila baca kisah ni 1-2 ari lepas..Rupanya kita x leh anggap org yg belajar tinggi2 ni pandai. Lm sgt2 kesiankan parent dia. Dah la tanggung aib..tanggung pulak hutang yg melangit jumlahnya. Kesian btl kat parent dia.

za said...

Nauzubillahminzalik... semuaga Allah memberi hidayah kepada dia... cepat2 lah bertaubat.

idasm said...

semoga ariff diberi petunjuk hidayah oleh yg maha esa. amin...

syiela said...

Nauzubillahiminzalik.. moga Allah bukakan pintu hati mereka agar kembali ke jalan yang benar...

Kesian kat parents ariff dengan tersebarnya cerita ni pasti mereka sedang menanggung dugaan yang maha hebat dari masyarakat sekeliling...

Cik CT said...

Doakan dia kembali ke jalan Allah. makin risau nak besarkan anak dlm zaman yg penuh cabaran dan dugaan ini.

Rain said...

saya sedih sangat mama baca berita ni tengah hari tadi.. ujian yang melanda ni bukan jadi masalah buat keluarga arif tapi turut melibatkan kita semua yang beragama islam.. bagi rain, harapan masih ada untuk dia kembali ke pangkal jalan selagi ada usaha untuk membantu dia.

mungkin ramai yang salahkan arif, tapi cuba lihat sendiri dunia sekarang yang banyak anaasir dan propaganda dari belah barat sendiri.

Juliet_iRa~" said...

mama watpe je cuti hujung minggu ni??

heee

selamat mula bekerja esok..:D

Shaiful said...

salam mama..saya terkejut juga bila tengok gambar arif dlm beautiful nara..moga dia sedar dan bertaubat.

farah adila said...

macam2...

Yan said...

semoga keluarga kita di bawh peliharaan ALLAH..

ummiarissa said...

memang mengejutkan..tapi masih ada lagi jalan penyelesaian...saya tak tahu nak cakap apa bila dengar berita sebegini...yang menjadi mangsa hinaan adalah keluarganya yang tak bersalah..macam mana ni ye..

..::..aRe-Na..::.. said...

semoga dia kembali ke pangkal jalan dan keluarganya..

nazirah said...

tu la terkejut gak mama baca berita dia ni
alahai smoga die sedar dan kembali ke pangkal jalan kembali amin :)